Friday 24 March 2017

[Video Ramai pengundi PAS tak tahu RUU355, ia 'syok sendiri'] Ribut RUU355 yang dimainkan Pas tidak memberi kesan kepada majoriti rakyat!

Sabtu, 25 Mac 2017

Bukannya RUU 355 tapi soal poket rakyat

 | ARIF ATAN


Ribut RUU 355 yang dimainkan Pas tidak memberi kesan kepada majoriti rakyat.
Ribut RUU 355 yang dimainkan Pas tidak memberi kesan kepada majoriti rakyat
Pemuda Amanah Nasional berpendapat majoriti rakyat di negara ini lebih terkesan dengan kenaikan kos sara hidup berbanding teruja untuk meningkatkan had hukuman Mahkamah Syariah.
Exconya, Mohd Ammar Atan berkata, 'ribut' berkaitan Rang Undang-undang (RUU) 355 yang cuba ditiupkan pihak Pas tidak lebih sekadar gimik politik demi kepentingan parti itu kerana jelas tidak berpijak pada realiti ditempuhi rakyat.   
"RUU 355 telah  menjadi polemik politik sehingga menyamakannya dengan undang-undang hudud. Padahal, RUU 355 hanya berkaitan dengan meningkatkan had hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah.
"Prioriti meningkatkan duit poket rakyat dari dibelenggu kos sara hidup adalah lebih utama dan mendesak berbanding hal meningkatkan had hukuman Mahkamah Syariah," tegasnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Ammar AtanAmmar AtanBeliau mengulas hasil kaji selidik Pusat Inisiatif Dasar Invoke (I-CPI) yang dibentangkan hari ini dengan antara lain mendapati sejumlah 70.1 peratus pengundi Melayu tidak tahu mengenai RUU 355.
Sehubungan itu, Ammar berkata, kaji selidik melibatkan 43,030 pengundi Melayu/Bumiputra Islam itu satu petunjuk penting untuk anggota Parlimen dalam proses membuat keputusan yang harus bersandarkan suara rakyat di akar umbi.
"Sebagai sebuah negara demokrasi, banyak keputusan politik yang telah dan akan dibuat oleh ahli politik, tanpa melalui fasa apa yang rakyat mahu," tambahnya lagi.
Analisis soal selidik itu juga mendapati hanya 34.9 peratus menganggap RUU 355 lebih penting daripada isu ekonomi rakyat manakala cuma 10.4 peratus pengundi Melayu Islam berpendirian RUU 355 sebagai faktor penentu undi mereka.
Hasil kaji selidik melalui panggilan telefon secara rawak dalam tempoh seminggu sejak 16 Mac hingga semalam itu dibentangkan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pada sidang media di Invoke Malaysia, Sungai Besi di Selangor hari ini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena