Saturday, 14 December 2013

Ketua Syiah Kedah Abdullah Hassan - Mat Sabu bukan berfahaman syiah ...(Nak tutup kes barang naik)

Sabtu, 14 Disember 2013

Kenapa masalah Sunni dan Syiah ditimbulkan sekarang?
Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al Quran, Hadis, Ijma' Ulama dan Qiyas yang nyata. Inilah sumber hukum para Ahli Sunnah wal Jama'ah.

Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab Ahli Sunnah wal Jama'ah, dan tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam PAS.

* artikel yg panjang & menarik,selamat membaca 

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/24221-kenapa-masalah-sunni-dan-syiah-ditimbulkan-sekarang
— with Apis Hakimi.
Nak tutup kes barang naik, naikkan isu 

SYIAH...Naya rakyat!

Nak tutup kes Rasuah, naikkan isu Lahad Datu. Nak tutup kes Salah guna Kuasa, naikkan isu liwat. Nak tutup kes kenaikan harga minyak, naikkan isu demonstrasi. Nak tutup kes kenaikan kos dan harga barang, naikkan isu SYIAH. 


Kita kena KONSISTEN suarakan bantahan terhadap KENAIKAN HARGA BARANG!

Saya Benci Harga Barang Naik!

Photo: Ayuh warga kota..


Photo
Photo: TERPEGUN..!!! Dunia sudah terbalik,Abg Mat Sabu pula diminta kemuka bukti!... Dalam perkembangan terbaru mengenai dakwaan menganut fahaman Syiah yang dilemparkan terhadap Timbalan Presiden PAS , pegawai agama KDN, Zamihan Mat Zain Al-Ghari meminta pemimpin PAS itu tampil mengemukakan bukti menafikan dirinya terlibat dengan fahaman itu.

"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, melalui YouTube atau akhbar," kata Zamihan yang namanya turut disebut dalam pendedahan bukti oleh KSU KDN dua hari lalu.

Untuk info Zamihan nie suka menuduh... https://www.youtube.com/watch?v=otuHVX3UoRc
TERPEGUN..!!! Dunia sudah terbalik,Abg Mat Sabu pula diminta kemuka bukti!... Dalam perkembangan terbaru mengenai dakwaan menganut fahaman Syiah yang dilemparkan terhadap Timbalan Presiden PAS , pegawai agama KDN, Zamihan Mat Zain Al-Ghari meminta pemimpin PAS itu tampil mengemukakan bukti menafikan dirinya terlibat dengan fahaman itu.

"Kalau kata bukti-bukti ini tidak cukup kuat, sila jawab secara ilmiah untuk menafikan 10 bukti berkenaan. Tidak kiralah sama ada secara bersemuka dengan KDN, melalui YouTube atau akhbar," kata Zamihan yang namanya turut disebut dalam pendedahan bukti oleh KSU KDN dua hari lalu.

Untuk info Zamihan nie suka menuduh...https://www.youtube.com/watch?v=otuHVX3UoRc
Photo: Siapa pula bersama Zahid Hamidi tue?

~TjK
Siapa pula bersama Zahid Hamidi tue?


~TjK — with Shahril Abdul Malek and 2 others.
Buletin Pakatan Rakyat

Himpunan Hijau Kedah
Ketua Syiah Kedah Abdullah Hassan berkata Mohamad Sabu bukan salah seorang penganut fahaman Syiah, ketika Timbalan Presiden PAS tersebut diserang hebat oleh kerajaan menerusi agensi penguatkuasa agama dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Abdullah berkata sepanjang pemerhatian sejak empat ke lima tahun sebelum ini, beliau tidak melihat Mohamad sebagai seorang yang mengamalkan ajaran Syiah.
"Saya tidak tahu tentang beliau (Mat Sabu) sama ada berfahaman Syiah atau tidak."Jika diperhatikan sejak empat ke lima tahun sebelum ini, saya tidak nampak dia seorang pengikut Syiah," kata Abdullah yang dipetik berkata dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Sinar Harian juga melaporkan Abdullah tidak pernah berjumpa dengan Mohamad ataupun mempunyai pengetahuan mengenai pembabitan pemimpin nombor dua PAS tersebut dengan fahaman Syiah seperti didakwa KDN.

Abdullah bagaimanapun menegaskan walaupun Mohamad mengkagumi pemimpin besar revolusi Islam Iran Ayatollah Ruhullah Musawi al Khomeini ia bukan bermakna Mohamad adalah penganut Syiah.

"Persamaan saya dengan Mohamad adalah sama-sama kagum dengan Imam Khomeini tetapi dari perspektif berbeza.

"Syiah bersetuju dengan Khomeini daripada segi mazhab, manakala Mat Sabu mungkin lihat daripada sudut ketokohan pemimpin itu yang membawa revolusi Iran. Tapi itu hak peribadi beliau untuk mengkagumi seseorang tokoh hebat," katanya lagi.

Mohamad dituduh oleh Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai seorang penganut Syiah semasa berucap dalam Perhimpunan Agung Umno 2013 yang berakhir baru-baru ini.

Kenyataan beliau menyebabkan Mohamad mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas tuduhan tidak berasas tersebut.

Khamis lalu, Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi mendedahkan 10 bukti penglibatan Mohamad dalam kegiatan Syiah yang kebanyakannya melibatkan perjuangan Khomeini.

Abdul Rahim berkata selain pemikiran Mohamad dikaitkan dengan Khomeini, orang nombor dua PAS itu turut dikatakan beberapa kali menghadiri kelas pengajian di sebuah rumah di Bukit Merah pada 2011 dikendalikan dua orang ustaz berfahaman Syiah yang bertugas di sekolah agama di Gunung Semanggol, Perak.

Mohamad mengakui sememangnya mengagumi perjuangan pemimpin besar revolusi Islam Iran Imam Khoneini tetapi itu tidak bermakna dirinya berfahaman Syiah. 
- TMI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena