Thursday 26 December 2013

Pencerahan terhadap kutukan@fitnah UMNO berkenaan isu membalut keranda...

Jumaat, 27 Disember 2013
Keluarga Hindu balut keranda dengan bendera PAS
Jarang-jarang berlaku, sebuah keluarga India beragama Hindu memilih membalut keranda ahli keluarganya yang meninggal dunia dengan bendera PAS.

Tiga keping gambar berkaitan dimuatkan dalam akaun Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri Meru Dr Rani Osman semalam.

Ia memaparkan mendiang Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kota Raja, Letchumany Maniam diusung dalam keranda yang berbalut bendera parti Islam itu.

Ia mendapat komen menggalakkan daripada penggguna laman sosial itu.

Ketua Pemuda PAS Selangor Mohd Sany Hamzan memberitahu Malaysiakini, tindakan ahli keluarga mendiang bertujuan menggambarkannya mendian sebagai pejuang PAS sejati walaupun beragama Hindu.

Tambahnya, ia sekali gus, menunjukkan penerimaan yang cukup baik dari kalangan bangsa lain terhadap parti itu daripada kalangan bukan Melayu.

"Apa yang terbukti perjuangan apabila Ketua Wanita DHPP itu dibalut dengan bendera PAS itu menunjukkan beliau seorang pejuang PAS sejati walaupun duduk dalam PAS sebagai DHPP.

"Ia menunjukkan PAS sudah boleh diterima bukan Islam,” katanya lagi.

Ditanya sama ada tindakan itu bertentangan dengan perjuangan PAS, Sany menegaskan, ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syiar Islam dan tidak membawa kesan buruk.

"Tiada sebarang tanggapan negatif pada saya dan PAS sendiri,” katanya.

Gambar - CUCU TOK SELAMPIT

BALUT KERANDA DENGAN BENDERA PAS UNTUK LEPAS AZAB KUBUR ???


Balut bendera Pas atas keranda bukan Islam bukan perkara baru, malah sebelum ini pun berlaku perkara yang sama di Kedah apabila salah seorang ketua DHPP berbangsa cina yang mati membawa baju DHPP yang mempunyai logo Pas ke dalam keranda, ada yang kata lelaki berkenaan mahu terlepas dari azab kubur [KLIK SINI]
Dicatat oleh 


Pencerahan terhadap kutukan@fitnah 

UMNO berkenaan isu ini

Para tentera pada zaman Khilafah Islamiyah Othmaniah dahulu ada yang bukan beragama islam.. dan mereka juga turun berjuang bagi memertahankan tanah air mereka.. 

Bila mereka gugur2 jenazah mereka diusung oleh angkatan bersenjata Othmaniah yg bukan beragama islam dan ditutup dengan bendera Empayar Islam Othmaniah sebagai tanda penghormatan..

Bendera Empayar islam Othmaniah tiada mengandungi sebarang Kalimah Suci.. so apa masalahnya jika penyokong PAS meletakkan bendera PAS.. jangan bodoh dengan sejarah Islam wahai umno yg mengaku pejuang bangsa !

* Ketua wanita DHPP Kotaraja yg baru saja meninggal dunia meninggalkan wasiat kpd anak2 nya supaya nenutupi kerandanya dengan bendera PAS. Demi kasih sayang, anak2 menunaikan wasiat ibunda mereka. Salam Takziah dari kami sahabat.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena