Saturday, 5 April 2014

2 Peristiwa Besar di Baling: Himpunan Derita Rakyat: Lebih 50,000 hadiri Baling 2.0

Ahad, 6 April 2014
Hari ini dalam sejarah... BALING 2.0 

Biar Gambar Berbicara - 2 Peristiwa Besar Di Baling 5 April 2014

Himpunan Derita Rakyat: Lebih 50,000 hadiri Baling 2.0


BALING: Biarpun diberi gambaran negatif termasuk diadakan majlis saingan pada waktu sama serta hujan lebat pada sebelah petangnya, Himpunan Derita Rakyat: Baling 2.0 ternyata mencapai sasaran luar jangka.
Pihak penganjur menganggar 10,000 hadir pada sesi program di sebelah petang, manakala pada malamnya dianggarkan lebih 50,000 orang membanjiri lokasi program di Padang Awam Keda, dekat sini, bagi mengikuti ceramah perdana disampaikan para pemimpin Pakatan Rakyat.

Hujan yang turun dan keadaan tanah berair pada petangnya tidak menghalang orang ramai terus berpusu-pusu bersama keluarga sebagai tanda sokongan biarpun terpaksa berpayung.
Ini membuktikan solidariti terhadap luahan rasa dan rintihan rakyat khususnya para penoreh getah yang turun berhimpun sebagai mengenang nostalgia 40 tahun dahulu Demonstrasi Baling 1974.
Ucapan malam tadi dimulai dengan gimik dari badan bukan kerajaan (NGO) R (Royalti) diikuti pengkisahan oleh Mohd Kalam Md Hashim, 54 tahun iaitu penduduk Baling yang pernah menyaksikan peristiwa bersejarah 1974 itu.
Berucap pada malamnya Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Terdahulu pada petangnya diadakan sesi pidato oleh NGO-NGO antaranya R, Belatani, Turun dan ramai lagi.
Bagaimanapun hujan lebat turun sekitar jam 5:30 petang menyebabkan hadirin berselerakan mencari tempat berteduh.

Gambar: Gambar Himpunan Derita Rakyat Dari Baling Kedah Yang Buat Mahathir Anak Beranak Kecut Telor

Kalau DULU semasa Mahathir KUTTY sedang menjadi Perdana Menteri mungkin Gambaran Perhimpunan Peserta yang Hadir sebegini tidak MERISAUKAN beliau kerana yang dikatakan HADIR hanyalah Penyokong Pas atau yang diselalu dipanggil Ahli Pas KARAT HIJUA. Namun itu Dulu beb sewaktu belum ada nya lagi apa yang dipanggil Pakatan Rakyat (PR). gambar klik sini--->>> http://inderasipejuang.blogspot.com/2014/04/gambar-himpunan-derita-rakyat-dari.html






Posted & copy by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena