Thursday 10 April 2014

Statement Mengejutkan Dari Ustaz Don... Menyusahkan orang! Kalau bodoh jangan jawab soalan-Ustaz Azhar Idrus

Khamis, 10 April 2014
Ustaz Don sokong Dr Muhammad Mursi digulingkan? Anda boleh lihat viedo kuliah beliau dan menilaikan berdasarkan ilmu tuan-tuan. Jikalau tak pasti boleh rujuk dengan para ilmuan...

Published on Apr 3, 2014
Pandangan Ustaz Don mengenai penggulingan Dr Mursi


Published on Apr 6, 2014
Jawapan Ustaz Don Isu Penggulingan Presiden Mursi & Ikhwanul muslimin

Ustaz kata kena tabayyun, tp Ustaz sendiri percaya pd kenyataan Ali Gooma dan menyebarkan... Dimana tabayyun ustaz, kenapa ustaz hanya berpegang pd kenyataan Mufti yg dilantik oleh As-Sisi, sedangkan kita tahu As-Sisi ialah tali barut Israel... Adakah hujjah dr Mufti lantikan Israel lebih dipercayai berbanding hujjah Ulama Ikhwanulmuslimin...??

Video tersebut bukan video sekerat, tp video penuh dr awal ucapan ustaz berkenaan isu Mesir.. Kami tidak berhujjah atas video, tp atas kenyataan ustaz sendiri..

Berkenaan teori Bani Tamim, ustaz tidak menyampai perkara tersebut sbg teori, tp ia disampaikan seolah-olah ianya fakta yg mesti diterima..

Kami masih menanti pendirian Ustaz Don diatas isu Mesir... Jangan berlindung dibelakang pandangan org lain... Kami tulis bukan kerana penakut dsb, tp kami hanya mahu menbetulkan balik salah faham masyarakat terhadap Ikhwan... Fitnah yg ustaz lemparkan terhadap Ikhwan mmg sangat melampau.. Mohon tarik balik fitnah tersebut.
Show less  ·  Translate

5 comments:

Anonymous said...

Bagaimana seseorang itu boleh menggelarkan dirinya 'ustaz' tetapi pada masa yang sama ia menyokong kejahatan seorang Yahudi yang bernama General ‘Abd al-Fattah Al-Sisi menggulingkan kerajaan Presiden Morsi yang telah dipilih oleh rakyat Mesir untuk memerintah Mesir? Al-Sisi telah berjaya menggulingkan kerajaan Mesir yang menyokong Palestin dan meletakkan Mesir di bawah pengaruh Israel dan menindas orang Palestin dan Mesir. Setelah Al-Sisi berjaya menggulingkan Presiden Morsi, Al-Sisi mengarahkan tentera Mesir memutuskan bekalan seperti makanan danubat ke Gaza dan mengepung Gaza supaya orang Palestin Gaza hidup menderita! Laluan bekalan bawah tanah Gaza-Mesir telah dibom oleh tentera Mesir. AL-Sisi juga mengarahkan tentera Mesir membunuh rakyat Mesir yang menentang junta tentera Al-Sisi. Ulama Islam yang amat terkenal Yusuf al-Qaradawi telah membuat fatwa pada 7 hb Julai 2013 iaitu rakyat Mesir wajib mempertahankan hak Morsi sebagai presiden Mesir yang sah dan kerajaan Presiden Morsi yang telah dipilih oleh rakyat.

Latar-belakang General ‘Abd al-Fattah Al-Sisi:
Al-Sisi adalah agen MOSSAD (Israel) yang menetap di Mesir. Ibu Al-Sisi bernama Malikah Titani adalah seorang perempuan Yahudi dari Asefi, Morroco menyebabkan al-Sisi secara automatik menjadi rakyat Israel. Bapa saudara Al-Sisi yang bernama Uri Sibagh ( Sabbagh) telah berkhidmat dalam Liga Pertahanan Yahudi dari 1948 hingga 1950, berhijrah ke Israel dan menjadi orang kanan parti politik Ben Gurion dan berkhidmat sebagai setiausaha Parti Buruh Israel dari 1968 hingga 1981.

Unknown said...

al sisi lantik syeikh ali jumaah jadi mufti balik ka?

Unknown said...

http://pondoktauhid.blogspot.com/2012/05/pertembungan-fatwa-di-medan-tahrir.html

http://pondoktauhid.blogspot.com/2012/05/mempertahankan-dr-ali-jumah.html

Anonymous said...

Saya hairan melihat sebahagian kecil Melayu berfikiran dan bersikap naif (naive) kerana terlalu mendewa-dewakan seorang mufti sehingga takut menegur kesilapan dan kesalahan beliau. Sepatutnya mereka menjadikan Allah dan rasulNya sebagai keutamaan pertama bukan mendewa-dewakan mufti ! Para nabi dan rasul bersifat maksum tetapi mufti bukan nabi maka mufti tidak bersifat maksum! Memang betul ulama adalah pewaris nabi tetapi bagaimana pula jika orang yang menyokong kezaliman dilantik menjadi ulama dan mufti? Pernah dengar istilah ulama suk?

Presiden Morsi dan kerajaannya amat dibenci oleh rejim Amerika, Israel dan NATO kerana: 1. Presiden Morsi cuba membebaskan Mesir dari cengkaman dan penindasan imperialis Zionis-Amerika,
2. Presiden Morsi cuba menegakkan cara hidup Islam di Mesir,
3. Presiden Morsi cuba membentuk kerajaan Mesir yang stabil dan maju,
4. Presiden Morsi memecat pengikut-pengikut Hosni Mubarak yang menjadi agen-agen Amerika dari perkhidmatan kerajaan Mesir
5. Presiden Morsi cuba menjalinkan hubungan baik Mesir dengan Iran kerana rejim Hosni Mubarak yang menjadi anjing Amerika bermusuhan dengan Iran,
6. Presiden Morsi menyokong perjuangan rakyat Palestine untuk mendapatkan hak mereka.

Jika seseorang mufti menyokong pemerintah yang zalim seperti Hosni Mubarak dan membuat fatwa menyokong tindakan seorang general Yahudi yang bernama Abd al-Fattah Al-Sisi menggulingkan Presiden Morsi dan kerajaan Morsi yang sah sedangkan Morsi dan partinya dipilih oleh majoriti rakyat Mesir maka mufti itu tergolong kepada orang yang zalim !

Firman Allah dalam Surah Hud ayat 113:
Maksudnya:
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka(kalau kamu berlaku demikian),api neraka akan membakar kamu,sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah.Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan."

Dalam Musnad Imam al Rubai’ diriwayatkan hadith berikurt, "Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya."

Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya:
Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan.Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (disyurga)dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka,maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga(disyurga). (Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad,al-Bazzar dan al-Tabarani didalam al-Kabir dan al-Ausod.Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)

Fatwa Sheikh Yusuf al-Qaradawi (Presiden Ulama-ulama Antarabangsa):
Tarikh: 08 Julai 2013
Sheikh Yusuf al-Qaradawi has issued a fatwa condemning the army’s removal of Egypt’s elected President Mohamed Morsi and calling on Egyptians to support the Islamist leader. "Their every action is invalid," Qaradawi said in a fatwa posted on his website and cited by Agence France-Presse (AFP). He urged "all parties and political groups in Egypt to support correctness and restore President Morsi to his legitimate post". Source: Fatwa slams Egypt coup , Voice of the Cape, http://vocfm.co.za/index.php/voc/general/item/9802-fatwa-slams-egypt-coup
Terjemahan:
Sheikh Yusuf al-Qaradawi telah membuat fatwa yang mengutuk tentera Mesir yang menggulingkan Presiden Morsi yang telah dipilih oleh rakyat Mesir untuk memerintah Mesir dan menyeru semua rakyat Mesir untuk menyokong pemimpin Islam (Presiden Morsi) itu. "Tindakan junta tentera Mesir adalah tidak sah" kata Qaradawi dalam fatwanya pada laman sesawangnya dan dipetik oleh Agence France-Presse (AFP). Beliau menyeru semua pihak menyokong kebenaran dan mengembalikan jawatan presiden Mesir kepada Morsi.

Unknown said...

Ramai yang tak tahu siapa ikhwan muslimin yang sebenar. Ikhwan Muslim sekarang bukan ikhwan muslimin dulu zaman hassan al bana yang sudah bercampur dengan wahabi dan salafi. Saya bersama ikhwan 7 tahun di mesir, tempat tinggal saya dekat dengan orang ikhwan, saya sudah masak dengan mereka, mereka membenci golongan sufi dan tidak suka. Padahal dulu ikhwan muslimin adalah sufi tetapi bertukar menjadi wahabi apabila pengikut wahabi dan salafi sudah semakin ramai. Anda boleh baca rencana berjudul: "awal sufi akhir khariji"

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena