Wednesday 16 April 2014

Polis "jadi provokatif" semasa berbincang, kata penganjur perhimpunan 1 Mei

Rabu, 16 April 2014

Polis ‘jadi provokatif’ semasa berbincang, kata penganjur perhimpunan 1 Mei

OLEH MUZLIZA MUSTAFA
























  Menjelang protes Hari Pekerja dan GST, polis memanggil penganjur untuk "berbincang" berkenaan perkara itu memandangkan Akta Perhimpunan Aman menetapkan notis 10 hari diberikan untuk penganjuran demonstrasi.

"Polis berkata mereka menjadi proaktif, kami diingatkan untuk memberikan notis 10 hari untuk perhimpunan," kata Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan (gambar) hari ini.

Beliau berkata polis juga ingin mengetahui program perhimpunan tersebut dan juga program yang dianjurkan sempena perhimpunan.

Keputusan polis itu dibuat selepas tindakan awal memindahkan lokasi perhimpunan lain  menimbulkan kemarahan banyak pihak.

Antaranya termasuklah Himpunan Black 505, yang menyaksikan beberapa pemimpin pembangkang dikenakan tindakan atas kesalahan perhimpunan haram.

Arutchelvan berkata, polis ingin tahu lokasi dan aktiviti yang akan dilakukan ketika perhimpunan tersebut.

"Kami maklumkan ia akan dilakukan di hadapan KLCC dengan ucapan daripada wakil pertubuhan awam dan berarak ke Dataran Merdeka. Kami akan berkumpul di sana," katanya.

Polis juga katanya turut meminta mereka menyatakan lokasi alternatif selain Dataran Merdeka kerana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  sedang melakukan kerja naik taraf di sana.

"Kami berkata Dataran Merdeka amat penting namun kami akan membincangkan perkara itu. Setakat ini, Dataran Merdeka adalah pilihan kami," katanya.

Arutchelvan ditemani penasihat undang-undang dalam pertemuan bersama polis hari ini yang mengambil masa sekitar sejam di IPD Dang Wangi bersama Ketua Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad dan ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid termasuk beberapa anggota polis lain.

"Pegawai polis berkata mereka mahu tahu perkara itu bagi meletakkan anggota untuk mengawal keadaan," katanya.

Arutchelvan bagaimanapun berkata polis seharusnya menggunakan budi bicara mereka.
"Mereka perlu lebih bertolak ansur memandangkan jika menurut undang-undang, kami tidak akan boleh berhimpun," katanya.

Chua Tian Chang yang dijadualkan untuk menyertai pertemuan itu bagaimanapun tidak hadir.
Beliau akan ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada Isnin, 2.30 petang untuk sesi perbincangan dengan polis.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga dijadualkan menghadiri pertemuan itu.

Gabungan 90 pertubuhan badan bukan kerajaan dan parti Pakatan Rakyat (PR) akan menganjurkan perhimpunan sebagai bantahan pelaksanaan cukai baru oleh kerajaan pada April 2015.

Himpunan dengan tema "GST - Protes Sampai Gugur” - turut menyaksikan penyertaan kumpulan pelajar, antara kelompok yang terkesan dengan pengenalan cukai itu.

Himpunan 1 Mei kata koordinator program, E Parameswari sering dianjurkan sejak 1994 di Malaysia, namun mengharapkan ini akan menjadi himpunan terbesar.

Antara badan bukan kerajaan (NGO) yang dijangka terlibat adalah Solidariti Anak Muda Malaysia, Turun, Dewan Himpunan China Kuala Lumpur Selangor, Jaringan Rakyat Tertindas, dan Himpunan Hijau.

Antara isu yang turut dibangkitkan termasuklah penetapan gaji minimum RM1,500, pendidikan percuma, perlindungan alam sekitar, pilihan raya yang adil dan bersih, hak pekerja wanita serta hak pekerja warga asing

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena