Tuesday 28 March 2017

[Video PAS Sudah Hilang Arah, Guna HUDUD Tutup Rasuahnya Dengan Najib] Guru Pro Pembangkang: Realiti penjawat awam tidak sokong kerajaan.

Selasa, 28 Mac 2017


Guru pro pembangkang: Realiti penjawat awam tidak sokong kerajaan

Guru pro pembangkang: Realiti penjawat awam tidak sokong kerajaan

 | MALAYSIA DATELINE
Mohd Sany Hamzan
Mohd Sany Hamzan
Kerajaan sewajarnya menghayati dan mendalami aspirasi serta kehendak penjawat awam bukannya mengongkong atau memaksa untuk menyokong kerajaan.
Ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan berkata, tindakan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengugut guru yang aktif dan mengambil tindakan terhadap guru yang didapati menyokong pembangkang adalah satu tindakan yang tidak wajar.
"Ugutan seperti itu seolah-oleh merendahkan martabat warga pendidik yang mempunyai kebijaksanaan untuk membuat atau menyokong apa jua perkara.
"Pemuda Amanah Nasional berpandangan, kerajaan tidak sewajarnya mengongkong kakitangan kerajaan khususnya guru-guru sehingga hak mereka sebagai rakyat biasa terbatas," ujarnya dalam satu kenyataan.

Mohd Sany berkata, dengan ugutan itu realitinya ketika ini dakwanya lagi, penjawat awam tidak mendokong kepimpinan negara.
"Sekiranya kerajaan Barisan Nasional benar-benar berintegriti dan berjaya dalam pemerintahannya, sudah pasti kerajaan tidak takut akan kurangnya sokongan daripada kakitangannya.
"Sebaliknya mereka yakin memperoleh kepercayaan daripada kakitangannya khususnya guru.
"Hakikatnya ialah kerajaan Barisan Nasional tidak mendapat sokongan hingga memaksa mereka mengongkong dan mencampuri urusan seharian kakitangan kerajaan walaupun diluar waktu bekerja," ujarnya.
Justeru beliau menegaskan, agar kerajaan fokus terhadap perkara yang lebih besar iaitu menyelesaikan permasalahan dan dilema yang dihadapi oleh warga pendidik.
"Guru berada dalam suasana cukup tertekan dengan bebanan kerja seharian serta kerja-kerja tambahan diluar daripada waktu bekerja.
"Kami yakin, tindakan kerajaan ketika ini akan memperkuatkan lagi azam guru-guru untuk membuat perubahan dalam pilihan raya yang akan datang," katanya.
Semalam Kementerian Pendidikan telah menghantar surat tunjuk sebab kepada lima guru yang didapati menaiki pentas politik pembangkang untuk memburukkan kerajaan.
Pada Ahad Mahdzir berkata hanya sebilangan kecil daripada 435,000 guru di seluruh negara yang dikesan terlibat secara aktif dengan pembangkang dan pihaknya sedang memantau perkara tersebut.
Beliau berkata semua guru sebagai kakitangan kerajaan tertakluk kepada Perintah-perintah Am dalam perkhidmatan awam dan hal ini berkait dengan salah laku sebagai penjawat awam.
Mahdzir berkata di pihak kementerian, pendekatan yang akan diambil adalah dengan memberi nasihat kepada guru yang terlibat.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena