Friday, 4 April 2014

Singamata Reef: Siapa yang mulakan spekulasi? Buat dulu baru fikir...

Jumaat, 4 April 2014


Sape yang mulakan spekulasi? 

Belum Apa-Apa, Najib Dah Buat Spekulasi
Negara nampaknya dirundung malang lagi. Belum pun nampak kekeruhan hubungan Malaysia dengan China dapat dijernihkan berikutan insiden kehilangan pesawat MH370, kini berlaku lagi kejadian penculikan dua pelancong di Semporna, Sabah di mana salah seorang daripadanya adalah warga China. Seorang lagi mangsa ialah rakyat Filipina.

Dua kejadian dalam tempoh berhampiran ini bukan saja akan menjejaskan nama baik negara serta hubungan dengan China, bahkan pastinya juga akan menjejaskan kedatangan pelancong daripada negara tersebut ke negara kita.

Memang diketahui Malaysia adalah antara negara yang paling digemari oleh pelancong China. Jika dalam insiden MH370, 158 daripada 239 penumpangnya adalah warga China, ketika kejadian penculikan di sebuah resort di Semporna itu pula, daripada 61 pelancong yang sedang menginap, 59 daripadanya adalah warga China.

Maka, dengan kemarahan yang belum reda daripada waris penumpang MH370 yang tidak puas hati berkaitan ketelusan maklumat mengenai kehilangan pesawat yang sudah menjangkau hari ke 25 ini, berlakunya kejadian penculikan ini pastinya menambahkan lagi beban sengsara yang ditanggung oleh kerajaan.

Ia ibarat kata pepatah, sudah jatuh ditimpa tangga.

Tetapi kejadian penculikan bukannya perkara baru Semporna ini. Sudah beberapa kali ianya terjadi. Tidak lama sebelum ini, seorang pelancong Taiwan juga diculik setelah suaminya ditembak mati. Pelancong terbabit hanya dilepaskan beberapa hari kemudian selepas wang tebusan yang diminta diberikan.

Polis Sabah sendiri tidak menolak kejadian terbaru itu turut bermotifkan wang tebusan. Pesuruhjaya polis Sabah, Hamza Taib percaya, penculikan ini dilakukan oleh kumpulan yang berpusat di selatan Filipina dan dilakukan semata-mata untuk mendapatkan wang.

Selain kejadian ini bermotifkan wang tebusan, ianya juga memperlihatkan kawalan keselamatan yang boleh dipertikaikan keberkesanannya. Meskipun negeri Sabah di kelelilingi lautan dan banyak pulau-pulau, pihak berkuasa seharusnya sentiasa berawas dan berhati-hati dalam soal keselamatan, terutamanya yang berkaitan pelancong.

Kerapnya kejadian penculikan ini, di tambah pula dengan insiden pencerobohan Lahad Datu sebelum ini, ia tidak lain memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena dalam soal kawalan keselamatan di negeri Sabah dan memerlukan perhatian yang lebih serius dari pihak berwajib.

Bagaimanapun, sebagaimana insiden lain seperti kehilangan pesawat MH370 dan sebagainya, kita tidak harus membuat sebarang spekulasi atau andaian awal mengenai motif dah siapa yang terlibat, kecuali setelah benar-benar pasti dan mempunyai bukti kukuh mengenainya.

Tetapi dalam insiden penculikan ini, Perdana Menteri, Najib Razak awal-awal lagi sudah membuat spekulasi dan andaian awal mengenainya. Menulis di twitternya, beliau tidak menolak kejadian ini didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mengeruhkan lagi hubungan Malaysia dengan China.

Kerajaan tidak tolak kemungkinan kes penculikan di Semporna perbuatan pihak tertentu untuk keruhkan hubungan Malaysia - China, demikian tulisan itu dipetik.

Hanya bersandarkan andaian dan kebetulan kemarahan ramai warga China berikutan insiden kehilangan pesawat MH370, Najib seolah-olah terus membuat kesimpulan ianya didalangi oleh mereka yang mahu mengeruhkan hubungan Malaysia dengan China.

Siapakah pihak yang dimaksudkan Najib itu? Adakah beliau pasti mengenainya? Apakah pula bukti yang menyokong dakwaan itu? Tidakkah ini bertentangan dengan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah yang mengaitkannya dengan penculikan bermotifkan wang?

Persoalan yang lebih penting ialah wajarkah seorang Perdana Menteri membuat spekulasi sedemikian rupa seolah-olah semua perkara dikaitkan dengan unsur politik? Jika dalam insiden MH370, rakyat diingatkan agar jangan membuat sebarang spekulasi dab mendengar maklumat sahih daripada kerajaan, kenapakah dalam kejadian penculikan ini, Najib sendiri memilih menjadi spekulator nombor wahid mengenainya?

Janganlah kerana pesawat hilang, kewarasan dan wibawa seorang Perdana Menteri juga turut hilang sama!! (SH 03/04/2014)


Identiti dan Gambar Pelancong China Diculik di Pulau Singamata Didedahkan

Bapa kepada pelancong warga China yang diculik di sebuah resort di Semporna, Sabah menghubungi Stesen Radio 'Shanghai People' bagi merayu mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa untuk menyelamatkan anaknya.

Beliau berkata, anak perempuannya, Gao Huayun, 29, bekerja di sebuah firma Jepun dan memperoleh keputusan cemerlang dalam pengajiannya.

Beliau pada Rabu menerima surat daripada sebuah universiti di Britain bagi memaklumkan bahawa anak perempuannya diterima masuk menyertai program Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA).

Beliau berkata, Gao berkunjung ke Malaysia bersama rakan-rakan sekuliahnya.

Gao dilaporkan diculik pada kira-kira pukul 10.30 malam Rabu apabila sekumpulan lelaki bersenjata menceroboh masuk ke Singamata Reef Resort.

Mereka turut menculik seorang kakitangan resort warga Filipina.

Menurut stesen radio itu, seorang wanita bernama Xu membuat laporan polis di balai polis daerah Yangpu di Shanghai dengan mendakwa bahawa anak perempuannya diculik di Malaysia. -3/4/14 [Mstar]
Posted by Demo LaNie

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena