Friday 24 March 2017

[Video Takut Tukar Kerajaan Macam Nak Kiamat] Ramalan ANAK, FGV dijual kepada orang asing hampir nyata & Ucapan Mat Sabu di Majlis Penutup Konvensyen Warga FELDA 2017

Sabtu, 25 Mac 2017
Ramalan ANAK, FGV dijual kepada orang asing hampir nyata

Ramalan ANAK, FGV dijual kepada orang asing hampir nyata

Ramalan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) bahawa risiko kepentingan Felda Global Ventures (FGV) tergadai kepada syarikat asing atau individu hampir pasti menjadi kenayataan, kata presidennya Mazlan Aliman.
Beliau berkata, ini berikutan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad, seperti dilaporkan The Edge Markets, bahawa firma Kerajaan Cina, China National Cereals, Oil & Foodstuff Corporation dan jutawan Syed Mokhtar Al Bukhari berminat membeli kepentingan dalam FGV.
Ia berkaitan situasi kritikal yang sedang dialami FGV, apatah lagi pelabur Institusi seperti PNB, KWSP, KWAP dan Tabung Haji mula melepaskan pegangan saham mereka dalam FGV.
“Anak pernah menyuarakan kebimbangan, akan tiba suatu ketika, pelabur asing yang tidak ada kena mengena langsung dengan usaha menukar hutan belantara kepada ladang yang terbentang luas, yang tidak pernah menumpahkan hatta setitik keringat pun, dengan mudah boleh mengambil alih ladang-ladang berkenaan melalui pembelian saham FGV di Bursa Malaysia.
“Jika syarikat asing ini menjadi pelabur majoriti, mereka membolot saham FGV di pasaran, lalu mengambil alih pemilikan dan kuasa pengurusan serta pengawalan syarikat, apa yang tinggal kepada Felda? soalnya dalam kenyataan.
Justeru Anak mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku menteri yang menjaga kepentingan Felda agar membuat penjelasan segera mengenai kebarangkalian pembelian saham FGV oleh syarikat asing ini.
“Jika ternyata benar, Kerajaan wajib campur tangan agar ia tidak berlaku sama sekali. Barang diingat, antara aset paling bernilai dalam FGV adalah tanah Felda Plantation seluas 360,000 hektar dan sekurang kurangnya 10 anak syarikat di bawah Felda Holding termasuk Felda Technoplant yang mengurus kebun peneroka dan Felda Palm Industries di mana hasil Buah Tandan Segar(BTS)di hantar ke situ,” katanya.
Beliau juga menyifatkan situasi ini satu bentuk ‘penjajahan baru’ yang merupakan malapetaka kepada negara khususnya kepentingan Bumiputera.
“Nampaknya, kegelojohan penyenaraian FGV di Bursa Malaysia telah mengundang padah lebih besar, apabila kepentingan FGV dijual pula kepada syarikat asing,” tegasnya.
Beliau juga menyeru mana-mana ahli parlimen membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat demi kelangsungan masyarakat Felda ketika ini dan masa hadapan. MD

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena