Sunday, 27 April 2014

FITNAH Ikhwanul Muslimin: Ustaz DON “...berikan hujah atau akui salah.”

Ahad, 27 April 2014

Kritikan Terbaik Atas Isu Ustaz Don. Pohon Dibaca!

HishamAhmad
Kritikan Ilmiah Ustaz Solleh, Penulis "Sehingga Quran terpahat di hati mu".
Saya rasa mungkin ramai yang telah bosan dengan isu ‘perselisihan’ [1] diantara Ustaz Don dan Pn. Wardina, tetapi saya juga percaya lebih ramai yang masih prihatin dan ‘dahaga’ untuk mendengar dan meneliti kedudukan ‘ isu-isu agama bersifat pelik tapi serius’ yang merupakan isi dan asas kepada ‘perselisihan’ antara 2 selebriti itu.

Kita tidak lagi mempedulikan Wardina dan Ustaz Don,. sebaliknya memfokuskan kepada isi-substantif kepada isu-isu agama bersifat pelik tapi serius iaitu ‘Isu Bani Tamim’, ‘isu ikhwanul muslimim’, ‘telaga Baharut’ , “isu suluh rambut nabi’ dan lain-lain.

Saya sedar kewujudan 2 golongan yang suka dan tidak suka, yang membela dan tidak membela, malah ada yang cuba melihat niat dan motif secara lebih jauh lagi, sehingga isu wahabi disauk-sekali.

Apa yang telah dilontarkan ke hadapan kita adalah lebih besar daripada diri 2 selebriti tersebut. Maka kita kini tidak lagi berminat untuk bicara tentang mereka…. kini ia bukan lagi tentang diri mereka, tetapi isu-isu agama bersifat pelik dan serius ini sewajarnya diberi perhatian dan dikaji demi kepentingan kepercayaan kita dalam beragama.

Maka ketepikan segala sentimen peribadi dan fokus kepada isi isu-isu itu.

Mengapa penting:- Saya cuma mengharapkan kita semua bersifat ulul albab dalam menilai sesuatu dan adil dalam meneliti hujah dan keterangan. Isu-isu yang timbul adalah serius dan jika kita sama-sama teliti dan tangani dengan betul, ia boleh mengajar kita bagaimana untuk kita sebagai orang awam ‘berinteraksi dan respon atau bertindakbalas’ apabila isu-isu agama seperti ditimbulkan atau dilontarkan lagi kepada masnyarakat awam di masa-masa akan datang.

Walaupun saya anggap isu Baharut dan Bani Tamim boleh dianggap selesai, namun isu tentang Ikwanul Muslimin yang dilontarkan oleh Ustaz Don sangat merunsingkan saya.. sangat merunsingkan.Saya ada beri gambaran keseriusan itu dalam penulisan saya sebelum ini tapi saya takuti ia tidak difahami oleh ramai. (hisham-ahmad.blogspot.com)

Saya percaya ada penulisan lebih baik telah dibuat oleh Ustaz Solleh dalam blognya dan bahagian pertama telah dipaparkan dalam web ini. Please baca dalam “http://solleh-alfatimi.blogspot.com/2014/04/semoga-ustaz-don-maju-jaya-dalam-dakwah_24.html

Maafkan saya kalaulah saya masih mengharapkan kepada Ustaz Don;

“...berikan hujah atau akui salah.”

Inilah sebahagian yang saya petik dpd blog ustaz Solleh itu::-

FITNAH IKHWAN

Antara perkara sangat besar dan tidak boleh dimaafkan adalah tuduhan fitnah terhadap Ikhawanul Muslimin. Dalam video tersebut, Ustaz Don tidak menarik balik fitnah tersebut dan tidak memohon maaf terhadap Ikhwanul Muslimin. Ustaz Don menyatakan: “Maafkan saya jika saya sebut, antara yang paling ramai mengikut ikhwanul muslimin adalah mereka yang berpegang dengan fahaman salafi wahabi. Dan sudah ada ura-ura dikalangan mereka bila mereka dapat sahaja pegang mesir, pertama sekali yang mereka nak mansuhkan adalah pendidikan university al-Azhar. Tuan-tuan tahu tak benda-benda tu? Yang kita duk melenting at Ali Jumuah ni! Ooooh mana boleh, kita tak tahu, tak khabar. Dia tak boleh nak khabarkan kat kita, dia ada rancangan dia. Dia ada plan dia. Tak beritahu plan tu adalah plan. Not telling the plan is plan. Boleh faham tak? Yang mana lagi besar?” [Video penuh tentang Ikhwan]

Ini merupakan fitnah yang paling besar ustaz Don terhadap Ikhwanul Muslimin sekalipun beliau menyatakan; “Saya nak Tanya kita tahu tak apa yang berlaku dekat mesir sebenarnya? Saya tak kata ikhwanul muslimin jahat. Saya tak kata. Saya nak beritahu ikhwanul muslimin betul. Tapi siapa duk bawa ikhwanul muslimin? Dr. Mursi bagus, silakan. Tapi siapa pengikutnya? Tuan-tuan selidik tak yang tu?” [Video penuh tentang Ikhwan].

Ketika ustaz Don mempertahankan dirinya dengan mengemukakan dalil;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya,”. Surah al-Hujurat : 6.

Apakah prinsip ini untuk membela diri ustaz Don sahaja? Tetapi Ustaz Don boleh sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan dan fitnah? Andai embuat video itu memfitnah Ustaz Don, maka mangsanya adalah Ustaz Don seorang. Tetapi apabila Ustaz Don menfitnah Ikhwanul Muslimin, bukan seorang yang menjadi mangsa, bukan seorang yang dizalimi tetapi berjuta-juta penyokong ikhwan dizalimi! Andai Ustaz Don benar2 jujur mohon maaf dan Tarik balik tuduhan ini.

Namun ustaz Don berlepas diri, bahawa berita ini diambil daripada Ustaz Muhadir Haji Joll [Penjelasan Ustaz Don (Sebelum ke UK)]. Saya tidak mahu mengkritik Ustaz Muhadir sebab saya tidak pasti dan tiada rakaman tentang kenyataan tersebut. Maka kritikan ini saya tujukan kepada Ustaz Don. Kerana Rasulullah bersabda:
كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

“Sudah mencukupi seseorang itu dianggap sebagai berdusta apabila ia menceritakan semua yang ia dengar”. (Riwayat Muslim).

Sebenarnya, andai ustaz Don selidiki sedikit sahaja dengan membaca dan memerhatikan apa yang berlaku di Mesir, maka tuduhan ini tidak akan terjadi. Namun kerana sifat gopoh dan tiada disiplin ilmu, maka diceritakan apa yang didengar sekalipun ia palsu.

Apakah kita sedar bahawa kerajaan Saudi (yang dikatakan Wahabi) menyokong Ikhwan dan Mursi ditumbangkan, malah menyalurkan dana untuk al-Sisi. Apakah mereka tidak melihat bahawa Parti Nur yang bermanhaj salafi telah keluar dan menentang ikhwan serta bergabung dengan kumpulan untuk menumbangkan Mursi. Apakah ikhwan salafi wahabi! Tuduhan yang paling tidak berakal adalah Ikhwan yang didalangi pengikutnya bercita-cita untuk memansuhkan pendidikan al-Azhar. Ini merupakan satu kejahilan yang tidak mampu dimaafkan.

[1] (Istilah perselisihan ini harus ditanggapi secara ringan merujuk kepada perbezaan pandangan-bukan bermaksud pergaduhan, permusuhan).
Kerengga.

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Anjing Zionis selalu mencipta fitnah untuk menggulingkan dan menghapuskan Ikhwan Muslimim kerana Ikhwan Muslimim cuba menegakkan ajaran Islam di Mesir dan membebaskan Mesir dari penjajahan Zionis Amerika dan Israel. Sebagai contoh, Hosni Mubarak sebagai anjing Israel dan Amerika telah bekerjasama dengan Israel menindas orang Palestine di Gaza semasa Israel menyerang Gaza. Apabila Ikhwanul Muslimin berkuasa di bawah pimpinan Presiden Morsi, Ikhwan Muslimim dan Presiden Morsi dan kerajaannya mempertahankan dan memperjuangkan hak orang Palestin dan menghalang Israel dari menghancurkan Gaza!

Amatlah malang apabila kita mendapati seorang manusia yang menggelarkan dirinya 'ustaz' menyokong Zionis menggulingkan Presiden Morsi dan kerajaannya yang sah dengan berkata "“Maafkan saya jika saya sebut, antara yang paling ramai mengikut ikhwanul muslimin adalah mereka yang berpegang dengan fahaman salafi wahabi." Ini adalah fitnah besar yang dicipta oleh seorang manusia bodoh dan zalim untuk menghapuskan perjuangan Islam.

Jika Salafi Wahabi menjadi pengikut Presiden Morsi, sudah tentu Arab Saudi akan menyokong Presiden Morsi menentang Zionis! Apa yang berlaku ialah Arab Saudi dan Israel dan Amerika dan beberapa negara Arab teluk telah berkerjasama untuk menggulingkan Presiden Morsi dan kerajaannya dan menegakkan kerajaan Zionis di Mesir. Ini bererti Salafi Wahabi bukan penyokong Presiden Morsi. Orang bodoh dan zalim sahaja menyokong Zionis menumbangkan kerajaan Morsi yang memperjuangkan Islam.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena