Monday 20 March 2017

[Video Najib Bagi Sikit Songlap Banyak] Idris Sendiri Tak Patuh Arahan Presiden PAS & Selamat Tinggal PAS...Hadi, Mohd Amar senada, Tuan Ibrahim dan Idris Ahmad berbeza!

Selasa, 21 Mac 2017



Tutup pintu Pas-Bersatu: Ahli perlu akur pandangan pimpinan tertinggi 
Pas menutup pintu rundingan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas parti baharu itu bersetuju menyertai Pakatan Harapan mesti diambil sebagai pandangan pemimpin tertinggi Pas, kata Naib Presiden Pas Idris Ahmad. 

“Presiden mesti sudah ada pendirian dalam kepimpinan dia selaku Presiden parti. Kalau tidak apa guna jadi Presiden. 

“Pandangan beliau kita kena ambil sebagai pandangan pimpinan tertinggi, nanti Presiden akan beri taklimat kepada kita (dan ahli akar umbi),” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan Titiwangsa kali ke 32 hari semalam.
 Dicatat oleh 

Selamat Tinggal PAS


Selamat Tinggal PAS. Pakatan Harapan (PH) sebulat suara menerima Bersatu sebagai anggota terbaharu gabungan itu. Keputusan ini dibuat hasil mesyuarat gabungan itu hari ini.

"Sekretariat Pakatan Harapan akan mengutus surat kepada Bersatu menaklumkan perkara berkenaan.

"Mesyuarat Majlis Presiden juga bersetuju untuk mendaftarkan Pakatann Harapan," menurut kenyataan bersama pemimpin tertinggi PKR, DAP dan Amanah.

Justeru, mesyuarat bersetuju berbincang segera dengan keempat-empat parti untuk merangka manifesto bersama dan mewujudkan logo baharu. - sinar
Posted by 

Rundingan Pas-Bersatu: Hadi, Mohd Amar senada, Tuan Ibrahim berbeza

Pas-Bersatu
Rundingan antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berakhir sebaik sahaja parti itu secara rasmi menyertai Pakatan Harapan, tegas Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, keputusan itu diambil berdasarkan pendirian Pas yang tidak mahu bekerjasama dengan parti yang ada kaitan dengan DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
"Secara rasmi tiada kerjasama, kalau itulah rasminya Bersatu (menyertai Pakatan Harapan)," katanya seperti dipetik portal Sinar Harian pada sidang medianya selepas menghadiri Konvensyen Profesional Malaysia, di sini hari ini.
Abdul Hadi dalam sidang media selepas menghadiri Konvensyen Profesional Malaysia, di Cyberjaya hari ini berkata demikian mengulas mengenai status kerjasama Pas dengan Bersatu selepas parti baharu itu secara rasmi menyertai Pakatan Harapan 14 Mac lalu.
Kenyataan Abdul Hadi ini dilihat senada dengan naib presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 15 Mac lalu.
Mohd Amar seperti dilaporkan media berkata, Pas menganggap mereka tidak lagi mempunyai hubungan dengan Bersatu ekoran keputusan parti berkenaan menyertai Pakatan Harapan.
Beliau yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata, Pas juga tidak lagi berminat berada sepentas dengan Bersatu
“Ini kerana Pas sejak awal lagi memaklumkan tidak akan sertai Pakatan Harapan,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam kelihatan mempunyai pandangan berbeza apabila beliau mengatakan kenyataan Mohd Amar itu adalah bersifat peribadi, bukan pendirian rasmi parti.
Beliau berkata semalam, Pas belum membuat keputusan rasmi berhubung kerjasama parti itu dengan Bersatu.
"Pas akan mengadakan mesyuarat parti yang bakal diadakan pada April depan sebelum muktamar bermula," katanya.
Sebagaimana Tuan Ibrahim, naib presiden Pas Idris Ahmad juga nampaknya mahu mengekalkan rundingan dengan Bersatu.
Beliau bersama dengan Tuan Ibrahim akan berceramah bersama Presiden Bersatu Tan Sri Muhyidin Yassin di Bukit Gantang sehari dua ini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena