Sunday 26 March 2017

[Video Terbaik, Pakate Harape! Kg Talak, Tumpat & Padang Terap, Kedah] Galah kita cukup untuk kait - Mohamad Sabu

Ahad, 26 Mac 2017

Galah kita cukup untuk kait - Mohamad Sabu

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menegaskan gabungan kesepakatan politik antara keempat-empat parti pembangkang berupaya untuk menjatuhkan kerajaan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.
Menggunakan galah sebagai perlambangan, beliau berpendapat tindakan untuk mana-mana parti secara bersendirian menentang rejim kleptorat atau perompak itu adalah tidak berhasil.
"Galah kita ada tapi tidak cukup. Galah merah DAP, dia jolok tak sampai. Bolehlah jatuh (menang) di Tanjong, Bukit Mertajam, Jelutong - di tempat DAP boleh menang.
"Tambah dengan galah biru muda (PKR). Tak sampai nak kait buah kelapa. Bolehlah jatuh beberapa kawasan lagi - Sungai Petani, Alor Setar, Merbok (tapi) terlepas balik, Kuala Kedah.
"Datang galah warna oren (Amanah), tak cukup juga. Kita nak lompat tak sampai. Ada dua kaki lagi untuk sampai.
"Tiba-tiba datang parti Bersatu. Kali ini galah kita cukup untuk kait buah kelapa yang cukup indah itu," ujarnya sambil berseloroh dalam ceramah di Felda Lubuk Merbau Padang Terap, Kedah kelmarin.
Walau bagaimanapun, beliau menyifatkan Pas pada masa ini sudah tidak relevan dalam usaha menumbangkan kerajaan Umno-BN ekoran kepimpinannya yang semakin mesra dengan parti pemerintah itu.
"Ada galah lain warna hijau. Galah tu reput," sindir bekas Timbalan Presiden Pas yang mesra dipanggil Mat Sabu itu dalam majlis Malam Semarak Kasih Felda yang turut dihadiri Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir.
Sehubungan itu, beliau menganggap kerjasama politik antara Bersatu, PKR, Amanah dan DAP sekaligus dapat menangkis penipuan Umno-BN yang menakutkan rakyat selama ini jika pembangkang menguasai Putrajaya.
"Bagi saya, galah itu cukup dan saya yakin tohmahan kononnya DAP ambil alih Malaysia, Lim Kit Siang jadi Perdana Menteri kalau kita menang adalah bohong.
"Propaganda kalau BN jatuh, DAP perintah sekarang sudah tidak laku di Malaysia," tegasnya yang tampil berkopiah putih.
Hal tersebut diperkukuhkan lagi, jelasnya, dengan peranan Tun Mahathir yang sebelum ini dikenali sebagai ultra Melayu serta sambutan orang ramai terhadap kemunculan Bersatu.
Berhijrahlah 
Sehubungan itu, Mat Sabu mengajak baki ahli dan penyokong Pas untuk menyertai Amanah bagi membolehkan hasrat rakyat melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tercapai.
"Yang kopiah putih berhijrahlah kamu bersama Abang Mat," serunya dalam majlis yang juga dihadiri Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar dan Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional, Mazlan Aliman itu.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pelbagai usaha bagi mengembalikan hak dan keadilan kepada peneroka Felda seperti disebut Mazlan dalam slot ceramahnya sebelum itu tidak akan berhasil selagi rakyat masih belum menjatuhkan Umno-BN.
"Kita yakin seperti Mazlan sebutkan, apa yang beliau cakap tidak boleh buat. Hanya boleh buat jika berlaku perubahan pemerintahan.
"Kalau Pakatan naik dan berlaku penyelewengan, tuan-tuan boleh tukar kerajaan bila tuan-tuan mahu pada waktu itu.
"Ini berlaku di lain negara di Australia, Indonesia. Tukar parti, perdana menteri perkara biasa. Negara terus maju.
"Negara lain tukar kerajaan itu biasa. Kita? Parti tak mahu tukar, Perdana Menteri tak mahu berhenti, negara terus mundur.
"Saya yakin penuh dengan gabungan PKR, Bersatu, Amanah dan DAP - BN akan tertunduk dan Najib-BN akan undur ke belakang," tegas Mat Sabu lagi dengan aksi spontannya yang turut berundur dari rostrum diikuti tepukan gemuruh dan ketawa hadirin yang majoritinya berbaju merah dan berlogokan parti Bersatu.
Orang ramai memenuhi khemah dan kawasan sekitar untuk mendengar ceramah pimpinan Pakatan Harapan Orang ramai memenuhi khemah dan kawasan sekitar untuk mendengar ceramah pimpinan Pakatan HarapanComment
Avatar



Abang mat.
Pengundi hendak supaya galah tu jgn berwarna warni semasa pru 14 nanti. Semua parti ph kenalah pakai satu simbol, satu bendera dan satu warna saja.
Warna hijau tu biaq depalah. Umno pun rasanya tak kebuloq kongsi warna dgn hijau sbb lebai2 hijau amal baiah cerai talak tiga. Datin2 umno mampuih tak setuju kena jadi mangsa baiah.

1 comments:

Zahid Hamidi said...

Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena