Sunday 22 December 2013

Video Letupan BOM DANOK: Suspek Guna Telefon Bimbit Sebagai Alat Kawalan...

Isnin, 23 November 2013
Kejadian Serangan Bom Meletup Petang Tadi Di Danok, Thai.... Maklumat Awal Pejuang Pemisah Yang Mahukan Rundingan Awal...
Kami Boikot Media Pro BN


Published on Dec 22, 2013
Kejadian letupan bom yang berlaku pada 22 Disember 2013 di Pekan Danok Thailand. Letupan berlaku dalam jarak 1km dari jabatan Imigresen, Kastam dan Kompleks kuarantin di Bukit Kayu Hitam,Padang Besar Malaysia.

Letupan Di Selatan Thailand : [video] Suspek Guna Telefon Bimbit Sebagai Alat Kawalan

Tiga letupan bom buatan sendiri dilaporkan berlaku kira-kira jam 11.30 pagi dan 1.45 petang tadi masing-masing di hadapan Balai Polis Padang Besar (Thailand), di dalam Balai Polis Sadao dan di hadapan Hotel Oliver di pekan Danok.

Dalam kejadian letupan pertama, sebuah motosikal diletupkan di hadapan Balai Polis Padang Besar, Thailand di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi sebelum disusuli letupan yang sama di dalam kawasan Balai Polis Sadao yang terletak 10 kilometer daripada lokasi pertama.

Dalam dua kejadian berkenaan, letupan berpunca daripada motosikal yang diletakkan bahan letupan sebelum diletupkan menggunakan telefon bimbit.

Kira-kira jam 1.45 waktu Malaysia, satu lagi letupan berlaku di hadapan Hotel Oliver di sini yang berpunca daripada sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan hotel tiga bintang berkenaan.

Tinjauan Harian Metro di ketiga-tiga lokasi berkenaan mendapati kerosakan teruk hanya didapati di Balai Polis Sadao dengan merosakkan beberapa motosikal di situ manakala bahagian bawah Hotel Oliver di sini musnah teruk dengan cermin berselerakan termasuk kereta yang dieltakkan di kawasan berdekatan.

Governor Songkhla Grisada Boonrach mengesahkan perkara berkenaan dan tiada kematian dilaporkan sehingga tengah hari ini.

Pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci ekoran tiga kejadian yang mengecewakan itu, katanya.

“Kami percaya ia dilakukan mereka yang tidak berpuas hati dengan beberapa perkara dan menyelar tindakan mereka yang mencederakan sekurang-kurangnya sembilan orang dalam kejadian berkenaan.

“Pihak kami menerima laporan bahawa tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan masih menunggu laporan penuh kejadian dan pihak yang bertanggungjawab dengan kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, dua rakyat Malaysia antara 24 individu yang tercedera dalam kejadian letupan terbaring di Hotel Oliver, Danok.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Razali ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan dan berkata kedua mereka yang cedera terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan itu sedang dirawat di klinik kesihatan di sini. - metro

Gambar File : Pasukan pemusnah bom Thailand menghadapi risiko kecederaan akibat bom kereta dan bom motosikal ini. gambar ini dirakamkan pada Julai 2011 di Naratiwat, Thailand!
Daeng Selilii

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena