Thursday, 3 April 2014

MH370: Anwar tuduh Putrajaya sembunyi maklumat...

Jumaat, 4 April 2014

 Anwar tuduh Putrajaya sembunyi maklumat

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat mengenai misteri kehilangan pesawat MH370.

"Saya percaya kerajaan tahu lebih daripada kita. Mereka ada kuasa untuk mengarahkan tentera udara... atau Malaysia Airlines," katanya.

Dalam temubual dengan akhbar The Telegraph UK, Anwar dipetik sebagai berkata kerajaan mempunyai maklumat yang kritikal untuk kita memahami misteri kehilangan pesawat MH370.

Anwar menegaskan sekali lagi bahawa sistem radar Malaysia yang dibeli ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri, mampu mengesan penerbangan MH370 apabila ia berpatah balik dan terbang melintasi Semenanjung Malaysia.

Beliau juga mengkritik kerajaan kerana tidak bertindak cepat pada peringkat awal dengan membiarkan Vietnam dan China menjalan operasi mencari di kawasan yang salah - di Laut China Selatan.


Ketua JACC akan adakan sidang akhbar

 CNN memetik sumber yang tidak dinamakan yang mengatakan bahawa ketua JACC Angus Houston akan mengadakan satu sidang akhbar lewat hari ini mengenai berita "besar" berkaitan operasi mencari.

Tidak jelas apakah yang akan diumumkan dalam sidang akhbar tersebut.

Pada masa ini beberapa negara yang terlibat dalam usaha mencari MH370 yang diketuai oleh Australia, termasuk Malaysia, Amerika, United Kingdom, China, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Operasi mencari diteruskan

Operasi mencari di Lautan Hindi diteruskan yang membabitkan 10 pesawat tentera, empat jet awam dan sembilan kapal, kata Pusat Agensi Bersama Penyelarasan (JACC), yang ditugaskan memantau operasi tersebut.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim (AMSA) telah menetapkan kawasan mencari membabitkan kira-kira 217,000 km kilometer persegi - 1,700 km di barat laut Perth.

Cuaca hari ini diramalkan baik dengan jarak penglihatan sejaruh kira-kira 10km .

Sementara itu, CNN melaporkan bahawa menurut Pasukan Pertahanan Australia, kapal kajian Tentera Laut Diraja HMS Echo akan menjalankan carian khusus hari ini, manakala Ocean Shield, yang dilengkapi 'pinger locator; dijadual tiba.

Selepas empat minggu, operasi mencari itu belum dapat mengesan MH370.-mk

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena