Sunday 12 March 2017

[Video Pak Arab mengamok serta kecam zapin M'sia] Orang Arab, Indonesia Kuasai Hartanah Negara - SETUJUKAH & GEMBIRAKAH KITA?

Isnin, 13 Mac 2017

Foto Suara Rakyat.
Najib dgn nada tegasnya #ForestCity 'leasehold' (pegangan pajak) untuk tempoh 99 tahun sahaja. Tapi bersepah2 papan tanda di Forest City itu tertulis terpampang 'HAK MILIK KEKAL'.

TAHUKAH ANDA.. pada laman sesawang Forest City juga ada mengatakan 'Forest City freehold property rights'...

KENAPA PERDANA MENTERI MALAYSIA KERAP SANGAT BERBOHONG...??!
Foto Parti Amanah Negara.
ORANG ARAB, INDONESIA KUASAI HARTANAH NEGARA - SETUJUKAH, GEMBIRAKAH KITA?
1. Apabila pasaran hartanah kita dikuasai oleh orang-orang Cina dari Tanah Besar China khususnya di Forest City, ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan isu perkauman Cina. Isu yang cuba dimainkan ialah sentiman anti Cina yang jelas cuba dimanipulasi untuk kepentingan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.
2. Adaikata pasaran hartanah di Forest City atau mana-mana projek super mega yang berstatus pegangan bebas (Free Hold) di negara ini dikuasi oleh hartawan dari negara Arab atau Indonesia adakah kita akan bergembira atau bersetuju? Ini bukan persoalan agama atau perkauman sempit. Ini adalah isu kedaulatan dan keselamatan negara.
3. Walaupun hartawan dari Arab adalah seagama dan jutawan dari Indonesia mungkin majoritinya bangsa serumpun dengan saya, sebagai rakyat di negara ini saya tidak mungkin akan bersetuju sama sekali kerana kepentingan rakyat dan keselamatan negara adalah segala-galanya.
4. Membuka pintu negara tanpa batas kepada pemilikan kekal dan bebas oleh rakyat asing ke atas pasaran hartanah adalah "catalyst" kepada pelaku dan penagih rasuah di negara ini seperti mana khususnya yang sedang melanda pentadbiran kerajaan negeri Johor hari ini. Projek-projek mega di IRDA terutama Forest City adalah contoh terbaik dalam isu ini.
5. AMANAH mengajak rakyat berani bangun untuk menyuarakan penentangan kita terhadap isu rasuah hartanah dan polisi memberikan status hak milik kekal secara berleluasa tanpa had yang memungkinkan berlakunya penajahan baru yang mengancam hak dan keselamatan rakyat dan negara kita sendiri.
6. Berpayungkan kepada Perlembagaan Negara dan negeri- negeri, petualang rakyat dan negara mesti diperangi habis-habisan kerana mereka begitu rakus menjahanamkan masa depan negara. Mereka telah khianat kepada rakyat yang memberikan mereka mandat dalam pilihan raya yang lalu.
SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara
11 March 2017

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena