Sunday, 6 April 2014

MH370 Pengesan Kotak Hitam (Ping Locator): Kapal Australia juga kesan isyarat ping...

Ahad, 6 April 2014

Bagaimana Ping Locator Diguna Cari MH 370 Di Dasar Laut

Posted by Hanif Idrus  
Tagged as: 
Bagaimana Ping Locator Diguna Cari MH 370 Di Dasar Laut

Bagaimana Ping Locator Diguna Cari MH 370 Di Dasar Laut
Bagaimana Ping Locator Diguna Cari MH 370 Di Dasar Laut

Usaha menjejaki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 kini diperluas kepada pencarian di dasar laut bagi mengesan kotak hitam pesawat yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi itu.
Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata, pada masa sama usaha pencarian dari udara tetap diteruskan.
Bagaimana Ping Locator Diguna Cari MH 370 Di Dasar Laut
Beliau berkata, kapal Ocean Shield milik Tentera Laut Diraja Australia dan HMS Echo milik Tentera Laut Diraja British akan menumpukan usaha mengesan kotak hitam itu di laluan sepanjang 240 kilometer (km) di selatan Lautan Hindi.
"Menggunakan Towed Pinger Locator (TPL) milik Tentera Laut Amerika Syarikat, kedua-dua kapal akan melakukan pencarian dalam satu laluan sejauh 240km," katanya dalam sidang media di sini semalam.
Ini merupakan kali pertama pencarian bawah permukaan air dilakukan dalam misi mengesan isyarat daripada kotak hitam penerbangan MH370 tersebut.
Sementara itu, Komander Pasukan Petugas Bersama 658 Laksamana Pertama, Peter Leavy dalam satu kenyataan di sini semalam memberitahu, usaha mengesan akan dilakukan pada kedalaman sekurang-kurangnya 3,000 meter.

Kapal Australia juga kesan isyarat ping

Kapal pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield mengesan satu isyarat ketika menyertai operasi mencari penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi pada Ahad.

Perkembangan terbaharu ini menyusuli dua denyut pendek yang juga dikenali sebagai isyarat akustik yang dikesan 36 jam lalu dan pada petang Sabtu oleh kapal China, Haixun 01.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata setakat ini belum dapat diputuskan sama ada untuk mengesahkan atau menolak petunjuk itu memandangkan siasatan masih berjalan.

"Kapal HMS Echo dalam perjalanan ke lokasi Haixun 01 manakala Ocean Shield sedang menyiasat isyarat itu menggunakan peralatan bawah permukaan air," katanya dalam sidang media di Perth hari ini.
Katanya jarak antara Haixun 01 dan Ocean Shield ialah kira-kira 300 batu nautika.

Houston menyifatkan Ocean Shield sebagai kapal terbaik untuk tugas itu memandangkan aset tersebut dilengkapi 'towed pinger' (alat pengesan isyarat yang ditunda) dan kenderaan bawah permukaan air kawalan jauh.

Beliau bagaimanapun menjelaskan pengesahan isyarat itu boleh mengambil masa beberapa hari selain pencarian yang sukar kerana kedalaman di kawasan berkenaan ialah kira-kira 4.5 km di samping pelbagai cabaran lain.

Penerbangan MH370 ke Beijing itu yang membawa 239 orang hilang tanpa jejak ketika di ruang udara Laut China Selatan, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, 8 Mac lalu.

Analisis data satelit kemudian menunjukkan pesawat mengubah haluan jauh daripada laluan asal dan penerbangan berakhir di selatan Lautan Hindi.
Posted by Kedah Lanie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena