Saturday 25 March 2017

[Video] Tun M tunggu di Sungai Perak & Nazri tunggu Mahathir di MRSM Kuala Kangsar sudahnya 'lepak pekena cendol, laksa' di Dataran Sayong!

Ahad, 26 Mac 2017

Mohamed Nazri tunggu Mahathir di MRSM Kuala Kangsar
Foto Otai BERSIH.

Foto Otai BERSIH.


... Datuk Seri Nazri Aziz bersama Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad di Sungai Perak selepas menikmati cendol dan ...
HMetro

Lepak pekena cendol, laksa


Kuala Kangsar: Pertemuan antara Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadi kenyataan, hari ini.
Namun bukan untuk berdebat tetapi hanya bersembang santai sambil menikmati laksa dan cendol di Dataran Lembah, di sini, pada 4.25 petang ini.
Perjumpaan turut dihadiri anak Tun Dr Mahathir yang juga bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Kesemua mereka meluangkan masa berbual sambil menikmati cendol dan laksa serta kemudian meluangkan masa bersama melihat pemandangan Sungai Perak.
Terdahulu Mohamed Nazri yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas, menantikan kehadiran Tun Dr Mahathir hampir tiga jam di depan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar.
MRSM adalah lokasi sepatutnya berlangsungnya debat antara mereka berdua yang ditunda dan dijadual diadakan Shah Alam, Selangor, April ini.
HMetro

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena