Monday 20 March 2017

[Video Najib BAZIR 1 Billion beli MAINAN TLDM!] Nik Abduh ditolak jadi pemegang legasi ayahnya? Nik Omar pula dikatakan lebih memiliki saksiah Tokguru.

Selasa, 21 Mac 2017

Dia ditolak jadi pemegang legasi ayahnya

Nik Omar dikatakan lebih memiliki saksiah Tokguru.

Inikah ahli parlimen P Mas?
Apabila ahli parlimen (Apar) Pasir Mas kalah dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Yang diPertua Pas Pengkalan Chepa, ramai yang teruja dengan memberi ulasan negatif atas kekalahan itu. Berbagai-bagai terjemahan dan tafsiran dibuat atas kekecundangan itu. Ada yang memberi gambaran Apar itu ditolak di kampungnya sendiri.

Ada juga yang menyifatkan kekalahan itu, ahli-ahli Pas di Pengkalan Chepa tidak mudah tersihir dengan salasilah ahli parlimen itu dari keturunan tokoh spiritual Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dia adalah satu-satu anak Nik Aziz yang begitu ghairah bermain politik dan ghairah pula untuk mengambil tempat ayahnya dalam persada politik seakan-akan mahu mengikuti jejak langkah ayahnya.

Apabila dilihat bakatnya dalam siasah menampakkan ianya tidak secemerlang ayahnya, menyebabkan ada yang bercanda imam tidak dapat diwarisi daripada seorang ayah yang beriman dan bertakwa.

Yang lain mengejek kekalahan itu bahawa taraf keulamaan ahli parlimen itu masih belum cukup masak dan mantap sebab itu dia kalah. Ini semua dinilai dari kedudukannya sebagai salah seorang ahli Majlis Syura Ulama, merupakan ahli majlis badan tertinggi dalam hirearki Pas yang tidak sepatutnya dimalukan demikian rupa.

Kemenangan lawannya, Dr Izani Husin pula digambarkan bahawa Pas masih memerlukan profesional dan sedia menolak golongan yang mengecap dirinya sebagai ulama semacamnya. Zahiriahnya dia kelihatan lebih waruk dari Izani.

Apakah ahli-ahli Pas Pengkalan Chepa khususnya sudah memahami kelemahan dan kekurangan parti itu tanpa ahli profesional parti itu menghadapi masalah dan tidak boleh bergantung harap kepada golongan ustaz seperti species ahli parlimen Pasir Mas itu?


Orang boleh persenda tetapi jangan terlepas pandang apa yang sedang diatur dan dirancang olehnya. Lihat apa yang ada dalam kilasnya jangan lihat apa yang tertempel di kopiahnya. 
Mengenai ahli parlimen ini, tidak perlu kekalahannya itu disorak dan diraikan. Sebalik apa yang perlu dikaji kenapa beliau mencabar Dr Izani untuk jawatan itu? Ini persoalan yang perlu ditanya dan dikaji. Dan menjawab persoalan ini baharu dikatakan bisa berpolitik. Bagi saya dia tidak sahaja-sahaja bermain dengan pertandingan itu melainkan ada tolakan nafsu besar di belakangnya. Ada motif tersirat.

Ahli parlimen itu, sejak pergaulanya lebih luas dan merasai enak hidup dengan mendapat segala kemudahan (prioriti), dapat naik jet peribadi untuk meninjau kawasan hutan (balak) dan pernah bercita-cita untuk ke Kutub Utara, tentu dia ada gagasan lebih jauh dalam politiknya. Makanya pertandingan itu adalah percubaan untuk dia mencapai cita-citanya. Dia bukan tentu terhenti dan berpuas hati setakat menjadi ahli parlimen sahaja. Tidak salah baginya mencuba dan kekalahan bukan sesuatu yang perlu disendu sendankan.
Apakah usaha sebagai penerus legasi ayahnya atau tidak, itu persoalan lain? 

Semasa kerusi Chempaka itu kosong ekoran kematian ayahnya, sudah ada desas desus dan asakan kecil agar beliau diturunkan di situ. Namun asakan itu tidak dipedulikan. Dia sudah kalah dalam percaturan awalnya. Menyedari bahawa tidak ada siapa mempedulikan kehendaknya, itulah maka beliau sedia melakukan "hara kiri" dengan mencabar Dr Izani.

Apa yang kita nampak semua usaha dilakukan ahli parlimen itu demi mengejar cita-cita lebih besar. Ada dua cita-cita besarnya, selain untuk menjejaki langkah politik ayahnya, mencapai dikedudukan sebagai MB, ialah untuk mempersatukan Pas dengan Umno. Kerusi MB adalah penting untuk mencapai matlamat itu. Cita-cita untuk itu adalah gagasannya sehingga ia sanggup memuji politik anjuran Dr Haron Din berbanding politik ala bapaknya sendiri.


Beliau mungkin membuat perhitungan, apabila menang kerusi Timbalan YDP Pas, beliau akan melonjak pula ke kerusi Yang Dipertua. Tuntutan utama beliau nanti tentulah kerusi Chempaka. Apabila menang di situ maka bolehlah beliau memasang angan dan mimpi untuk menjawat MB seperti mana beliau memasang mimpi untuk ke Khutub Utara.

Tampaknya, usaha itu kini terberai. Cakar harimau yang dimilikinya tidak berbisa. Beliau kalah dan kekalahan itu memberi masa depan yang gelap kepadanya. Paling buruk sekali kekalahan itu menyebabkan dunia melihat kehebatannya sebagai anak kepada orang hebat tidak ke mana-mana. Kekalahan Apar Pasir Mas itu menunjukkan beliau tidak dihingin untuk menjadi pemegang legasi Nik Abdul Aziz Nik Mat sang tokoh sukaramai itu. Persepsi itulah yang sangat-sangat memalukannya. [wm.kl.10:41 am 19/03/17]


Posted by mohd sayuti Omar

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena