Monday, 14 April 2014

Najib pengecut politik...‘Menambah garam di luka’ Dollah Kok Lanas (DKL)

Selasa, 15 April 2014



BEKAS SETIAUSAHA POLITIK ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK, TUDUH NAJIB RAZAK SEBAGAI PENGECUT POLITIK!!!!

Yang bercakap ini bukan sebarang orang .. bekas Setiausaha Politik Allahyarham Tun Abdul Razak bapa kepada Najib .. bekas Timbalan Menteri dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Time.

Kalau yang bercakap tu blogger taraf macai UMNO sudah pasti tiada nilai berita ... ini orang lama yang dikatakan amat rapat dengan keluarga Najib Razak sejak zaman Allahyarham ayahandanya lagi .. Sudah melihat segala rentak dan naiknya Najib Razak dari tahun 1975 sehingga sekarang.

Lagi macai-macai UMNO nak bermati-matian mempertahankan Najib Razak??????

Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diserang bertubi-tubi, bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Tan Sri Abdullah Ahmad seolah-olah ‘menambah garam di luka’ apabila berkata pada era sebelum ini, tiada pengecut politik.


Abdullah dalam tulisannya di Sinar Harian hari ini berkata ramai yang ingin kembali kepada era Tun Dr Mahathir Mohamad atau Tun Razak Hussein iaitu zaman tidak ada pengecut politik, seolah-olah mendakwa Najib sebagai perdana menteri sekarang seorang pengecut politik.


Beliau yang lebih dikenali sebagai Dollah Kok Lanas (DKL) pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengikuti ajaran komunis.



Abdullah dibebaskan oleh Dr Mahathir apabila beliau menjadi perdana menteri dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pengarang Kumpulan NSTP.


Tulisan Abdullah dibuat ketika pelbagai pihak termasuk pelbagai hasil kajian tinjauan pendapat mendapati prestasi Najib jatuh merudum, dan semakin teruk sejak tragedi kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu yang belum ditemui sehingga sekarang.


Kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center Disember tahun lalu menunjukkan tahap populariti Najib merudum kepada hanya 52% berbanding 62% yang dicapainya pada Ogos tahun lalu.


Terkini,  lebih daripada separuh rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam satu tinjauan kajian bulan lalu percaya kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib menyembunyikan maklumat mengenai kehilangan pesawat MH370, menurut satu kajian terbaru oleh The Malaysian Insider.


Daripada 1,029 responden dalam kajian yang dijalankan oleh Merdeka Center itu, 54% berkata Putrajaya tidak telus dalam memberi maklumat mengenai pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.


Abdullah dalam tulisannya di Sinar Harian berkata:"Pengundi nampaknya akan terus meninggalkan parti pemerintah dengan niat tidak akan kembali lagi kepada parti itu."

Malah, katanya, ramai yang tidak puas hati sekarang dan mereka mencari alternatif.

“Rakyat menunggu kedatangan pemimpin yang telus dan tulus untuk memenuhi aspirasi dan ekspektasi rakyat miskin,” katanya.
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena