Tuesday 28 March 2017

[Video] Menteri 'Udang'? 16 tahun tunggu hospital, penduduk Tanjong Karang mati atas jalan!

Selasa, 28 Mac 2017



Foto Suara Rakyat.
Wahai Noh Omar, mana Janji kamu..?
Wahai Noh Omar, sapa Tuhan kamu..?
Wahai Noh Omar, apa Agama kamu..?

Apa khabar orang Selangor !!!
TAN SRI Noh Omar bertekad bermati-matian NAK RAMPAS SELANGOR dalam PRU14 nanti.. camner tu..

16 tahun tunggu hospital, penduduk Tanjong Karang mati atas jalan

 | March 28, 2017
Adun Sekinchan menyindir pemimpin BN susulan janji kerajaan pusat membina Hospital Tanjung Karang masih belum tertunai, menyebabkan penduduk terpaksa ke Hospital Selayang atau Sungai Buloh.
Ng-Suee-Lim-hospital-tanjung-karangSHAH ALAM: Adun DAP menyindir Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar hari ini kerana gagal menunaikan janji untuk membina Hospital Tanjong Karang di kawasan Parlimen sendiri.
Adun Sekinchan Ng Suee Lim membuat sindiran itu apabila proses pembinaan hospital tersebut baru dimulakan selepas 16 tahun berjanji.
Ng mendakwa lebih menyedihkan apabila ada penduduk Tanjong Karang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di kawasan lain kerana mengambil masa yang lama untuk menerima rawatan.
“Saya selalu melawat majlis pengebumian dan waris mangsa mengeluh ramai orang Tanjung Karang mati tengah jalan kerana hospital jauh sama ada di Selayang atau Sungai Buloh,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor di persidangan DUN Selangor.
“BN janji nak bina hospital masa anak kawan saya umur 10 tahun, sekarang dia 26 tahun, dah berkahwin dengan 3 anak, baru sekarang nak bersihkan rumput,” katanya.
Berang dengan sindiran itu, Datuk Sulaiman Abdul Razak (Permatang-BN) bangkit mencelah dengan mendakwa kerajaan Selangor juga gagal mengotakan janji untuk menurunkan cukai pintu sebanyak 20%.
“Ada yang janji nak turunkan cukai pintu 20% tapi tidak turun, nak turun cukai komersial 10% pun tidak turun juga.
“Jangan temberang, kerana YB (Yang Berhormat) pun sama juga,” katanya ketika bangkit mencelah perbahasan Ng.
Ketika bertikam lidah itu, Ng menyarankan kerajaan pusat supaya hanya berjanji apabila betul-betul bersedia membuat projek pembangunan, bukannya menabur janji yang akhirnya menyusahkan rakyat.
“Tak perlu sampai 16 tahun, setahun dua sudah cukup untuk berjanji. Ini berkokok riuh sekampung tapi telurnya tiada, memalukan.
“Saya sebut perkara ini bukan untuk kredit tapi saya mahu pantau projek yang dijanjikan BN supaya dilaksanakan untuk kebaikan semua rakyat,” katanya.
Tahun lalu, kerajaan BN berjanji akan meneruskan pembinaan Hospital Tanjong Karang bagi memudahkan penduduk mendapat rawatan terbaik.
Noh berkata kelewatan pembinaan hospital berharga RM269 juta itu disebabkan masalah teknikal antara Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor.
“Pembinaan Hospital Tanjong Karang tetap akan dilaksanakan seperti dijanjikan dan surat tawaran sudah diberikan JKR kepada kontraktor,” katanya.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena