Thursday 23 March 2017

[Video Jho Low rakan baik Rosmah] AS sedia dakwa Jho Low! Sikap membisu MP Pas bincang RUU355 di Dewan Rakyat menghairankan.

Jumaat, 24 Mac 2017

Foto Suara Rakyat.

WSJ memetik sumber di Singapura berkata pasukan DOJ baru-baru ini selesai melakukan soal siasat di republik itu dalam persediaannya mendakwa Jho Low.
Pada 20 Julai, DoJ menerusi siasatannya mendapati lebih AS$3.5 bilion (RM15.4b) dilencongkan daripada dana 1MDB, syarikat milik Kementerian Kewangan yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2009.
TETAPI DI MALAYSIA..
"Jho Low tiada kaitan dengan 1MDB", kata PM Najib Razak (16/3/2015)
Sama2 kita tunggu Jho Low & Najib bakal dibogelkan kebobrokan mereka dlm Skandal Kewangan Terbesar Dalam Sejarah Dunia..
Sikap membisu MP Pas bincang RUU355 di Dewan Rakyat menghairankan

Sikap membisu MP Pas bincang RUU355 di Dewan Rakyat menghairankan

Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin melahirkan rasa hairan dengan sikap ahli-ahli Parlimen Pas yang tidak langsung bangun mencelah ketika hal berkaitan Rang Undang-undang 355 (RUU 355) dibincangkan di Dewan Rakyat, petang semalam.
Menurut beliau, ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berucap menggulung perbahasan, perkara berkaitan RUU 355 dibincang hangat.
"Semasa penggulungan daripada YB Datuk Seri Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga hal ehwal agama, berlaku sedikit perdebatan antara ahli parlimen pembangkang dan YB Menteri antaranya isu hukum sebatan Syariah dan isu RUU 355.
"Di kalangan MP Amanah, ada empat daripada enam ahli parlimen yang ambil bahagian berdebat dan tanya soalan dan beberapa ahli parlimen DAP dan PKR juga ambil bahagian.
"Yang bangun daripada Amanah ialah ahli parlimen Parit Buntar, ahli parlimen Shah Alam, ahli parlimen Kuala Terengganu dan ahli Parlimen Sepang," jelas beliau.
Namun Hanipa melahirkan kehairanan kerana tiada seorang pun ahli parlimen Pas yang bangun mencelah walaupun polemik berhubung RUU 355 tercetus ekoran usul rang undang-undang persendirian oleh ahli parlimen Marang yang juga presiden Pas.
"Pelik juga saya, meskipun ahli parlimen Pas bawa (usul) RUU 355 di Parlimen, namun tak ada seorang pun MP Pas yang bangun untuk paling kurang tanya soalan kepada Menteri.
"No problem Pas, MP Umno pun tak ada yang bangun juga tadi. Kan sama!" komen Hanipa di laman sosial semalam.
Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan melahirkan keyakinan  RUU 355 lebih mudah dilulus jika dibentang wakil kerajaan.
Bercakap kepada Astro Awani di Kota Bharu semalam, Takiyuddin berkata, apabila RUU berkenaan dibawa oleh wakil kerajaan, maka semua ahli Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) yang terdiri dari ahli Parlimen BN terikat dengan arahan ketua whip BN untuk menyokong usul pindaan berkenaan.
Usul pindaan itu juga akan lebih mudah dibentangkan kerana ia hanya perlu melalui bacaan kali pertama, dan bacaan kali kedua untuk undian, berbanding sekiranya ia dibawa oleh wakil pembangkang, yang perlu notis 14 hari, dan hanya boleh bentangkan selepas rang undang-undang lain wakil kerajaan selesai dibahaskan.
Tambah Takiyuddin, beliau yakin usul pindaan ini akan diluluskan walaupun tanpa sokongan ahli Parlimen dari PKR dan DAP kerana gabungan ahli Parlimen beragama Islam dari BN dan Pas sudah mencukupi untuk mendapatkan majoriti mudah dalam undian pindaan RUU 355 sekiranya ia dibentangkan.
“Saya yakin kita akan dapat cukup (undian daripada) Umno, Pas. Yang bukan Islam ni mungkin dia tak datang dan tak hadir masa hari pengundian.
“Sebabnya satu lagi aspek, RUU 355 ni apabila lulus, undang-undang ini bukan wajib kepada negeri-negeri, negeri ada pilihan nak guna pakai atau tidak. Kalaulah Pulau Pinang tak nak guna pakai pindaan 355, dia tak perlu ambil, dia guna 356 yang sekarang ni.
“Begitu juga Sarawak. Sarawak kata dia tak setuju. Jadi kita nak beritahu, bukan bermakna bila lulus 355, Sarawak wajib ambil. Tidak, tak wajib,” ujarnya yang menambah semua keputusan adalah di bawah Dewan Undangan Negeri tu sendiri.
Kenyataan Takiyuddin disifatkan bercanggah dengan kenyataan para pemimpin parti itu sebelum ini yang mendakwa usul persendirian RUU 355 lebih mudah dibawa wakil Pas bagi mengurangkan birokrasi dan mempercepatkan proses ia diluluskan Dewan Rakyat.
Pas juga menganjurkan Himpunan 355 18 Februari lalu di padang Merbok Kuala Lumpur bagi menyokong usul RUU 355 yang bakal dibawa presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang buat kali ketiga di sesi Dewan Rakyat kali ini.
Walaupun diberi peluang oleh Speaker, Abdul Hadi telah dua kali menangguhkan pembentangan usul itu di Dewan Rakyat pada dua sesi parlimen lepas.  
Jumaat lalu, semasa berucap merasmikan persidangan berkelompok persidangan Umno cawangan peringkat negeri Terengganu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan usul pindaan RUU 355 akan dibawa oleh wakil kerajaan BN dalam sidang parlimen yang sedang berlangsung sekarang.
Beliau yang juga ketua whip BN berkata, ia untuk membuktikan kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan agama Islam dan kedaulatan bangsa Melayu tanpa menjejaskan pihak lain.

1 comments:

Unknown said...

Tn Admin, berita2 (Mac 24/4.42) ini mungkin menjurus kpd kerosakkan aqidah, yg natijahnya jauh lebih burok dari apa yg didakwa dilakkukan oleh Jho Lo dan kawan2 beliau Sila periksa kandongan posting ini dan sekiranya benar, sila bertindak memadamnya dan tidak menyiarkannya lagi.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena