Monday, 30 December 2013

Bom: 'Pusingan U' PDRM cuba elak saman RM100 juta...

Selasa, 31 Disember 2013
Bom: 'Pusingan U' PDRM cuba elak saman RM100 juta

Photo: Bom: 'Pusingan U' PDRM cuba elak saman RM100 juta

(Pasukan Tambahan Tahun Baru 2014)

KUALA LUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan respon Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh semalam sebagai jawapan panik.

Pengasasnya Badrul Hisham Shaharin berkata, kenyataan Amar SIngh yang menafikan menyebut NGO merancang pengeboman, sebaliknya mungkin dilakukan peserta, adalah cubaan mengelak saman RM100 juta yang akan difailkan pihak SAMM.

Menurut Badrul, beliau mempunyai bukti bahawa Amar Singh ada berkata demikian pada sidang media PDRM Ahad lalu.

"Tuduhan melulu sabtu lalu bukan sahaja mencemar nama baik SAMM, malah mendatangkan kebimbangan awam yang melampau hanya berdasarkan sumber yang tidak kredibel dan maklumat risik yang tersasar. 

"Ini tidak boleh dimaafkan, PDRM dan Amar Singh tidak akan terlepas kali ini walau dengan apapun helah dan 'cakap pusing'nya kerana SAMM mempunyai bukti berbentuk video dan keratan akhbar," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penafian Amar Singh semalam yang berkata beliau tidak pernah menyebut empat NGO termasuk SAMM yang mendalangi perhimpunan membantah kenaikan kenaikan kos sara hidup pada 31 Disember ini merancang untuk membuat pengeboman pada malam sambutan tahun baru itu.

Sebaliknya, pegawai polis itu menjelaskan bahawa risiko pengeboman tersebut mungkin dibuat oleh peserta lain.

Tiga lagi NGO yang sidebut sebagai dalang himpunan itu oleh PDRM adalah Jingga 13, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Turun.

"SAMM juga turut pelik, bagaimana sebuah institusi yang sepatutnya mententeramkan awam dan menjaga keselamatan, sebaliknya bertindak bagaikan agensi propaganda yang menggusarkan rakyat dengan berita 'bom tangan', ia semestinya dakwaan yang sangat serius.

"SAMM sekali lagi menegaskan menolak fitnah 'himpunan guling kerajaan'. Himpunan ini adalah himpunan protes kenaikan kos sara hidup yang dianjurkan sendiri oleh rakyat, ekoran kegagalan kerajaan dan juga penipuan janji PRU oleh Barisan Nasional," tegas Badrul.
Pasukan Tambahan Tahun Baru 2014

Photo: siapa kata kita tiada hak untuk berhimpun? rosmah ?umno ?perkasa ?

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena