Friday, 14 March 2014

MH370: Saintis China kaitkan gegaran di dasar laut... [Video] Berkongsi rakaman Kotak Hitam dari pesawat Adam Air...

Sabtu, 15 Mac 2014

Published on May 1, 2012
SEMOGA AMALNYA DITERIMA DISISI ALLAH SWT...

Black Box
KEHILANGAN penerbangan MH370 milik MAS sejak Sabtu lalu telah membuka mata banyak pihak untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penerbangan.
Selain pernah memaparkan maklumat mengenai kotak hitam, mStar pada Jumaat ingin berkongsi rakaman kotak hitam dari pesawat Adam Air yang beroperasi di Indonesia.
Adam Air yang menyediakan penerbangan tambang murah terawal di Indonesia  turut mencatatkan tragedi hitam apabila pesawatnya jenis Boeing 737-400 terhempas pada 1 Januari 2007.
Ketika kejadian pesawat tersebut membawa 96 penumpang dan dalam perjalanan dari Surabaya ke Manado.
Pesawat dengan nombor penerbangan KI-574 itu menjunam ke laut Sulawesi akibat cuaca buruk.
Kehilangan pesawat itu turut membingungkan pihak berkuasa Indonesia dan bagaimanapun penemuan kotak hitam merungkai segala yang berlaku.
Ikuti rakaman terakhir yang direkodkan kotak hitam pesawat berkenaan.
Sumber siaran laporan Mstar 
Posted 2014/03/14 by Ana Ghoib in Berita Penerbangan

MH370: Apa Punya Karut Pulak Nih?

Boleh sahkan ini wahai Hishamuddin?
Mungkin itu, mungkin ini. Semua orang pening!

Saintis China kait gegaran dengan MH370
Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 nampaknya berbalik semula ke kawasan antara timur dan barat Semenanjung Malaysia , ekoran maklumat terbaru dari saintis China mengenai kemungkinan pesawat itu mencetuskan gegaran apabila jatuh ke laut kira-kira 150km di selatan Vietnam.

Sekumpulan pakar seismologi di universiti terkemuka China berkata mereka mengesan gegaran (seismik) di dasar laut antara Vietnam dan Malaysia pada 8 Mac yang mungkin akibat impak hentaman.

"Ia bukan zon seismik, oleh itu, apabila dilihat pada masa dan tempatnya, ia mungkin ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang itu," kata satu kenyataan yang disiarkan di lamanweb Universiti Sains dan Teknologi China.

Ini juga telah dilaporkan oleh akhbar South China Morning Post.

Kenyataan disiarkan ketika pegawai AS mula menumpukan pencarian mereka di Lautan Hindi selepas hampir seminggu usaha mencari pesawat di Laut China Selatan terus gagal, dengan menyatakan ada tanda-tanda pesawat itu mungkin berpatah balik selepas putus hubungan dan diterbangkan pada arah barat selama beberapa jam. - sumber

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena