Saturday 25 March 2017

[Video Mana Janji Najib ('Si Penyamun') Bina Rumah Felda Generasi Ke-2!] Najib Seperti Keseorangan & Pepe, Presiden Uruguay Termiskin di Dunia.

Ahad, 26 Mac 2017





Bintang.com, Jakarta Jose Mujica, mantan presiden Uruguay ini sempat dinyatakan sebagai seorang pemimpin negara termiskin di dunia. Gaya hidupnya yang sangat serderhana; tinggal di pemukiman pertanian, mengendarai VW biru tahun 1987, dan menyumbangkan 90% gaji bulanannya untuk membantu rakyat miskin serta para pengusaha kecil, membuat namanya melambung di seluruh penjuru dunia. 

Karena itu, presiden yang akrab disapa Pepe ini sangat dicintai oleh rakyatnya. Bagaimana tidak, Pepe melangkah turun dari jabatannya saat ekonomi negara dalam keadaan sangat baik. Pepe yang pernah dipenjara selama 14 tahun ini juga sangat membumi. Dia sering berjalan kaki dan hanya mengenakan pakaian sederhana. Tak pernah mengenakan dasi, Pepe lebih memilih kemeja ketimbang jas, sepatu yang serba mahal.

Pada hari itu, Pepe melangkahkan kakinya turun jabatan sambil mengucapkan salam perpisahan dengan rakyatnya yang setia. Sambil melambaikan tangan, serpihan memori tentang kesederhanaannya saling bermunculan dalam benak para rakyat. Ini dia potret kesederhanaan Pepe saat masih menjabat sebagai presiden Uruguay




Ini yang patut dibandingkan dengan Pemimpin Negara kita!

Mahu kah pemimpin kita macam ini..? Pemimpin kita...kereta nak mewah rumah nak mewah makan nak mewah cakap nak menang anak nak mewah..caranya sapu sampai licin..rasuah.

Kita bandingkan pemimpin luar dengan pemimpin kita di malaysia. Yang diluar itu berkerja untuk rakyat dan negaranya dan mengambil maklum jika berlaku kesilapan mereka akan melepaskan jawatan. Di malaysia pemimpin lebih kepada nak jadi kaya raya.

Merekalah lah kerajaan merekalah pemegang undang- undang dan merekalah segala- galanya pada mereka rakyat ni adalah hambanya kelas bawahan manakala mereka adalah gulongan bangsawan. Itu lah sifat pemimpin kita yang ada sekarang. Laki jadi menteri.  BINI. PULA. YG. LEBIH.
Penulis 
José Mujica dan Lucía Topolansky,


Har Har Har!

Image result for Gambar najib

Najib Seperti Keseorangan


Kelihatan seolah-olah DS Najib keseorangan dalam mepertahankan ‘serangan’ yang bertubi-tubi yang dilancarkan oleh pihak lawan. Ternampak semacam ‘tokoh-tokoh’ lain mendiamkan diri dan memerhatikan sahaja ‘drama’ yang sedang berlaku kini. Jikalau pun ada yang cuba mempertahankan DS Najib atas tindaknya adalah seorang dua ‘tokoh-tokoh’ dari Sabah. itu pun seolah-olah semacam terpaksa berbuat demikian.

Sekiranya media eletronik dan media cetak arus perdana tidak memainkan peranan nya melaporkan tentang kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan, maka suasana di Malaysia kini seolah-olah ‘dikuasai’ oleh pihak pembangkang. Walaupun media arus perdana sedaya upaya cuba menengelamkan suara pembangkang namun peranan yang dimainkan oleh media sosial cukup berkesan, memberikan penjelasan kepada rakyat bukan sahaja di bandar tetapi juga di kawasan luar bandar dan kawasan FELDA.

Yang agak malang pula bagi media arus perdana ialah sudah ramai rakyat Malaysia ‘berpisah’ dengan akhbar atau media elektronik berkenaan. Ini dapat dilhat di gerai-gerai makan dimana siaran TV ditayangkan. Seolah-olah ‘TV’ berkenaan bercakap ‘keseorangan’ tanpa dipedulikan oleh pengunjung kedai makan berkenaan.

Berkenaan dengan media cetak pula, akan kelihatan suratkhabar yang ‘bertimbun-timbun’ di kedai-kedai mamak tanpa dipedulikan seolah-olah sudah terdapat suatu budaya di negara ini dimana masyarkatnya sudah tidak mempedulikan akhbar harian untuk mendapatkan sumber berita. Seolah-olah masyarakat Malaysia tidak lagi membaca akhbar sebagai sumber berita.

Pihak pembangkang kini seolah-olah tidak lagi gundah dan bimbang sekiranya media elektronik dan media cetak milik kerajaan tidak menyiarkan maklumat yang ingin disampaikan kepada rakyat. Media sosial kini bukan sahaja dapat menyampaikan berita secara ringkas, malah telah dapat mengadakan siaran terus menerus ( live) bagi memancarkan kegiatan-kegiatan pembangkan seperti ceramah-ceramah umum yang dilaksanakan oleh mereka.

Bersandarkan kepada senario di Malaysia kini, memungkinkan akan berlaku perubahan pemerintahan di negara ini dalam PRU 14, dengan izin Allah. Berbagai penyelewengan yang telah dilakukan telah didedahkan kepada umum. Walaupun pada mulanya amat sukar bagi masyarakat untuk menerima dan mempercayai apa yang didedahkan ( bagi setengah golongan masyarakat), namun setelah terus menerus dipantakkan ke dalam benak mereka, masyarakat meyakini apa yang disampaikan kepada mereka.

DS Najib seolah-olah keseorangan memberikan penjelasan atau sebagaimana yang sentiasa diperkatakan oleh ramai orang bahawa beliau ceba ‘menegakkan benang basahnya’. Rakyat sudah mula tidak peduli tentang apa yang disampaikan. Ibarat masuk telinga kiri dan keluar ikut telinga kanan. Sebahagian dari rakyat terpaksa ‘menerima’ apa saja yang disogokkan kepada mereka kerana ‘takut’ kepada ‘sesuatu’ yang akan menimpa sekiranya menunjukkan ‘belang’ yang sebenarnya.

Aku dapat merasakan kini bahawa sekiranyalah sesuatu peristiwa terjadi kepada negara ini dan DS Najib tidak lagi berkuasa seperti kini, aku boleh bayangkan bagaimana para ‘sahabat’ yang ‘mencium tangannya’ kini akan ‘lari bertempiaran’ meninggalkan beliau keseorangan. Mungkin DS Najib sedar bahawa ikatan persahabatan beliau dengan ‘rakan-rakan karib’ disekelilingnya adalah ‘diikat’ dengan ‘dedak’ yang bertaburan. Beliau pun selalu menyatakan bahawa ‘cash is king’.

DS Najib mungkin sudah dapat menyedari bahawa ‘rakan-rakan’ yang berada disekeliling ‘pinggang’ kini adalah disebabkan keadaan beliau yang berkuasa. Beliau tentu ingat bagaimana ‘rakan-rakan karib’ Saudara Anwar Ibrahim ‘berbondong-bondong’ meninggalkan beliau, pada malam pemecatan beliau pada tahtun 1998 yang lalu. Aku telah dapat melihat sendiri denga mata kepala aku keadaan demikian. Yang tinggal bersama beliau mengharungi suasana ‘susah senang’ adalah rakan-rakan karib yang sanggup menangis dan tertawa ketika susah-senang.

DS Najib tentu tahu yang hal sedemikian berlaku. DS Najib juga tentu ingat bagaimana Harris Salleh ‘ditinggalkan’ oleh ‘rakan-rakan’nya pada malam pengumuman keputusan pilihanraya di Sabah ketika PBS pimpinan Pairin Kitingan memenangi pilihan raya berkenaan.

Dalam keadaan DS Najib ‘nyawa-nyawa ikan’ kini pun sudah kelihatan sikap dan perangai rakan-rakannya yang ‘karib’ sudah beransur-ansur merenggangkan diri dengan beliau apatah lagi apabila sudah kelihatan
isyarat yang cukup jelas menunjukkan UMNO/ Barisan Nasional akan tewas dalam PRU 14 nanti. DS Najib harus selalu mengingati kata-kata orang tua, ‘ yang ketawa amat ramai tetapi yang menangis akan keseorangan’.

Hilai ketawa ‘rakan dan taulan ‘ hanya akan terdengar sekiranya ‘perut kekenyangan’ tetapi setelah ‘dedak’ tidak dapat dibekalkan lagi segala ‘rakan dan taulan’ akan lari bertempiaran meninggalkan kita.

“Ingat sebelum kena…”

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena