Friday, 20 December 2013

INGAT, jangan kritik isteri PM lagi!...

Sabtu, 21 Disember 2013

"Tindakan KDN menggantung permit penerbitan akhbar mingguan The Heat, adalah isyarat jelas kepada pengamal media agar tidak lagi mengkritik isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Akhbar itu yang sebelum ini telah diberikan surat tunjuk sebab, akhirnya digantung permit penerbitannya kerana menyiarkan berita mengenai perbelanjaan mewah Najib dan Rosmah sebagai berita muka hadapannya.

Tindakan KDN menggantung permit penerbitan akhbar mingguan The Heat, adalah isyarat jelas kepada pengamal media agar tidak lagi mengkritik isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor. Akhbar itu yang sebelum ini telah diberikan surat tunjuk sebab, akhirnya digantung permit penerbitannya kerana menyiarkan berita mengenai perbelanjaan mewah Najib dan Rosmah sebagai berita muka hadapannya.

Walaupun tiada penjelasan mengenai punca penggantungannya oleh KDN, tetapi penyiaran berita mengenai perbelanjaan mewah Najib dan Rosmah adalah dipercayai menjadi puncanya.

Najib yang sebelum ini pernah menjanjikan mahu memansuhkan Akta Mesin Cetak dan memberi lebih kebebasan kepada media, ternyata sekali lagi memungkiri janjinya sendiri. Ia tidak jauh bezanya dengan janji mahu mengurangkan kadar tol, meskipun ianya termaktub dalam akujanjinya kepada rakyat semasa pilihanraya lalu.

Sebenarnya tidak ada apa-apa yang luar biasa dalam laporan mengenai perbelanjaan mewah Najib dan Rosmah yang disiarkan dalam akhbar mingguan itu. Tidak ada unsur fitnah atau tokoh tambah didalamnya.

Ia hanyalah berita ulangan yang sudah banyak kali disiarkan dalam portal berita internet, blog dan laman sosial. Isu ini juga sudah menjadi bualan rakyat, tidak kira di mana. Apa yang luar biasanya ialah The Heat menjadi akhbar atau media cetak bebas yang pertama bertindak berani menyiarkan laporan mengenainya.

Selama ini hanya akhbar milik beberapa parti pembangkang saja yang kerap memainkan isu mengenai perbelanjaan mewah Rosmah ini.

Sebelum ini, walaupun sudah banyak kali isu perbelanjaan keluarga Perdana Menteri dibangkitkan di Parlimen, ia sebenarnya hanyalah menjadi fokus kepada portal-portal berita bebas sahaja, manakala akhbar arus perdana dan media cetaknya lainnya tidak langsung memainkan isu itu atau sekadar menjadikannya berita kaki sahaja.

Tetapi di dunia internet, berita mengenai perbelanjaan mewah dan boros Perdana Menteri, isteri serta keluarganya tidak pernah surut. Satu demi satu berita mengenainya terdedah kepada umum. Dari penggunaan jet eksekutif, pembelian cincin RM24 juta, perbelanjaan majlis pertunangan anaknya, pemilikan pelbagai jenis barang kemas dan beg tangan sehinggalah kepada kekerapannya membeli-belah dan berapa banyak kereta yang digunakan untuk mengangkut barang beliannya di luar negara, semuanya telah terdedah kepada umum.

Dalam hal ini, internet benar-benar telah menjadikan langit terbuka luas dan dunia menjadi tanpa sempadan.

Baru-baru ini lawatan Rosmah ke Qatar dan beberapa negara lainnya dengan menggunakan jet eksekutif kerajaan kembali menjadi isu, di ketika rakyat semakin dibebankan dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan serta diminta mengubah gaya hidup.

Tidak cukup dengan Najib yang menjadi Perdana Menteri pertama tampil mempertahankan isterinya secara terbuka dalam Perhimpunan Agung Umno, Rosmah juga kemudian tampil sendiri mempertahankan dirinya. Beliau tidak saja bercakap mengenainya dalam interbiu dengan sebuah portal berita, Malaysian Gazette yang memang diwujudkan khas untuk menjaga kepentingan Najib dan isterinya, malah Rosmah juga kemudian menuls surat penjelasan panjang lebar untuk menjawab tuduhan-tuduhan terhadapnya.

Kebanyakan portal berita dan blog pro Umno serta kerajaan, didapati telah menyiarkan surat tersebut.

Tindakan Rosmah menulis surat itu bukan saja menunjukkan perubahan sikapnya yang sebelum ini tidak mahu menjawab semua tuduhan terhadapnya, bahkan juga dilihat bermulanya pendekatan agresifnya kepada semua pengkritik dan penentangnya selama ini.

Ramai yang melihat bahawa berikutan kesediaannya menulis surat penjelasan yang panjang lebar itu, jika timbul lagi isu-isu mengenai dirinya, Rosmah akan menjawab sendiri mengenainya dan tidak lagi mengharapkan orang lain membela dirinya.

Namun, dengan apa yang berlaku kepada akhbar The Heat juga menunjukkan bahawa kuasa dalam kerajaan juga mulai digunakan untuk melindunginya. Zahid Hamidi dan KDN kini seperti sedang memberi amaran bahawa jangan ada sesiapa yang berani mengkritik Rosmah lagi.

Dalam masa yang sama, keadaan ini juga memperlihatkan kritikan terhadap Rosmah lebih merupakan kesalahan berbanding kritikan terhadap Najib sendiri. Banyak kritikan yang lebih keras, sama ada melalui melalui media cetak, portal berita, buku, blog dan laman sosial terhadap Najib sebelum ini tetapi tidak pernah KDN mengambil sebarang tindakan.

KDN seolah-olah bersikap toleransi terhadap semua kritikan kepada Perdana Menteri tetapi mulai tidak memberi ruang kepada sesiapa untuk mengkritik Rosmah. Mengkritik Rosmah seolah-olah ancaman kepada keselamatan negara, ketenteraman awam, merosakkan perpaduan kaum dan menyebabkan ekonomi negara merudum. Selepas nasib yang menimpa The Heat ini, mungkin tindakan dalam bentuk yang lain bakal dikenakan pula kepada portal berita, blog, pengendali laman sosial dan penulis buku yang selama ini agak bebas menulis, mengkritik dan mendedahkan apa saja mengenai isteri Perdana Menteri itu.

Walaupun tindakan menggantung permit akhbar ini tidak boleh diterima dan menunjukkan kerajaan sedang mundur ke belakang dalam memberi kebebasan kepada media, tetapi Zahid Hamidi dan KDN sebenarnya sedang memberitahu rakyat Malaysia siapa sebenarnya yang paling berkuasa dan tidak boleh disentuh kedudukannya di negara ini.

Jangan cuba-cuba berani mengusik orang paling berpengaruh itu atau bakal berhadapan tindakan keras daripada kerajaan.

sumber"


................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
 imamsurau
Posted on Saturday, December 21 @ 02:04:18 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Saturday, August 3, 2013

Toksah dok berlakon la Rosmah...

Den ado terbaco di blog Akar Umbi yang Rosmah menangis sambil baco sajak dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri BAKTI kepada Angkatan Tentera Malaysia di Buletin Utama TV3, 31 Julai lepas.

Den maleh nak amik port sajak apo yang dibaco dek Rosmah tu. Ontah sajak dio buek sendiri atau geng karaoke dio yang tolong karang.

Kok orang tak pernah tengok Rosmah berkaraoke dan beronggeng, mesti orang dah cair nengok Rosmah nangis sambil baco sajak. Tapi sobab orang pun dah paham sangat pe'el Rosmah tu...so nampak sangat la air mato Rosmah tu hanyolah picisan daripado sebahagian lakonan Rosmah kepado umum selamo ni. Jadi bahan golak orang yolah...hahaha!

Den masih ingat lagi maso TDM lancarkan buku Biografi Rosmah. Punyolah ramai orang yang kutuk Tun maso tu. Tapi yang orang tak perasan ialah, Tun bukan sengajo suko-suko datang nak lancarkan Biografi Rosmah tu. Sebonarnyo Tun Mahathir sengajo ambil peluang nak sindir Rosmah dopan-dopan. Ingat lagi apo statement Tun maso lancar Biografi Rosmah tu? Tun Mahathir kata, dia berharap buku Biografi Rosmah laris dan jika diedarkan kepada sekolah-sekolah kononnya membolehkan pelajar buat analisis...bla..bla..bla!

Hahaha...baik punya Tun sindir. Taraf budak sekolah yolah. Orang dewasa tak payah baco. Buang maso dan buang duit.

Cukup-cukuplah Ah Jib Gor dan Rosmah. Seorang bapak vernakular aka pengampu Cina. Sorang lagi gilo glamour aka kaki karaoke. Toksah dok berlakon la. Rakyat bukan buto!!!

Akhir kato bukan Kak Ros sajo yang pandai baco sajak, meh baco pulak sajak yang dinukilkan oleh satu komentar di blog kami...

Jangan sesekali kita memperjudikan masa depan kita...
Kepada pemimpin Melayu yang lembik dan lemau...
Kepada pemimpin Melayu yang mengutamakan cinabeng...
Kepada pemimpin Melayu yang lebih bangga memukul gong Cina daripada gendang silat Melayu...
Kepada pemimpin Melayu yang berangan menari will will pada hari Taipusam...

Wahai rakan dan taulan...
Fikirkanlah masak-masak...
Kerosakan dan kemusnahan yang telah dibuat oleh pemimpin ini...
Ordinan Darurat dicabut buang...
ISA diwafatkan...
APA dibentang bagi menjadikan PDRM sekadar fasilitator pada perhimpunan haram...
Sehingga tiada lagi kekuatan PDRM...

Wahai rakan dan taulan ...
Fikirkan masak-masak sebelum mengekalkan pimpinan Melayu yang singkat akal fikirnya...
Yang bersedia dengan yakin menandatangani TPPA...yang akan membuat negara ini dijajah semula oleh kaum kapitalis...
Yang akan membuat anak cucu kita persoalkan kenapa tidak dibuang pemimpin yang tidak berguna itu...

Wahai pahlawan teruskan perjuangan singkirkan mereka yang singkat akal fikirnya...
Ayuh bertindak sebelum semuanya terlambat...
Ini semua untuk kita dan generasi mendatang...
Kerana kita sudah tiada masa lagi...
Demi menjaga aman negara...

Jatuh Najib...Melayu Kembali Perkasa!!!
p@neh @PanehMiang

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena