Tuesday 31 December 2013

Rakyat TURUN,Tunggu & Tengok! PENDAKWAAN KE ATAS PEMILIK BOM...

Selasa, 31 Disember 2013
 Polis menemui mercun yang dipercayai bom...

Jika pada bersih 2 (2011) polis membuat sidang akhbar menyatakan mereka menemui sejumlah molotov koktail dan parang, kini menjelang perhimpunan TURUN malam ini polis sekali lagi membuat sidang akhbar menemui mercun yang dipercayai bom dengan menunjukkan gambar mercun tersebut sebagai bukti.

Jika pada tahun 2011 tiada siapa didakwa atas pemilikan molotov koktail dan parang. Kita tunggu berita polis mendakwa lelaki yang ditangkap bersama mercun botol yang didakwa bom tersebut.

Jika kandungan dalam pvc tersebut adalah serbuk bunga api, ada kemungkinan ia adalah jenis yang sama yang pernah digunakan semasa mengebom penyokong Anwar Ibrahim di Jalan Duta (rujuk berita mstar)

Ini berita bom mercun dalam gambar di atas

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abd Rahim Jaafar, berkata bom itu ditemui ketika anggotanya memeriksa lelaki terbabit yang dilihat dalam keadaan mencurigakan, kira-kira jam 10.30 pagi. 

"Sebelum ditahan, suspek lelaki berusia 46 tahun itu dilihat mencurigakan dan tidak berhenti ketika diminta berbuat demikian oleh anggota polis yang sedang membuat rondaan di kawasan itu. 

"Polis merampas satu objek jenis paip PVC dan mempunyai sumbu bersama mercun botol disyaki bahan letupan buatan sendiri serta dua telefon bimbit milik suspek," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Jika tiada pendakwaan,
maka kita anggap, ini semua poyo sudahhhhh...




0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena