Selasa, 31 Disember 2013
Polis Thailand bergabong dengan rakyat...
SHAH ALAM 31 DIS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) harus bersikap profesional dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan memberi kerjasama sepenuhnya kepada rakyat yang ditindas akibat kenaikan harga perkhidmatan dan barangan keperluan harian.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali, berkata kerjasama daripada polis bukan sahaja mampu melancarkan perhimpunan Protes Ambang 2014 tanpa kejadian tidak diingini berlaku tetapi turut memberi manfaat kepada anggota polis dan keluarga mereka yang turut sama tertekan.
“Kita mengambil pendirian polis harus bersama rakyat pertahankan keadilan dan bersikap profesional perangi jenayah bukan perangi rakyat yang tertindas dengan kenaikan kos sara hidup.
“Walaupun kita tahu anggota polis juga tertekan apabila harga naik tetapi saya tidak kata mereka patut berdemonstrasi sama kerana harus bersikap profesional dengan tidak dipergunakan sama ada kerajaan untuk menentang rakyat atau sebaliknya.
“Sewajarnya menjadi tanggungjawab polis melindungi keselamatan dan bekerjasama dengan rakyat yang berhimpun malam ini bagi melancarkan bantahan tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” kata Ahli Parlimen Gombak itu ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Azmin berkata, pengalaman lepas membuktikan sebarang perhimpunan aman seumpama Protes Ambang 2014 akan berjalan aman dan lancar jika polis turut bekerjasama melicinkan perhimpunan.
Sementara itu, dalam perkembangan protes anti kerajaan di Bangkok, dianggarkan kira-kira 500 polis Thailand yang diketuai Kolonel Niwat Puenguthaisri menyertai perhimpunan itu bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap prosedur kerajaan menangani protes rakyat.
Kolonel Niwat Puenguthaisri menyifatkan kejadian polis menyertai bantahan terhadap kerajaan itu adalah kali pertama berlaku dalam sejarah Thailand.
Anggota polis Thailand menyertai tunjuk perasaan
500 pegawai polis sertai tunjuk perasaan
BANGKOK: Protes anti-kerajaan di Bangkok terus diadakan namun kali ini ia turut disertai sekitar 500 anggota polis Thailand.
Anggota polis berkenaan menyertai tunjuk perasaan itu bagi menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap prosedur kerajaan menangani protes rakyat.
Kumpulan berkenaan turut memakai ikat kepala berwarna hitam sebagai penghormatan kepada anggota polis yang terbunuh dalam insiden keganasan terbaru di negara gajah putih itu.
Kolonel Niwat Puenguthaisri yang mengetuai perhimpunan berkenaan berkata, anggota polis yang ditugas menyuraikan protes rakyat tidak diberi kelengkapan sepatutnya.
Selain itu, prosedur yang digunapakai oleh polis, didakwa tidak sesuai bagi menghadapi protes yang sedang berlaku.
Jelas beliau, ini adalah pertama kali di dalam sejarah Thailand, polis turut menyertai bantahan terhadap kerajaan.
Peserta perhimpunan turut bertafakur bagi mendoakan rakan pasukan mereka yang terbunuh ketika bertugas.
Pegawai polis tersebut terbunuh Khamis lalu apabila penunjuk perasaan bertempur dengan pihak berkuasa.
Dalam satu lagi perkembangan, penunjuk perasaan anti-kerajaan membersihkan tapak perkhemahan mereka di Bangkok sebagai persiapan menyambut ketibaan tahun baru.
Kerja pembersihan itu turut disertai ketua penunjuk perasaan,Suthep Thaugsuban. Kawasan sekitar tugu peringatan demokrasi di Bangkok telah menjadi tapak perkhemahan peserta protes sejak November lalu.
Walaupun, penunjuk perasaan sedia memberi laluan kepada acara sambutan tahun baru, Suthep berikrar meneruskan bantahan besar-besaran selepas sambutan berkenaan.
Protes itu dirancang bagi meningkatkan tekanan kepada kerajaan Thailand supaya mempercepatkan proses transformasi politik.
Tindakan mereka mengganggu proses penamaan calon bagi pilihan raya umum Thailand setakat ini membuahkan hasil.
Pendaftaran bagi pilihan raya 2 Februari tahun depan itu telah ditangguh di empat wilayah. =astroawani Posted By Greenboc
0 comments:
Post a Comment