Laporan Kait Suspek Kes Bom, Himpunan TURUN
[MK] Akhbar Utusan Malaysia mendakwa polis menahan seorang suspek berusia 51 tahun bersama sejumlah bahan letupan semasa individu berkenaan sedang menunggang motosikal dalam satu kejadian semalam.
Tanpa menamakan “sumber polis” itu dengan jelas, laporan bertarikh 30 Disember itu seterusnya mengaitkan suspek tersebut dengan penganjuran satu perhimpunan di ibu negara pada malam ini.
DCM
“Menurut sumber, polis masih menyiasat motif bom itu dihasilkan suspek berusia 51 tahun itu, termasuk kemungkinan dingunakan untuk tujuan perhimpunan haram di Dataran Merdeka esok,” laporan itu dipetik.
Laporan itu seterusnya menyebut, “sumber polis” itu berkata bahan letupan berkenaan mungkin digunakan sebagai senjata untuk urusniaga dadah atau menuntut hutang.
"Kita masih siasat (tujuan) bom itu dibuat. Berdasarkan maklumat awal, suspek membuat bom itu di sebuah tokong yang menjadi tempat tinggalnya, sejak sebulan lalu.
"Suspek mengaku membawa bom itu bertujuan untuk membeli dadah. Justeru itu, kami juga sedang siasat kemiungkinan dia menggunakannya sebagai senjata ketika urusniaga dadah atau untuk tujuan menuntut hutang," kata sumber tersebut, seperti dipetik akhbar berkenaan.
Laporan tersebut menjadi bahan utama siaran di muka hadapan akhbar milik Umno itu, yang dihimpun bersama laporan lain di halaman enam dalam seksyen 'Bantah Himpunan Guling Kerajaan'.
Ia merujuk kepada perhimpunan bagi membantah kenaikan kos sara hidup anjuran NGO Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dan tiga yang lain, semasa sambutan ambang tahun baru malam di Dataran Merdeka malam ini. - 31/12/13
P/s: Maaflah, gimik seperti ini pernah berlaku semasa BERSIH dahulu. Sehingga kini, cerita molotov cocktail, parang, dan baju BERSIH itu senyap sunyi. Pada waktu itu, majoriti rakyat tidak mempercayai dakwaan penemuan bahan letupan itu yang dikaitkan dengan BERSIH. Sekarang, timbul pula cerita yang sama? Adakah mereka beranggapan rakyat akan mempercayai cerita bahan leutpan di atas?
Hakikatnya, rakyat TURUN kerana mahu memprotes kos hidup yang semakin menggila bukan mahu berperang atau menghuru-harakan negara Malaysia tercinta ini.
0 comments:
Post a Comment