Tuesday, 10 December 2013

Jangan Fitnah Bala Banjir - Video 'Serambi Buddha' 1Malaysia Spiritual Tourism? Siapa yang bohong... Pemaju atau Kerajaan Negeri Pahang?

Rabu, 11 Disember 2013

Enchant1Mst

Published on Jan 18, 2013
Enchant 1 MST will be a role model in the promotion of religious and cultural practices and will indirectly contribute towards nation building efforts. This project has been conceptualized by a group of established businessmen, entrepreneurs and professionals.This unique project will become a major tourist attraction in the State of Pahang and Malaysia as it will be the only one of its kind in the world.

Benarkah Pahang dilanda banjir kerana bala 1Malaysia Spiritual City?

Rupa-rupanya tersebar luas kononnya Pahang dilanda banjir teruk akibat ditimpa bala kerana mahu melaksanakan 1Malaysia Spiritual City walaupun telah beberapa kali ditegaskan tidak akan ada projek seumpama itu baik di Gambang atau di mana-mana kawasan di negeri itu.

Kepada sesiapa yang ragu dipersilakan jumpa Datuk Seri Adnan Yaakob supaya Menteri Besar Pahang itu boleh menunjukkan bukti hitam putih bahawa projek itu tidak pernah timbul.

Jika timbul pun, projek 1Malaysia Spiritual City itu tidak akan diluluskan sama sekali.

"Bahkan kelulusan tanah kepada syarikat Melayu yang berunding dengan syarikat-syarikat lain itu juga telah dibatalkan," kata Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin di dalam laman facebooknya.

Menurut ADUN Kuala Sentul itu lagi, fitnah bahawa Pahang akan menjadi pusat 1Malaysia Spiritual City kini menjadi viral dan disebarkan secara berleluasa menerusi pelbagai medium terutamanya media sosial.

"Saya minta hentikan sebar fitnah ini, sebelum Allah hantar bala yang lagi dahsyat kerana fitnah yang berleluasa," katanya.

Isu tersebut turut menghujani Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Katanya, beliau telah mengajukan kepada Exco Kerajaan Negeri Pahang berhubung perkara tersebut. 

"Ternyata ia satu fitnah besar yg perlu dijernihkan," katanya. 

Menurut Asyraf, beliau memperoleh penjelasan mengenai "ISU 1MST (1Malaysia Spiritual Tourism) City seperti berikut:

1MST City tidak akan berlaku. Kelulusan tanah kepada syarikat asal bagi tujuan pembangunan bercampur telah ditarik balik.

Penjelasan ringkas:

1. Kerajaan Negeri luluskan tanah 250 ekar kepada Waras Mekar (WM) bagi tujuan pembangunan bercampur (rumah, kedai). Tiada kaitan langsung mahupun isu dengan 1MST

2. Waras Mekar cari beberapa potential JV. Antaranya Enchant Acres (EA) yg nak buat 1MST tu, tapi tiada persetujuan. Ia di luar pengetahuan Negeri

3. Bila 1MST dipublish online, WM buat laporan polis

4. Menteri Besar buat kenyataan akhbar semasa Mesyuarat MMK menjelaskan ktidaksahihan 1MST

5. Semasa sidang DUN Nov lalu, MB sekali lagi terangkan dalam DUN, dan isytihar tanah yang diluluskan kepada WM ditarik balik".

Asyraf berkata, penyebaran isu tersebut merupakan satu contoh bagaimana satu berita yang tidak benar begitu mudah untuk disebarkan hingga menjadi satu fitnah besar.

"Hati-hatilah dalam berkongsi maklumat di FB agar tidak terjebak dalam dosa besar," katanya ~ MalaysiaGazette

Bagi yang tak tahu apa bendanya 1MST tu sila baca di SINI

Pahang bakal ditransformasi menjadi 'Serambi Buddha' melalui 1Malaysia Spiritual Tourism ?

Sunday, September 29, 2013

Apa cerita ni?.. Disebuah negara Islam sebuah negeri akan ditransformasikan sebagai serambi Buddha terbesar dalam dunia..

Menurut laman web ‘Enchant Acres’ projek ‘1 Malaysia Spiritual Tourism’ ini akan mempromosikan agama Buddha, Taoisme , Hindu , Sikh, Confucian , Kristian, serta Sai Baba dan pergerakan I- Kuan Tao.

Projek ini akan dibangunkan di Gambang, 35 Km dari bandar Kuantan, Pahang di atas tapak seluas 500 ekar lebih besar dari KLIA.

Antara yang dirancang dalam projek ini ialah pembinaan piramid setinggi 30 tingkat , yang akan menjadi piramid yang terbesar di dunia, dimana patung gergasi berputar Kuan Yin akan didirikan dipuncak piramid.

Patung gergasi Kuan Yin itu dipercayai yang terbesar didunia dan Kuil Kuan Yin yang akan didirikan juga merupakan yang terbesar didunia.

Piramid yang dibina merupakan bangunan untuk menyimpan abu mayat (Columbarium) paling besar didunia.
Selain itu pembinaan kawasan rekreasi dan komersial yang terdiri daripada hotel dan pusat peranginan , kedai-kedai makanan dan minuman, kemudahan rekreasi seperti kelab-kelab dan pusat-pusat hiburan , taman, taman-taman, pusat-pusat perniagaan , dan juga universiti- kolej, sekolah antarabangsa , dan pusat-pusat pengajian yang lain.

Pengarah Urusan Kumpulan Enchant Acres Sdn Bhd, Datuk Dr Allan Ho pemaju projek ini mendakwa projek ini disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan juga menyediakan tanah untuk mereka.

Selain itu dakwanya Kerajaan Malaysia juga membantu menyediakan dana untuk pembangunan projek ini..

Yang menghairankan ialah Kerajaan negeri Pahang dilaporkan tidak tahu menahu tentang projek ini.. baca di SINI ..sedangkan mana mungkin dalam memajukan projek yang sebegini besar kerajaan negeri tidak tahu kerana ianya melibatkan tanah seluas 500 ekar bukan 5 inci..

Tapi.. mengikut apa yang tercatat dalam laman Enchant1MST yang screenshotnya di bawah, Najib tahu.. 
Siapa yang bohong dalam hal ini.. Pemaju atau Kerajaan Negeri?

Persoalannya disini wajarkah kompleks ini dibina di dalam sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi?

Tapi aku nampak lain macam saja projek ni.. sebab siap ada marketing plan lagi macam MLM pulak..lihat di SINI

Eh?? Najib dari Pahang kan?.. kenapa dia tak hebahkan projek ini kepada rakyat?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena