Sunday 26 March 2017

[Video MENGAMUK ROSMAH! Muhyiddin DAKWA Rosmah hanya tahu HABISKAN HARTA NEGARA] Abah tidak halang saya sertai Amanah, kata anak Adun Pas Kedah.

Ahad, 26 Mac 2017

Abah tidak halang saya sertai Amanah, kata anak Adun Pas Kedah

Malam kelmarin sepatutnya saya hadir ke satu Program Parti Amanah Negara di Pendang Kedah. Tetapi oleh kerana terdapat urusan yang tidak dapat dielakkan saya tidak dapat hadir dan mohon maaf kepada pihak penganjur.
Ramai yang bertanya, dah lama ka masuk Parti Amanah? Jawapannya dah lebih satu tahun. Saya mengisi borang untuk menyertai parti ini pada program 100 Peguam bersama Parti Amanah Negara. Dan untuk makluman ini adalah parti pertama yang saya sertai... Saya tidak pernah menjadi ahli kepada parti Pas.
Saya memilih parti Amanah kerana saya tertarik dengan konsep rahmatan lil 'alamin iaitu Islam sebagai rahmat ke seluruh alam. Kita seringkali melihat bagaimana nilai-nilai Islam semakin hilang dalam diri kita. Kita boleh di lihat di negara Barat bagaimana mereka menjaga kebersihan, keadilan, akhlak, amanah, accountability dan membantu rakyat mereka. Saya berharap Malaysia baru seperti itu.
Baru-baru ini oleh kerana gambar poster program tersebut telah beredar ada yang komen ditujukan kepada kami dengan kata-kata "Iman tak dapat diwarisi", Contoh anak Nabi Noh dan sebagainya. Pertamanya saya sedikit pun tidak terkesan dengan kata-kata tersebut kerana saya yakin keimanan tidak ditentukan dengan parti politik. Lagipun Abah saya dah memberikan saya ilmu agama dan pendidikan yang cukup. Saya faham parti politik hanyalah satu wadah.
Saya juga rasa tiada keperluan untuk membalas komen-komen tersebut kerana kebanyakan dari mereka saya lihat hanyalah berumur belasan tahun dan kebanyakkan mereka hanya boleh melabel atau sebagai tukang "chop".
Saya cuma mahu perbalahan oleh kerana perbezaan parti politik dihentikan. Kita tidak perlu emosional. Pertandingan antara parti-parti adalah pertandingan idea dan pertandingan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Saya yakin anda ada hujah untuk memilih parti apa pun. Abah tidak pernah untuk menghalang saya menyertai Parti Amanah Negara kerana dia tahu saya ada alasan saya sendiri.
Semua kita adalah saudara. Ketua Pemuda Pas Pendang itu pun adalah pangkat anak saudara saya. Ketua Pemuda Umno Pendang pun adalah sahabat karib saya. Jadi buatlah pilihan sendiri. Jangan biarkan orang lain menentukan pilihan kita. Gunakan akal yang diberikan Allah untuk membuat pertimbangan.

1 comments:

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena