Friday 31 March 2017

[Video PAS Bersalah Kepada Rakyat] Realiti Mulut Pemimpin UmnoBN! 2017 PUN SUDAH PERIT, MAHU TUNGGU 2050? Nasi Lemak Gay Dakwa Diugut Simbah Asid! Gay singkatan Gerai Adli Yusuf

Jumaat, 31 Mac 2017
Foto Suara Rakyat.
RIZAB negara (BNM) susut lgi ??!

FAKTA rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yg terus susut setiap tahun cuba disorokkan dari pengetahuan rakyat..

KENAPA Najib tak berani nak dedahkan SETIAP KALI RIZAB negara (BNM) susut ??!

https://twitter.com/NajibRazak/status/843683534451556353

2017 PUN SUDAH PERIT, MAHU TUNGGU 2050?

www.likeorange.net
Pemuda AMANAH Nasional terpanggil untuk menjawab kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mengatakan generasi akan datang tidak 'mewarisi' beban peningkatan kos sara hidup yang dihadapi rakyat kini melalui program Pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50). Kami menegaskan, masalah yang dihadapi oleh golongan muda khususnya kos sara hidup perlu diselesaikan segera, bukannya menunggu tahun 2050.


Dilema rakyat khususnya golongan muda sering dibangkitkan oleh Pemuda AMANAH dan Pakatan Harapan secara keseluruhannya dan kini Khairy mengakui akan hakikatnya. Beberapa isu besar yang perlu dipandang serius dan diselesaikan secara tuntas oleh pihak kerajaan tanpa perlu mengambil masa yang terlalu lama.

*1. PENGANGGURAN TINGGI DI KALANGAN GRADUAN*
Minggu lalu, Laporan Tahunan 2016 Bank Negara Malaysia (BNM) mendedahkan pengangguran belia atau anak muda telah mencecah 10.7 peratus dalam tahun 2015. Jumlah tersebut lebih tiga kali ganda lebih tinggi daripada kadar pengangguran negara pada iaitu 3.1 peratus.
Data ini menunjukkan bahawa pada tahun 2015, seramai 42 peratus daripada kadar pengangguran itu adalah lingkungan umur 20 hingga 24 tahun, manakala 20.4 peratus berumur 25-29 peratus. Golongan berumur 15-19 tahun pula dicatatkan sebanyak 19 peratus.
Laporan itu dengan jelas telah menyatakan dengan terperinci bahawa pengangguran juga sangat tinggi di kalangan graduan iaitu sebabanya 15.3 peratus.

*2. GAJI YANG RENDAH*
Hasil kajian Khazanah Research Institute (KRI) mendapati, keseluruhan gaji di Malaysia berlaku peningkatan tetapi sangat perlahan. Median gaji pertengahan tahun ini berada di tahap RM1,600 sebulan berbanding RM1,500 tahun lalu.
Namun di kawasan-kawasan bandar, kenaikan gaji hanyalah sebanyak RM55 sahaja manakala rakyat yang tinggal di pedalaman mendapat gaji kurang dari RM1,200 iaitu sebanyak RM400 kurang dari mereka yang di bandar. Di beberapa negeri seperti Melaka dan Pulau Pinang, kadar kenaikan menjadi kosong jika kita ambil kira kadar inflasi.

*3. KOS SARA HIDUP TINGGI*
Menurut Profesor Pusat Pengajian Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr Rahmah Ismail, bayaran upah atau gaji di Malaysia jauh lebih rendah dari negara jiran iaitu Singapura tetapi lebih tinggi dari Indonesia dan Thailand.
Namun, perbandingan dengan Indonesia dan Thailand menunjukkan kos sara hidup di Malaysia adalah lebih tinggi menyebabkan gaji benar di negara ini jauh lebih rendah.
Dalam masa yang sama, harga makanan meningkat lebih cepat berbanding barang-barang lain, iaitu kira-kira 30 peratus. Ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa mengimport pelbagai jenis bahan makanan daripada luar negara. Contohnya, negara telah mengimport lebih 90 peratus bekalan susu dan 70 peratus bekalan daging mentah.
*4. HARGA RUMAH MAHAL*
Rumah mampu milik yang dibina setiap tahun hanya 21 peratus berbanding lebih 60 peratus keperluan sebenar. Harga rumah yang melambung tinggi tidak selaras dengan realiti ekonomi rakyat yang menyebabkan 70 peratus rakyat tidak mampu memiliki rumah.
Laporan BNM bagi tahun 2016 menunjukkan bahawa pasaran perumahan kurang penawaran berbanding permintaan khususnya bagi rumah mampu milik. Peningkatan kadar upah dan rumah pula tidak selari.

*5. KOS PENGANGKUTAN*
Selain peningkatan kos bahan api, makanan, perubatan dan lain-lain, kerajaan juga gagal untuk menyekat daripada berlakunya kenaikan kos pengangkutan. Rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhada sangat terkesan apabila kos pengangkutan meningkat termasuklah kos pengangkutan awam.
Isu-isu besar yang sedang dihadapi oleh rakyat ini wajar diselesaikan secara tuntas, bukannya bermain dengan pelbagai slogan demi kepentingan tertentu. TN50 adalah satu lagi kaedah untuk menutup kegagalan pentadbiran kerajaan BN!
Membina Negara Berintegriti

#PemudaBekerja

*MOHD SANY HAMZAN*
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

Lepak Politik / KDL.

Pengusaha Nasi Lemak Gay Dakwa Diugut Simbah Asid 

PETALING JAYA: Pengusaha Nasi Lemak Gay yang mencetuskan kontroversi susulan penggunaan perkataan dan bendera yang melambangkan golongan homoseksual itu mendakwa terpaksa menghentikan sementara perniagaannya selepas menerima ugutan disimbah asid.

Hanya mahu dikenali sebagai Adi Yusuf, pemuda berusia 33 tahun itu menerima panggilan berbaur ugutan yang mengancam dirinya akan ditimpa musibah jika masih terus menggunakan nama tersebut untuk mempromosikan jualannya.

Katanya, ugutan daripaa lelaki tidak dikenali itu adalah punca utama perniagaan nasi lemak yang beroperasi di Taman Segar, Cheras terpaksa dihentikan buat sementara.

“Kecam tak kecam atau apa-apa lain, lantaklah. Cuma ugut itu berat untuk saya...kalau nampak depan, muka akan disimbah asid. 
“Itu agak menakutkan, memang saya takut,” katanya yang mendedahkan perkara tersebut dalam temuramah pada Khamis.

Ditanya adakah laporan polis dibuat berhubung ugutan tersebut, Adi berkata, dia tidak mahu memperbesarkan perkara itu.

“Bagi saya, lagi saya melayan dan diperbesarkan, lagi bertambah buruk,” katanya.

Pada Khamis, mStar Online melaporkan bahawa operasi gerai Nasi Lemak Gay terpaksa dihentikan sementara selepas menerima pelbagai reaksi dan kecaman.

Adi tampil menjelaskan bahawa Nasi Lemak Gay bukanlah bermaksud lelaki gay atau homoseksual, sebaliknya ia adalah singkatan kepada Gerai Adi Yusuf.

Kemunculan Nasi Lemak Gay ketika kontroversi Nasi Lemak Pondan belum pun reda, sehingga menjadi tular dan bualan netizen di media sosial.

Selain Nasi Lemak Gay dan Nasi Lemak Pondan, terdapat beberapa gerai nasi lemak yang menggunakan nama lain daripada yang lain sebagai strategi memancing pembeli seperti Nasi Lemak Anak Dara dan Nasi Lemak Spiderman. 

Lapor mStar.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nama 'pondan' atau 'gay' adalah gambaran pelaku kepada perbuatan 'maksiat'. Lain dengan 'khunsa' yang mempunyai dua alat kelamin. Itu lain hukumnya.

Islam melarang sama sekali bagi golongan yang sememangnya dilahirkan sebagai lelaki contohnya, mengubah kejadian tersebut dengan melakukan pembedahan atau berpakaian seperti perempuan di samping menjalinkan hubungan sejenis.

Allah melarang kita mengubah kejadian-Nya seperti terdapat dalam Al-Quran, Surah An-Nisa, ayat 119 menyebut, mereka yang mengubah kejadian Allah samalah perbuatannya seperti syaitan. Malah bagi mereka yang melakukan hubungan sejenis, ia sama sekali menyalahi fitrah manusia juga makhluk Allah lain. 

Malah lebih menambah kebencian lagi bila golongan tertentu cuba 'menghalal'kan perbuatan tersebut sejajar dengan perjuangan LGBT antarabangsa yang merosakkan Islam. 

Mungkin perkara-perkara seperti inilah yang mendalangi perlakuan-perlakuan seperti di atas.

Hasil carian imej untuk lgbt

Imej yang berkaitan
Posted by 

1 comments:

Unknown said...

Pengusaha Nasi Lemak ni pun satu, tak ada nama lain ke yang lebih sesuai? Kalau masih suka kan nama itu, apa kata kalau di jenamakan sebagai "EKSOS SAIFUL", mungkin lagi laku kot. Tak tahu lah pulak kalau kalau si pengusaha ini pun seorang "gay".

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena