Monday, 23 December 2013

Himpunan Guling Kerajaan Hanya Fitnah - Khalid Samad

Selasa, 24 Disember 2013

Gambar: APA LAGI PENYOKONG UMNO MAU!!!! ... SEGALA IKRAR AKU JANJI PRU 13 SUDAH PUN DI TUNAIKAN SECARA BERANSUR-ANSUR!!!

Sepatutnya para penyokong, pendokong dan ahli UMNO berasa lega, tenang, gembira, terharu, bersyukur dan berterima kasih dengan kerajaan yang diperintah oleh UMNO/BN berpendana menterikan Najib Razak dengan slogan laungan 1M'sia Rakyat DiDahulukan Prestasi DiUtamakan.

Segala janji yang mau memberi kesenangan dan keselesaan serta kelegaan dalam hidup sudah mulai di tunaikan oleh UMNO/BN sekarang ini.

Sokongan dan pilihan kalian untuk bersama-sama dengan UMNO/BN pada PRU 13 lalu amatlah bertepatan sekali.

UMNO/BN jelas sebuah parti tradisi membela rakyat ... tanpa UMNO kita masih lagi duduk atas pokok dalam hutan bercawat daun makan ubi kayu.

YAHOO!!!..HIDUP UMNO!!!! .. HIDUP NAJIB!!!! .. WE LOVE NAJIB AND ROSMAH!!!!! ... UMNO MATI MELAYU MATI!!!! ... UMNO HANYA TEMPAT RAKYAT BERPAUT!!!! .. SATUUUUUUUUUU... MALAYSIA ... SATUUUUUUUUUU... MALAYSIA... SATUUUUUUUUUUUU... MALAYSIA.

[̲̅̅T̲̅][̲̅̅j̲̅][̲̅̅K̲̅]

Himpunan Guling Kerajaan Hanya Fitnah

Dakwaan kononnya perhimpunan pada 31 Disember nanti adalah usaha sesetengah pihak untuk mengguling kerajaan adalah fitnah golongan yang tidak bertanggungjawab.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad pada satu sidang media pagi ini menjelaskan, himpunan tersebut hanya untuk menyatakan rasa tidak puas hati rakyat berhubung dengan keputusan kerajaan menaikkan kadar harga beberapa perkhidmatan dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Katanya lagi, tuduhan 'menggulingkan kerajaan' adalah satu tindakan kotor pihak tertentu untuk menggagalkan perhimpunan tersebut serta memastikan suasana yang tidak aman dan mendatangkan kekecohan.

"Tuduhan mengatakan himpunan pada 31 Disember itu sebagai usaha untuk menggulingkan kerajaan adalah fitnah yang dilemparkan oleh pihak yang tidak bertanggunhjawab.

"Ia sebagai usaha untuk menggagalkan himpunan dan secara tidak langsung bertujuan menimbulkan suasana yang tidak aman dan boleh mendatangkan kekecohan.

"Kita tegas himpunan tersebut hanya untuk menyatakan bantahan kepada keputusan kerajaan yang terus menekan rakyat dengan kadar kenaikan yang melampau serta pelaksanaan GST yang tidak sepatutnya," jelasnya.

Jelas beliau, Pakatan Rakyat sentiasa menghormati prinsip demokrasi bahawa setiap peralihan kerajaan dilakukan secara aman melalui pilihan raya.

Katanya, Pakatan Rakyat tidak sesekali mengambil alih kerajaan melalui kekerasan tanpa melalui sokongan serta mandat rakyat.

"Kita hormati demokrasi, setiap peralihan kuasa kita akan lakukan melalui proses pilihan raya yang aman.

"Bukan cara kita dalam Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan dengan cara kekerasan, kita memerlukan mandat sepenuhnya dari rakyat barulah pemerintahan itu dapat dilakukan dengan adil, aman dan saksama," sambung beliau.

Beliau juga menasihati mereka yang hadir pada perhimpunan itu supaya mengawal tingkah laku dan tidak menimbulkan provokasi yang boleh mendatangkan ketegangan.

Jelasnya, kerjasama baik antara pihak berkuasa dan mereka yang hadir akan dapat memastikan luahan tidak puas hati kepada keputusan kerajaan itu dapat berjalan dengan baik, lancar dan aman.

Berita ihsan HarakahDaily
-Pejabat YB Khalid Samad-

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena