Jelas kementerian, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London kini sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan dan menyediakan maklumat terkini berkaitan insiden berkenaan kepada rakyat Malaysia di bandar tersebut.
“Kementerian memanjangkan ucapan takziah kepada pihak keluarga mangsa insiden terbabit,” kata kementerian dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Untuk sebarang kecemasan atau maklumat lebih lanjut, orang ramai boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London pada talian +44 (0) 2072358033 dan bilik operasi kementerian pada 03-88874570 atau 03-88892746. - UTUSAN ONLINE

Pemimpin pembangkang zahirkan takziah insiden serangan di London


Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula berkata bagi ahli pembangkang di Parlimen Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang terbunuh dan cedera dalam serangan keganasan yang berlaku di luar Westminster di London pada Rabu.
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail"Kami juga amat mengutuk jenayah ini yang tidak masuk akal dan kejam terhadap kemanusiaan yang cuba menyemai ketakutan bagi rakyat Britain dan juga sebagai satu serangan ke atas salah satu institusi tertua demokrasi berparlimen di dunia.
"Kami berdiri bersama-sama dengan kerajaan dan rakyat Great Britain dalam waktu sukar ini," ujarnya menerusi kenyataan media hari ini.
Seorang daripada dua penyerang ditembak mati oleh pasukan polis di London selepas melakukan serangan di luar bangunan Parlimen Britain di Westminster malam tadi waktu Malaysia.
Terkini dilaporkan,   5 maut,  40 cedera di jambatan berhampiran manakala laporan AFP menyebut, penyerang menikam seorang pegawai polis di perkarangan bangunan tersebut.
Sementara itu, Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia setakat ini dilaporkan cedera dan terjejas dalam insiden serangan tersebut.