Wednesday, 18 December 2013

NGO, siswa lancar gerakan turun kos sara hidup..."Adakah golongan muda mahu berdiam diri lagi?

Rabu, 18 Disember 2013
"BN janji macam-macam dalam PRU tetapi bila memerintah macam-macam naik"

NONE
 
Kumpulan NGO dan mahasiswa hari ini melancarkan gerakan mendesak kerajaan menurunkan kos sara hidup rakyat, antaranya ekoran tindakan kerajaan menghapuskan subsidi secara perlahan-lahan dan memperkenalkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Gerakan yang disokong parti politik pembangkang itu antaranya mempersoalkan kenaikan kos sara hidup rakyat selepas pilihan raya umum ke-13 lalu.

Berucap dalam perhimpunan awal membantah perkara itu di ibu negara hari ini, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS) Ahmad Afif Zulkifli menyeru golongan muda tampil mendesak kerajaan melalui Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN).

"Buktinya satu demi satu isu kezaliman berlaku kepada kita, kenaikan barang makan dan minum juga mengalami kenaikan.

NONE"Adakah golongan muda mahu berdiam diri lagi? (Mahu) lawan atau senyap?" soalnya lagi sambil dijawab "lawan" oleh sebahagian besar daripada kira-kira 50 peserta yang hadir.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat (gambar atas, di tengah), Ketua Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP Malaysia (DAPSY), Teo Kok Seong dan beberapa pemimpin aktivis mahasiswa.

Gimik tangan terikat

Pada masa yang sama, beliau juga mengkritik kerajaan BN yang didakwa tidak jujur dan sudah menipu rakyat, berbeza dengan manifesto pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.

NONE"BN janji macam-macam dalam PRU tetapi bila memerintah macam-macam naik (harga). Ada penyelewengan, ada rasuah.

"Graduan lepasan universiti akan bekerja di sektor awam mahupun swasta dengan gaji yang sedikit membuatkan kelompok ini tertekan dan terpaksa bekerja lebih masa menampung kehidupan," kata Suhaizan.

Sementara itu, demonstrasi di sebuah pusat membeli belah itu diwarnai dengan gimik pelancaran menyaksikan tiga peserta diikat tangan dan masing-masing memegang replikas berupa tol, petrol dan logo Tenaga Nasional Berhad (TNB).

NONEKemudian, Pengerusi TURUN Azan Safar tampil memotong ikatan tangan itu dan kesemua peserta melepaskan ke udara belon kuning bertulis perkataan "TURUN".

Orang ramai yang lalu-lalang, kebanyakan membeli belah untuk jualan hujung tahun, ada yang berhenti menjengah sebentar.

Dalam masa terdekat, gabungan itu merancang mengadakan forum membincangkan masalah kenaikan kos sara hidup dan mahu menyerahkan hasil penyelidikan mereka kepada pelbagai anggota Parlimen supaya membangkitkannya di Dewan Rakyat.
Mk

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena