Thursday, 1 November 2018

[Video Dia Milik Orang ] 40 penyamun mencari pintu Pakatan Harapan.

Jumaat, 2 November 2018

'40 penyamun' mencari pintu Pakatan Harapan

Kata watak saudagar unta dalam filem klasik Tiga Abdul arahan P Ramlee, “Jual orang lagi untung dari niaga unta.” Kita pun ketawa!
Orang yang boleh dijual beli dalam era Malaysia baharu ini bukanlah hamba abdi di pasar seperti zaman di negeri Isketambola. Orang yang boleh dijual beli kini adalah politikus. Lebih tepat lagi wakil-wakil rakyat.
Sejak Mustapa Mohamad menyerahkan borang keanggotaan BERSATU, cerita ramai lagi YB Umno akan menyeberang ke Pakatan Harapan segera tersebar. Ada yang menghitungnya sampai 40 orang.
Bagi BERSATU, kehadiran bertempayan-tempayan YB Umno mungkin dipercayai sebagai cara paling mudah untuk menguatkan parti dengan sekelip mata. BERSATU walaupun dipimpin Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin tertinggi negara, dengan jumlah menteri dari parti itu yang relatif ramai, tetapi BERSATU masih parti kecil—kalaupun bukan terkecil—dari jumlah bilangan ahli parlimen dalam gabungan Pakatan Harapan.
BERSATU baru dua tahun usianya. Bahkan AMANAH sebagai parti serpihan PAS pun lebih lama tertubuh. Sepertimana sebuah syarikat, tak ada jalan singkat untuk menjadikan sesebuah parti itu kuat dalam setahun-dua. Di kampung-kampung, logo BERSATU pun tidak cukup dikenali masyarakat lagi.
Saya yakin adalah tidak sejajar dengan harapan orang Melayu di era Malaysia baharu kalau ada usaha untuk menjadikan BERSATU laksana Umno dalam sejarah zaman gelap BN dahulu. Bahkan BN 2.0 pun bukan bentuk gabungan yang mahu diwujudkan dalam Pakatan Harapan.
Alasan boleh diberikan, yakni tak semua YB Umno yang sedang menunggu masa menyeberang mempunyai beban atau rekod yang kotor. Ada juga yang baik. Contohnya Tok Pa sendiri yang pada mulanya bertepis, bertampar menafikan dia akan menyertai BERSATU, akhirnya menyerahkan borang. Dalam acara yang sama, dia segera mendapat kad keanggotaan!
Sembahyang istikharah pun digunakan sebagai ayat penunduk agar sukar bagi sesiapa mengukur kesahihannya. Hanya dia dan Allah sahaja yang mengetahui.
Pada peringkat ini, ketika Pakatan Harapan sudah berjaya membentuk kerajaan, soal kotor bersih bukan satu-satunya pertimbangan bagi menerima YB atau pemimpin Umno.
Ada pertimbangan lain yang lebih penting perlu dihitung. Sentimen dan kebencian rakyat terhadap pemimpin Umno sebenarnya termasuklah menyentuh sikap mereka yang suka membodek selama mereka mahu mendapat kedudukan dalam Umno dan kerajaan.
Begitu mudahkah mencuci tangan?
Mereka tidak pernah berpihak kepada rakyat, melainkan asyik cenderung kepada pemimpin atasan semata-mata. Rakyat merupakan keperluan lima tahun sekali apabila sampai waktu pilihan raya.
Misalnya, apa sahaja yang dilakukan mantan PM, Najib Razak sebelum 9 Mei adalah dianggap benar sebenar benarnya. Termasuklah menyentuh skandal 1MDB yang kini terdedah satu persatu. Sikap tidak tegas, biasa membodek bahkan ada kalanya bacul itu turut ditunjukkan oleh watak sebaik dan sesuci Tok Pa sepanjang dia bersama Umno.
Oleh itu dia jugalah antara yang menyumbang kepada buruk dan hodohnya wajah Umno yang wujud sekarang. Begitu mudahkah dia mencuci tangan dengan sekeping borang dan kata-kata di sebalik solat istikarah?
Sedangkan dalam Pakatan Harapan, mereka yang jujur berjuang cukup ramai. Tanpa Tok Pa, bahkan tanpa “40 penyamun” yang sedang menunggu mahu menyeberang, Pakatan Harapan tetap boleh menang dengan sokongan rakyat yang insaf selain muak dengan perangai lapuk pemimpin Umno.
PKR, DAP dan AMANAH nampaknya lebih tegas dalam hal ini. Ketegasan itu tentu disebabkan pemimpin ketiga-tiga parti berkenaan lebih merasakan betapa perih payahnya perjuangan. Mereka bukanlah di kalangan tokoh yang setahun dua berdepan tekanan Umno-BN, sebelum tak semena-mena menjadi “menteri mi segera.”
Dan sudah tentu broker politik kini sedang berkeliaran. Sudah tentu mereka cukup sebuk mengatur pertemuan siang dan malam. HP-nya tak henti-henti berdering dan ‘harga’ serta tawar-menawar sedang turun-naik. Lebih aktif dan mendebarkan berbanding mana-mana papan bursa saham di mana pun di dunia.
Memang sukar untuk YB-YB Umno itu percaya bahawa masa depan Umno masih tersisa. Terutama tatkala melihat puluhan pendakwaan yang dikenakan ke atas Najib mahupun presiden mereka sekarang, Zahid Hamidi.
Saya juga menyaksikan seorang mantan YB Umno, sejurus BN kalah, terus mengisi borang PKR. Tidak lama selepas itu, dia dikhabarkan mengisi pula borang BERSATU. Dia betul-betul menjadi tak tentu arah. Menjadi serba bingung dan serba tak kena. Malam dirasakan panas, siang dirasakan seram.
Dia hanyalah seorang mantan YB, dan tidak pernah pula menjadi menteri. Segala upaya salin kulit cuba dibuat, tetapi tidak kiralah sama ada dia “ular lidi” atau “ular sawa”, ular tetap ular. Berpindah sarang tidak bererti dia terlupa untuk membelit atau tercabut pula taring racunnya.

HASMI HASHIM atau Budi Hekayat seorang penulis lirik dan otai Jalan Telawi.
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang redaksi Malaysiakini.
Read More

[Video BN bentang belanjawan, cadang GST 3%] DOJ kenakan tuduhan terhadap Jho Low, bekas jurubank Goldman... Tuan Syeikh Jho Low dan 'associate' dah kena di US court.

Jumaat, 2 Oktober 2018

Foto Suara Rakyat.
PANAS !!.. Tuan Syeikh Jho Low dan 'associate' dah kena di US court..

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Asia Goldman Sachs, Tim Leissner mengaku bersalah atas dua tuduhan jenayah melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad.

Leissner, 48 tahun, dituduh mengubah wang haram untuk bertujuan melanggar FCPA melalui pemberian rasuah terhadap pegawai-pegawai di Malaysia dan di Abu Dhabi.

Roger Ng ditahan oleh pihak polis di Malaysia awal hari ini, menggunakan waran tangkap yang di mohon oleh kerajaan A.S. kepada Malaysia.

DOJ kenakan tuduhan terhadap Jho Low, bekas jurubank Goldman

Jabatan Keadilan AS (DOJ) mengenakan pertuduhan terhadap ahli perniagaan yang kini menjadi buruan Low Taek Jho dan dua bekas jurubank dari Goldman Sachs termasuk Tim Leissner atas pelbagai tuduhan jenayah berkaitan skandal 1MDB.
Menurut kenyataan DOJ, Low didakwa "tanpa kehadiran tertuduh" (in absentia) kerana berkonspirasi untuk melakukan pengubahan wang haram berbilion dolar daripada dana kekayaan Malaysia dan berkomplot untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA).
Leissner, yang merupakan bekas pengerusi Goldman Asia Tenggara, mengaku bersalah melakukan konspirasi untuk pengubahan wang haram dan berkomplot melanggar FCPA. Dia juga dilaporkan akan dilucuthak AS$43.7 juta.
Juga dikenakan pertuduhan ialah Roger Ng atau nama penuhnya Ng Chong Hwa, yang telah bertugas untuk Goldman Asia Tenggara.
Menurut kenyataan itu, tiga dakwaan jenayah di mahkamah persekutuan di New York itu adalah berkaitan dengan Low dan Ng yang berkomplot untuk melakukan pengubahan wang haram berbilion ringgit daripada 1MDB.
Ini termasuk tuduhan berkonspirasi untuk melanggar FCPA bagi membayar rasuah kepada pegawai-pegawai di Malaysia dan Abu Dhabi.
DOJ bagaimanapun menegaskan bahawa pertuduhan itu tidak bermaksud dua tertuduh (Low dan Ng) bersalah.
"Pertuduhan terhadap Low dan Ng ialah tuduhan, dan defendan-defendan itu diandaikan tidak bersalah melainkan dan sehingga terbukti bersalah."
'Rasuah jutaan dollar'
DOJ berkata Low mempunyai hubungan rapat dengan pegawai berpangkat tinggi di Malaysia dan Abu Dhabi.
"Ng, Leissner, dan lain-lain di institusi kewangan dikatakan tahu Low rapat dengan pegawai-pegawai kerajaan ini, termasuk pegawai kerajaan Malaysia berpangkat tinggi yang mempunyai kuasa meluluskan keputusan perniagaan 1MDB (Official Malaysia #1).
"Berdasarkan tuduhan dalam fail mahkamah, bermula sekitar 2009 dan berterusan pada 2014, Low, Ng, Leissner dan konspirator yang lain menggunakan hubungan Low untuk mendapatkan dan mengekalkan bisnes bagi institusi kewangan melalui janji dan bayaran ratusan juta dollar dalam bentuk rasuah, termasuk untuk memastikan 1MDB menganugerahkan institusi kewangan ini peranan terhadap tiga transaksi bon yang diketahui secara dalaman di institusi kewangan itu sebagai 'Projek Magnolia', 'Projek Maximus dan 'Projek Pemangkin'," kata kenyataan itu.
DOJ juga berterima kasih, antara lain kepada peguam negara Malaysia, polis Malaysia, serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyediakan bantuan yang diperlukan bagi kes itu.
Mk.
Read More

[Video Tindakan Pantas Kerajaan Menangguhkan Kenaikan Harga GAS Masak LPG] Dr M & HARAPAN perlu ingat rakyat tak undi UmnoBN bukan untuk menyaksikan 40 MP lompat parti.

Khamis, 1 November 2018
Image may contain: 18 people, people smiling, text

Dr M, HARAPAN perlu ingat alasan rakyat tak undi BN

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan (HARAPAN) perlu ingat bahawa rakyat Malaysia mengundi mereka pada pilihan raya umum (PRU) lalu bukan untuk menyaksikan anggota parlimen BN lompat parti menyertai gabungan itu.
Badan pendesak pembaharuan pilihan raya itu berkata pihak yang menukar parti hanya mahukan jawatan dan kepentingan peribadi, selain tindakan itu dilihat sebagai ingin lari dari didakwa sekiranya pernah melakukan kesalahan sebelum ini.
Dalam kenyataan medianya hari ini, Jawatankuasa Pemandu BERSIH menyatakan kebimbangan berhubung kemungkinan anggota parlimen Umno menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
"Tindakan anggota parlimen seperti itu adalah pengkhianatan terhadap mandat yang diberikan pengundi pada PRU ke-13 yang mengundi mereka menjadi wakil rakyat berdasarkan parti politik yang mereka naungi.
"Ia juga memperlekehkan demokrasi negara ini sekiranya anggota parlimen yang kalah seperti Umno dengan mudah menyertai parti pemerintah dan menikmati semua manfaat menjadi kerajaan dan bukannya memainkan peranan sebagai pembangkang untuk semak dan imbang," katanya.
BERSIH turut mempersoalkan sama ada anggota parlimen Umno yang menyertai BERSATU akan dipertanggungjawabkan dengan kesalahan mereka berkaitan salah guna kuasa dan rasuah ketika berada di rejim BN.
Selain itu, pertubuhan berkenaan juga menyorot cadangan kerajaan untuk memperkenalkan undang-undang menghalang tindakan lompat parti.
"bagaimanapun, undang-undang yang melarang lompat parti melanggar kebebasan menyertai persatuan yang dijamin di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes melibatkan Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Nordin Salleh pada 1992," katanya.
Mk.
Read More

[Video Hari ini Pasir Salak Kena MARAH Dengan Speaker] SPRM buru Paul Geoffrey Stadlen (APCO) bagi membantu siasat 1MDB & Saya patutnya dah mati, seloroh Dr M.

Khamis, 1 November 2018
Foto Suara Rakyat.

Foto Suara Rakyat.

HOT ! Musa Hassan Dedah Skandal Kontrek Komunikasi PDRM Dengan APCO ( Syarikat Israel)

11 Disember 2012 Kedah.kini

PETALING JAYA 10 Dis: Tan Sri Musa Hassan mendedahkan, satu projek komunikasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Israel untuk menggilap imej peribadi Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan di mata dunia.

Kata bekas Ketua Polis Negara itu, ia adalah projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM.
“Projek tersebut diperolehi pada akhir 2009. (Hal) Apco dulu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Musa, bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang ‘mengarahkan’ pegawai polis untuk meluluskan projek tersebut.

“Saya tak tahu berapa jumlah projek. Tapi saya dimaklumkan oleh sumber-sumber tertentu bahawa projek komunikasi belum lengkap sepenuhnya, tetapi telah diminta untuk dikomisenkan (diluluskan) untuk beroperasi.

“Kalau pegawai komunikasi yang menjaga itu tadi tidak dikomisenkan, maka mereka tidak dibayar. Oleh itu dia (Robert) telah meminta untuk seorang pegawai yang menjaga komunikasi untuk komisenkan komunikasi itu,” katanya.

Jelas Musa, pegawai yang tidak dinamakan tersebut tidak mahu meluluskan sistem komunikasi itu kerana spekifikasinya tidak lengkap.

“Sebab itu, dia (Robert) telah mengugut pegawai ini – kalau komunikasi tidak diluluskan, pegawai itu akan ditukar 24 jam.

“Kalau seorang awam boleh mengugut pegawai polis untuk ditukar kerana tidak meluluskan projek tadi, siapa yang berkuasa dalam polis?” soalnya.

Musa berkata, pegawai tersebut dipanggil Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Ismail Omar untuk menandatangani, namun masih enggan. Akibatnya pegawai tersebut ditukar 24 jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan tersebut.

“Ia berlaku lepas saya bersara,” jelas Musa sambil menambah isu tersebut telah lama dimaklumkan kepadanya.

“Ini salahguna kuasa yang perlu disiasat. Perkara ini dimaklumkan kepada saya oleh sumber polis.

“Kalau orang (Robert) macam ini boleh mengarah pegawai polis, bermakna dia berkuasa dalam pasukan (PDRM). Dia boleh serang orang lain yang dia tak suka,” kata Musa.

Pada April 2010, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, kewujudan perisik Israel dalam PDRM melalui satu kontrak dengan nama APCO 425.

Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC.

Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC (dan) yang berpangkalan di Israel.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=40971

Saya patutnya dah mati, seloroh Dr M

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengakui merasa lelah dalam usianya yang semakin lanjut untuk menangani pelbagai isu yang diwarisi daripada pentadbiran kerajaan terdahulu.
Dalam satu wawancara dengan AFP di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini, pemimpin berusia 93 tahun itu berkata, beliau "sepatutnya sekarang sudah mati, sebenarnya."
Mahathir menyebut rundingan semula perjanjian dengan China, yang dimeterai pentadbiran terdahulu dan hutang negara sebagai cabaran terbesar yang dihadapi kerajaannya.
"Ia meletihkan, kali ini, saya perlu buat kerja lebih banyak daripada pertama kali saya jadi perdana menteri. Jentera kerajaan seluruhnya hampir musnah," katanya.
Mahathir pernah berkhidmat sebagai perdana menteri selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003, dan kemudian menjadi perdana menteri kali kedua selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi pilihan raya umum (PRU) pada 9 Mei.
Skandal 1MDB, yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi salah satu sebab menyumbang kepada kejatuhan BN.
Penguasaan semula Mahathir menyaksikan ramai tokoh dalam kerajaan - dari Gabenor Bank Negara kepada Peguam negara - sama ada meletakkan jawatan atau digantikan.
"Saya terpaksa menyingkirkan orang-orang ini, yang pada masa lalu, di bawah kerajaan terdahulu terlibat dengan kerajaan secara politik.
"Banyak perkara yang dirosakkan oleh Najib dalam usahanya untuk menggunakan setiap institusi bagi memastikan dia memenangi pilihan raya," katanya.
Mahathir berkata pentadbirannya terpaksa membatalkan beberapa projek mega yang dibiayai China, seperti Projek Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan projek saluran paip gas, kerana kerajaan tidak mampu menanggung kos tersebut.
Perdana Menteri menambah meskipun projek-projek berkenaan dibatallkan, namun hubungan Malaysia dengan China "masih bagus".
Mahathir juga mengulas mengenai hubungannya dengan bakal presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dikatakan bakal menggantinya.
Beliau menolak dakwaan hubungan tegang antara kedua-dua mereka, dengan mengatakan: "Saya telah bekerja dengannya sebelum ini. Saya tidak mempunyai masalah, saya boleh bekerjasama dengan semua orang."
Dalam pada itu Mahathir mengakui bahawa seiring usia yang semakin meningkat, beliau tidak mempunyai pilihan melainkan melepaskan jawatan.
"Saya telah berjanji, saya akan tunaikan janji" katanya dipetik mengatakan bahawa beliau akan berpegang teguh kepada janji untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar.
Sebelum pilihan raya, Pakatan Harapan berkata Mahathir akan berundur selepas dua tahun dan Anwar akan menggantikan tempatnya sebagai perdana menteri kelapan.
Bagaimanapun, Mahathir beberapa kali menyatakan beliau akan kekal memegang jawatan itu bagi tempoh yang lebih lama.
Ini membangkitkan perbincangan mengenai kemungkinan ia akan mengulangi insiden pada tahun 1998 apabila Mahathir memecat Anwar atas tuduhan salah laku seks, yang didakwa bekas timbalan perdana menteri sebagai suatu rekaan.
Terdahulu minggu ini, Anwar menolak dakwaan berlaku konspirasi dalam usaha untuk menggagalkannya daripada menjadi perdana menteri yang akan datang.
Mk.
Read More

[Video Pemimpin Umno sendiri pun DIBANGSATKAN, inikan pula rakyat biasa] PPBM Setiawangsa Mahu Tun M Kekal PM Sampai PRU15! Sudah...Anwar nak letak mana pula?

Khamis, 1 November 2018

Bersatu Setiawangsa mahu Tun M sebagai PM hingga PRU-15

Image may contain: 18 people, people smiling, text
Tumpang sekole.

PPBM Setiawangsa Mahu Tun M Kekal PM Sampai PRU-15

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Setiawangsa menggesa pengerusi mereka Tun Dr Mahathir Mohamad dikekalkan sebagai Perdana Menteri sehingga pilihan raya yang akan datang.
Perkara itu dibentangkan dalam usul mesyuarat yang berlangsung semalam.
Menurut Pengerusi Sahabat Harapan Setiawangsa, Abdul Rahman Hashim, usul itu dikemukakan oleh ketua bahagian Setiawangsa, Muhamad Zahid Md Arip yang juga adalah setiausaha politik kepada perdana menteri.
Untuk rekod sebelum pilihan raya umum ke-14, Pakatan Harapan bersetuju bahawa Mahathir akan menjadi perdana menteri selama dua tahun sebelum menyerahkan kuasanya kepada bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walau bagaimanapun, Mahathir pernah menyatakan hasratnya untuk kekal dalam kedudukannya dengan lebih lama.
Pada hari yang sama BERSATU bahagian Setiawangsa mengadakan persidangannya, Anwar menolak desas-desus berkenaan cubaan dalaman untuk menghalangnya menjadi perdana menteri kelapan.-SuaraTv
Read More

[Video Kalau boleh, Nik Nazmi tawar diri Presiden KLFA] Netizen dan Peminat Bola Sepak Lancar Kempen Gesa Presiden PAFA Letak Jawatan?

Khamis, 1 November 2018
Image result for Gambar Presiden bola sepak Perak
Image result for Gambar Presiden bola sepak Perak
Netizen dan Peminat Bola Sepak Lancar Kempen Gesa Presiden PAFA Letak Jawatan

Netizen dan Peminat Bola Sepak Lancar Kempen Gesa Presiden PAFA Letak Jawatan

IPOH – Kemarahan penyokong bola sepak bukan sahaja Perak malah seluruh negara masih membara terhadap Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim, susulan caranya mengendali trofi Piala Malaysia yang mendapat kecaman ramai.
Walaupun sudah meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia melalui sidang media semalam dengan mengatakan tiada niat untuk menjatuhkan martabat dan keunggulan trofi itu, Hasnul terus dikecam malah digesa untuk meletak jawatan sebagai presiden PAFA.
Kini terdapat kempen di media sosial yang mendesak beliau meletak jawatan dengan tanda pagar #PresidenPafaSilaLetakJawatan #PresidenPafaOut.
Selain itu ada juga kempen meminta peminat bola sepak Perak supaya memboikot majlis perarakan piala itu di setiap daerah yang dirancang kerajaan negeri dan PAFA dalam masa terdekat.
Laman Facebook (FB) rasmi dan peribadi Hasnul yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Koperasi negeri itu turut ‘diserang’ dengan pelbagai kecaman selain ajukan atau ‘troll’ daripada netizen.
Netizen turut mempersoal tindakan Hasnul yang membawa trofi itu berarak menaiki bas dua tingkat di sekitar Parit Buntar kelmarin yang gambarnya turut tular hingga menjadi bahan kutukan kerana kelihatan seperti tiada sambutan selain tiada pemain Perak yang menyertai perarakan itu.
Bagaimanapun ada pihak termasuk bekas Timbalan Presiden PAFA dan pengurus Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya di status FB meminta semua penyokong Perak memaafkan Hasnul kerana beliau sudah memohon maaf.
“Salam… saya mohon kita semua penyokong Perak memaafkan YB@hasnul_zulkarnain. Beliau sudah pun memohon maaf. Kita maafkanlah beliau… kita semua manusia yang tidak maksum… Datuk Seri Puhat dan saya pun ada buat kesilapan masa kami menerajui PAFA.
“Let’s move on… banyak kerja yang pengurusan PAFA perlu buat untuk musim hadapan… kita berikan mereka ruang untuk persiapkan pasukan tahun hadapan.. insya-Allah.. wassalam..,” kata Shahrul.
Sementara itu, usaha untuk mendapatkan komen daripada Hasnul mengenai desakan supaya beliau meletak jawatan sebagai presiden PAFA tidak berjaya apabila beliau gagal dihubungi. – BH
Read More

[Video Menyingkap Pendedahan SUARAM Era Kerajaan UMNOBN-'Misteri Pembunuhan Altantuya & Kaitannya dengan Scorpene] Kerajaan BN telah membayar RM76.8 juta kepada lelaki EJEN YAHUDI kini di buru SPRM & Buang masa aje Najib tunjuk aktif sekarang ini.

Khamis, 1 November 2018

Skandal 1MDB belum reda, hantu Scorpene dan Altantuya muncul pula
















Kapal selam Scorpene dibeli lima belas tahun lalu, pada tahun 2002 daripada sekumpulan peniaga Perancis.
Dua eksekutif Perancis baru beberapa hari lalu telah didakwa di mahkamah kota Paris, berkait korupsi dalam penjualan kapal selam kepada negara. Mereka adalah Pihllippe Japiot, bekas pengerusi DCNI dan Jean-Paul Perrier, bekas ketua eksekutif syarikat gergasi elektronik dan pertahanan Perancis, Thales.
Japiot dilaporkan telah didakwa ekoran ‘salahguna aset sosial’ manakala yang lagi satu didakwa bersubahat.
Ada dua lagi sedang disiasat di Perancis berkait kes yang sama. Dominique Castellan, bekas presiden DCNI dan Bernard Baiocco, bekas presiden Thales International Asia.
Kesemuanya terlibat dalam skandal penjualan dua buah kapal selam Scorpene bernilai US$1.1 bilion kepada negara, sewaktu Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan.
Ketika khabar mengenai kes kapal selam ini timbul semula, rata-rata media sosial hanya menyebut satu nama; Altantuya Shaariibuu.
Altantuya berfungsi sebagai jurubahasa dalam urusniaga kapal selam antara kerajaan dan peniaga-peniaga Perancis ini. Altantuya mati dibunuh dan jasadnya diletupkan dengan peledak C-4 oleh dua anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri. Motif pembunuhan tidak diberitahu kepada mahkamah.
Khabar angin yang masih belum reda, mengaitkan Altantuyaa dengan Putrajaya. Rohnya tenggelam timbul bersama kapal selam penuh skandal. Seolah-olah skandal mega kleptokrasi global kecurian dana 1MDB tidak cukup untuk membuat Perdana Menteri tidak lena tidur, kes ini pula muncul kembali. Roketkini.com
Foto Suara Rakyat.
TAHUKAH ANDA, perunding PR Najib Paul Stadlen telah dibayar RM76.8 juta oleh BN dlm tempoh tak sampai 11 bulan beliau berkidmat.
SEBULAN dibayar lebih RM7 juta?
Najib bayar guna duit poket dia atau duit rakyat?

BUANG MASA SAJA NAJIB TUNJUK AKTIF DAN BERANI SEKARANG INI

Jika kita lihat, sejak hilang jawatan ini Najib Razak bukan saja lebih aktif, cepat memberi respon terhadap apa juga isu yang melibatkan dirinya, UMNO, rakyat atau kerajaan terdahulu yang pernah dipimpinnya, malah seolah-olah baru menerima suntikan keberanian dalam tubuh badannya.

Kalau dulu Najib begitu lambat memberi respon terhadap apa juga isu yang berbangkit, mengekang sebarang soalan berkaitan 1MDB di Parlimen dan tiada sidang akhbar selepas sesuatu majlis yang dihadirinya atau jika ada pun, tiada sebarang soalan boleh ditanyakan, sebaliknya sekarang ini beliau begitu rajin bertemu media dan terbuka untuk disoal jawab oleh mereka.

Tidak cukup dengan sedia ditemubual oleh portal yang sebelum ini dilarang menghadiri sidang medianya, sehingga dengan TV Al Jazeera pun beliau sanggup menjual  muka dan cerita, meskipun mungkin sedar risiko akan berhadapan dengan soalan-soalan yang panas daripada mereka.
Di media sosial miliknya pula, hampir setiap hari ada saja tulisan atau catatan diluahkannya, kadangkala pada waktu malam juga, tidak kira berkaitan apa saja isu untuk menjawab apa-apa yang dibangkitkan oleh pemimpin kerajaan, terutamanya Tun Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng.

Di Parlimen pula, jika tiada kes mahkamah, tercongoklah banyak masanya di Dewan Rakyat, bahkan kehadiran lebih kerap berbanding ketika menjadi Perdana Menteri dahulu.

Di portal-portal media bebas, hampir setiap hari ada saja berita mengenai Najib yang boleh ditemui dan dibaca.

Tidak cukup dengan itu, meskipun sebelum ini beliau beberapa mengelak dan lari daripada program NothingToHide, kali ini Najib sendiri menawarkan forum terbuka untuk sesiapa saja bertanya soalan kepadanya.
Melalui hantaran di laman facebooknya semalam, Najib memaklumkan bahawa majlis santai bersamanya itu akan diadakan pada 3 November ini, jam 3.00 petang di PWTC, Kuala Lumpur.

Kenapakah Najib tiba-tiba menjadi aktif dan berani sekarang ini, tetapi tidak melakukannya ketika menjadi Perdana Menteri dahulu?

Siapakah yang merangsang dan memberi semangat kepadanya sekarang ini?

Apakah ia disebabkan kerana ketika ini Rosmah Mansor tidak banyak lagi mengganggunya sebagaimana dahulu?
Sementara itu, ada juga yang bertanya, buat apa lagi beliau sibuk-sibuk memberi komen itu dan ini, sedangkan yang lebih patut diberi perhatian olehnya ialah berkaitan 38 kes mahkamah yang sedang dihadapinya?

Lebih daripada itu, untuk apa juga Najib berbalas hujah dengan Tun Mahathir, Guan Eng atau lain-lain pemimpin Pakatan Harapan, walhal seluruh dunia tahu punca utama kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya lalu adalah disebabkan dirinya?

Tidak ada rasa malukah Najib terus menonjolkan diri dan seolah-olah menunjuk dirinya suci di ketika seluruh dunia tahu kekotoran diri, keluarga dan pertadbirannyalah yang menyebabkan rakyat menghumban UMNO ke lembah kekalahan dalam pilihanraya lalu?

Apa lagi yang Najib mahu kejar selepas ini?
Apakah beliau mahu kembali jadi Perdana Menteri semula seperti Tun Mahathir?

Dalam hal ini, atas apa hujah dan keadaan sekali pun, sebetulnya adalah sia-sia dan sangat membuang masa saja tindakan Najib sekarang ini.

Najib harus sedar, beliau adalah bekas Perdana Menteri yang dikalahkan dalam pilihanraya kerana skandal dan kekotoran pentadbiran, diri serta keluarganya sehingga rakyat tiada pilihan lain selain menolaknya melalui peti undi di seluruh negara.

Tidak cukup dengan itu, sehingga ini beliau sudah pun berdepan dengan 38 pertuduhan di mahkamah, manakala isterinya, Rosmah pula ada 17 pertuduhan.
Adalah dipercayai lebih banyak lagi pertuduhan bakal dikenakan kepada Najib, Rosmah, anak tirinya Riza Aziz serta rakan-rakan seperdosaan sama ada berkaitan 1MDB atau skandal-skandal yang lain.

Dengan itu, untuk beberapa tahun akan datang, Najib dan keluarganya dipercayai akan terus sibuk dengan urusan turun naik mahkamah, bahkan tidak mustahil jika turut menjadi penghuni Penjara Sungai Buloh atas kesalahan yang disabitkan kepada mereka.

Maka, apa juga keaktifan dan keberanian yang ditunjukkannya sekarang tidak memberi sebarang makna kerana penjara adalah kemungkinan yang paling sukar untuk dielakkan sebagai destinasi akhir dalam kehidupannya.

Sesuatu yang Najib harus sedari juga ialah beliau bukan Tun Mahathir yang mampu bangkit untuk jadi Perdana Menteri buat kali kedua. 
Tun Mahathir berhenti dengan sukarela ketika namanya dipuncak pada 2003 dan beliau tidak pernah ada apa-apa kes mahkamah atau jenayah yang menjadi bebanannya, manakala Najib berderet-deret kes mahkamah menantinya.

Lantaran itu, meskipun tidak bergelar Perdana Menteri, aura Tun Mahathir kekal disanjung tinggi.

Tetapi, di manakah kelebihan Najib yang boleh membuatkan rakyat mahu menerimanya semula?

Kalau pun ditakdirkan andai kata dalam dua atau tiga pilihanraya akan datang UMNO dan BN mampu bangkit semula menggapai kuasa, kerusi Perdana Menteri hampir mustahil jadi milik Najib semula. 

Najib bukan saja menjadi punca kalahnya UMNO, tetapi juga dijangka berdepan dengan kes mahkamah yang panjang.

Di waktu yang sama, UMNO sudah ada barisan kepimpinannya dan beberapa pemimpinnya sebelum ini telah menyatakan ingin menjarakkan diri daripada bekas Perdana Menteri itu serta menganggapnya sebagai beban bagi mereka.

Untuk itu, selain harus sedar diri, daripada Najib terus membuang masa melakukan kerja sia-sia, adalah lebih baik beliau menumpukan lebih perhatiannya kepada kes-kes mahkamah yang sedang dihadapinya saja. (ShahbudinHusin 01/11/2018)
Read More

[Video Murder in Malaysia - Altantuya Shaariibuu & Siapa 'Big Boss' yang ditemuinya di KL?] Siasatan cabul babit MP akan dihantar kepada pendakwaraya - IGP & Sama-sama kita nantikan samada mahu dakwa Anggota Parlimen dari Perlis tersebut atau tidak.

Khamis, 1 November 2018
Foto Suara Rakyat.
Sama-sama kita nantikan keputusan pihak pendakwa raya samada mahu dakwa Anggota Parlimen dari Perlis tersebut atau tidak.
InsyaAllah, manusia hanya pandai merancang tetapi Allah SWT Yang Maha Berkuasa menentukan segala2nya..

Siasatan cabul babit MP akan dihantar kepada pendakwaraya - IGP

Kertas siasatan kes seorang Anggota Parlimen dari Perlis yang didakwa mencabul seorang remaja perem­puan berusia 15 tahun di Perlis akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Beliau berkata pihak polis telah mengambil keterangan Anggota Parlimen itu dua hari lepas.
“Kertas siasatan yang lengkap berhubung dakwaan cabul melibatkan Anggota Parlimen ini akan kita serahkan kepada pendakwa raya dalam masa terdekat," katanya pada sidang media selepas Seminar Pemantapan Integriti Bebas Rasuah Warga PDRM hari ini.
Selasa lepas, media melaporkan Polis Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman telah merakamkan keterangan Anggota Parlimen dari Perlis itu selama enam jam bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul seorang remaja perempuan di Perlis baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Fuzi berkata pihaknya masih menunggu arahan daripada pendakwa raya berhubung kes pegawai khas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman yang merakam video melalui bawah skirt seorang petugas wanita di kedai cermin mata di Solaris Dutamas, pada 8 Sept lepas.
"Kita sudah serahkan kertas siasatan yang lengkap kepada pendakwa raya dan masih menunggu jawapan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Pada 11 Sept lepas, polis telah menahan bekas pegawai Mohd Azis itu bagi membantu siasatan kes berkenaan selepas satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Ke­seksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).
- Bernama
Mk.
Read More

[Video Menteri tolak cadangan siaran langsung perbicaraan Najib] AMANAH: Hati-hati terima 'pelarian politik'.

Khamis, 1 November 2018
Image may contain: 2 people
Ketika Negara kena rompak oleh para penyamun  sekoq Lebai pun tak turun buat demo bantah demi Islam... 
Tumpang sekole.

AMANAH: Hati-hati terima 'pelarian politik'

AMANAH mengingatkan parti komponen Pakatan Harapan supaya lebih berhati-hati menerima anggota parlimen yang mahu melompat parti.
"Kita harus cermati. 
"Saya tidak mahu HARAPAN jadi tempat atau destinasi mana-mana (individu) yang kita katakan sebagai 'pelarian politik',” kata Timbalan Presiden AMANAH Datuk Salahuddin Ayub di lobi Parlimen hari ini.
Katanya, parti terlibat harus meneliti kenapa tindakan itu diambil dan sama ada ia demi kepentingan peribadi semata-mata.
Anggota parlimen Pulai itu mengulas dakwaan 40 anggota Dewan Rakyat Umno akan melompat parti dan menyertai BERSATU, seperti disebut anggota majlis tertingginya Datuk A Kadir Jasin.
Spekulasi itu timbul lagi selepas anggota parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed meninggalkan Umno dan menyertai BERSATU baru-baru ini.
Mk.
Read More
Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena