Wednesday, 2 April 2014

Boeing Gagal Tolong Malaysia - Putrajaya Kecewa

Rabu, 2 April 2014

Gambar Pengasas Syarikat Boeing dan Asal Usul Nama Syarikat Kapal Terbang Komersil Boeing

William Edward Boeing (1881 – 1956)

Syarikat ini telah mendapat nama dari pengasas syarikat iaitu William Edward Boeing. Beliau telah member nama Boeing bersempana nama keluarga. Nama ini telah berjaya untuk mengekalkan diri di dalam persada industri pembuatan yang semakin berkembang sengit disebabkan pesaingan yang semakin meningkat.

Powered by Blogger.

Putrajaya Kecewa Dengan Boeing Kerana Gagal Tolong Malaysia

Ekoran ketegangan yang terpaksa dihadapi dalam misi pencarian Malaysia Airlines MH370, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meluahkan kekecewaan terhadap agensi-agensi antarabangsa dan pengilang Boeing 777-200ER apabila gagal menjelaskan misteri kehilangan pesawat itu.

Pemangku menteri pengangkutan itu berkata dalam satu temubual dengan stesen television China, CCTV, kritikan tidak adil dilontarkan kepada MAS mengenai cara berkomunikasi dengan ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"MAS sentiasa akan melakukan tugas terbaik dalam berinteraksi bersama keluarga."Namun meletakkan MAS di kandang saksi masih tidak mencukupi, kita juga perlu sentiasa ingat apakah peranan dan tanggungjawab Rolls-Royce, Boeing dan semua agensi pakar. Apakah pandangan mereka?" katanya dalam temubual bersama CCTV semalam.

Petikan temuramah itu dimuat naik melalui akaun YouTube kepunyaan CCTV.

Pada 8 Mac, pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal ke Beijing terputus hubungan dengan pengawal trafik udara sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pencarian pesawat itu masuk hari ke-23.

Hishammuddin juga turut mempersoalkan tindakan syarikat penerbangan itu menghantar kiriman pesanan ringkas (SMS) dalam bahasa Inggeris minggu lalu menyatakan tiada penumpang yang terselamat.

"Amat senang untuk kita menyalahkan orang. Saya tidak mempertahankan MAS. Mereka perlu menjawab mengenai SMS itu dan bagaimana mereka berhubung dengan ahli keluarga.

"Tapi pada masa sama, saya mahu melihat agensi antarabangsa turut tampil, kerana kita membayar jutaan ringgit membeli kapal terbang dan kepakaran mereka. Kini teknologi tersebut dipersoalkan seluruh dunia," katanya.

Boeing dan Rolls-Royce – syarikat yang membekalkan enjin bagi pesawat itu – dilihat tidak membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai kehilangan MH370 itu biarpun difahamkan kedua-dua agensi itu bekerjasama dengan siasatan keselamatan udara Amerika Syarikat.

Minggu lepas, Wall Street Journal melaporkan pihak Amerika Syarikat berkata Boeing menyatakan kekesalan apabila kerajaan Malaysia mengambil masa tiga jam untuk melaporkan kepada wakil syarikat mengenai kehilangan pesawat itu. Tempoh tersebut jauh lebih panjang daripada biasa.

Pasukan Boeing dikatakan “agak kecewa dan tidak mempercayai proses”, menurut seseorang yang biasa dengan pandangan syarikat itu.

Hishammuddin juga berkata Malaysia masih mencari motif jenayah yang mungkin berkaitan dengan kehilangan pesawat seperti pengganas, rampasan oleh anak kapal atau masalah psikologi.

Beliau berkata dalam kenyataan hari ini bahawa pasukan siasatan antarabangsa dan Malaysia masih berpegang pada perjanjian bahawa pergerakan MH370 konsisten dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam pesawat.

"Sehingga saat pesawat itu hilang dari radar tentera, pergerakan MH370 adalah konsisten dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang dalam kapal terbang itu," katanya.
Posted by Jeebond BLM

HISHAMMUDIN CABUT KE HAWAII ,KERANA TAKUT BAGI TAKLIMAT KEPADA YB PAKATAN RAKYAT.

Hishamuddin  didakwa sengaja bagi tarikh taklimat MH370 kepada wakil rakyat PR pada malam ini.Semuanya untuk mengelak beliau hadir memberi taklimat.Hishamuddin dijangka berada di Hawaii pada malam ini untuk mesyuarat pertahanan ASEAN bersama Amerika Syarikat

Pakatan Rakyat hari ini menegaskan yang mereka cuma mahu Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk memberi taklimat mengenai kehilangan MH370 seperti dijadualkan pada malam ini.



Kenyataan itu dibuat anggota parlimen Gombak, Azmin Ali pada sidang media bersama beberapa lagi MP Pakatan yang lain pagi ini.

"Kami mahu menteri berkenaan hadir, dan bukannya mana-mana menteri lain," kata Azmin yang juga timbalan presiden PKR.

Hishammuddin hari ini dilaporkan berlepas ke Amerika Syarikat untuk menghadiri satu sidang pegawai pertahanan Amerika Syarikat dan negara-negara ASEAN.(sumber)
Sisi Bukit.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena