Wednesday 29 March 2017

[Video "Hakim sekarang ini 'lembik'," kata bekas hakim] Betulke, ASAL UMNO MESTI BOHONG? Mahkamah - Pasukan Peronda Sukarela P Pinang sah!

Rabu, 29 Mac 2017

Foto Otai BERSIH.

ASAL UMNO MESTI BOHONG.....!!

Mahkamah Rayuan putuskan Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang sah

Mahkamah Rayuan memutuskan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah sah, sekaligus menolak pengisytiharan haram oleh Menteri Dalam Negeri sebelum ini.
Semalam, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Tengku Maimum Tuan Mat itu menyatakan PPS bukanlah sebuah pertubuhan yang tertakluk kepada Akta Pertubuhan 1965.
Dalam pada itu, Adun Seri Delima, RSN Rayer berkata, seluruh pihak di Pulau Pinang amat mengalu-alukan keputusan yang memihak kepada kerajaan negeri berkenaan.
“Inilah keputusan yang kerajaan negeri tunggu-tunggu. Akhirnya kita dapat lihat bahawa kebenaran telah menang,” ujarnya kepada Roketkini.
Sebagai salah seorang anggota PPS, Rayer berkata beliau merasa terbela dan tidak sabar mahu bertugas semula.
Lebih-lebih lagi, beliau pernah ditahan untuk soal siasat pada 2014 kerana PPS didakwa ingkar arahan dan meneruskan aktiviti mereka.
PPS ditubuhkan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 27 April 2011.
Kementerian Dalam Negeri mendakwa kononnya PPS adalah pertubuhan yang menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di negara ini.
Sedangkan, matlamat penubuhan PPS adalah membantu kerajaan negeri membanteras jenayah selain menjaga kebajikan dan keselamatan awam penduduk Pulau Pinang.
Semua anggota PPS berkhidmat secara sukarela.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena