Thursday, 3 April 2014

"Good Night" MH370: Najib 'kecut' berhadapan media antarabangsa!... Media Barat Tuduh Muslim Bertanggungjawab...

Jumaat, 4 April 2014

Media Barat Tuduh Muslim Bertanggungjawab Kehilangan MH370 

Dalam video diatas, terdapat beberapa keratan video dari FOX News yang menuduh bahawa juruterbang beragama ISLAM merupakan faktor utama kepada kehilangan pesawat MH370.

Fitnah FOX News dan media antarabangsa yang lain terhadap ISLAM bukanlah satu perkara yang baru. Sejak kejadian rempuhan pesawat di World Trade Centre pada 9 September 2001, ISLAM dipotretkan sebagai sebuah agama ganas dan gemar membunuh.

Media barat seperti CNN, BBC, CNBC, ABC, FOX, dan lain-lain menggunakan pengaruh mereka bagi mengawal pemikiran masyarakat dunia sekaligus membentuk satu persepsi dunia yang ISLAM adalah agama penaja keganasan. Dan pastinya perkara inilah yang dihasratkan oleh kelompok Zionis. 

Posted by Jeebond BLM


MH370: Najib kecut berhadapan media antarabangsa, imej negara tercalar

SHAH ALAM 3 APRIL : Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengelak daripada menjawab soalan media antarabangsa disifatkan sebagai pengecut sekaligus memberi imej buruk kepada Malaysia.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, Najib seharusnya lebih bersikap terbuka dan profesional dalam mendepani media antarabangsa berhubung kes kehilangan pesawat MH370.
objek misteri“Jangan hanya sekadar membaca teks yang disediakan. Seorang perdana menteri perlu lebih bersedia untuk menjawab apa sahaja soalan yang dikemukakan oleh media tempatan mahupun antarabangsa.
“Macam mana sekalipun kalau tidak tahu jawapan yang tepat untuk menjawab soalan yang dikemukakan, terus terang, cakap ‘saya tak pasti dan akan memberi kenyataan dengan lebih lanjut nanti’.
Itu lebih baik daripada terus mengelak daripada mereka,” katanya dipetik Keadilan Daily.
Najib dalam sidang media ketika lawatannya di Perth Australia dilapor hanya membaca kenyataan akhbar dan terus meninggalkan majlis selepas pihak media mula bertanya soalan.
Beliau juga tidak menjawab soalan daripada media sejak sidang media pertamanya berkenaan kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu.
Fahmi berkata, ketakutan Najib terhadap media asing disebabkan mereka lebih terbuka berbanding media arus perdana yang dikawal kerajaan di negara ini.
“Sepatutnya PM itu sendiri kena berani berdepan dengan media antarabangsa. Suara beliau itu perlu didengari rakyat, dan apa yang keluar daripada mulut perdana menteri itu ditunggu rakyat,
“Tapi bila Najib mengelak untuk menjawab soalan daripada media, ia jelas menunjukkan Najib takut dengan mereka.
“Mana tidaknya, selama ini hanya dikawal oleh media pro kerajaan sahaja, tapi kali ini berdepan dengan media yang lebih terbuka,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena