KALI INI YONG SETUJU DENGAN UTUSAN: MH370 KINI DI AFRIKA?
Kotak hitam sudah sampai ke penghujung hayat...Tapi di mana dia?
Hari ini akhbar lidah rasmi UMNO Utusan Malaysia tidak mengenepikan teori konspirasi CIA sebagai dalang kehilangan MH370. Ini sebahagian daripada tulisan dalam Utusan Malaysia:
FIKIR DI LUAR KOTAK |
Utusan mengajak kita berfikir di luar kotak - melihat apa yang berlaku dalam tragedi 9/11 sebagai perbandingan untuk menguatkan hujah teori konspirasi.
Bagi yang mengikuti blog Yong, tentu perasan, sepatahpun Yong tak sebut teori konspirasi. Paling keras Yong berkata tidak akan bersangka baik 100% kepada gerombolan sekutu Zionist laknatullah, iaitu US, UK dan Australia (baca di sini).
Kenapa Yong tak sebut konspirasi?
Kerana bagi Yong konspirasi itu adalah satu persekongkolan yang melibatkan 3 perbuatan asas (3 basic actions), iaitu:
- Perancangan (Plan)
- Pakatan sulit (Collusion)
- Pengkhianatan (Treason)
Perancangan - kerana konspirasi bukanlah satu tindakan instantaneous. Ia bukan tindakan seorang pilot yang kononnya mahu bunuh diri. Pakatan sulit - kerana ia satu rahsia yang dipegang oleh kumpulan yang bersekongkol. Kumpulan dari sekurang-kurangnya dua pihak; dan pengkhianatan - kerana konspirasi tidak akan berlaku tanpa adanya kerjasama dari orang dalam, sama ada di peringkat perancangan atau logistik.
Ini bermakna US tidak mungkin dapat menjayakan apa yang dinamakan konspirasi ini tanpa ada yang membuka pintu untuk memberi peluang kepadanya. Seperti contoh yang diberi oleh Utusan - tanpa adanya "sokongan" dari CIA, "bagaimana jurukamera CNN mendapat shot dari pelbagai sudut menara WTC ketika dirempuh oleh pesawat? Serangan berlaku dalam masa "hanya beberapa saat" tetapi CNN sempat merakamkan dari pelbagai arah. Wah, sungguh luar biasa."
Teori konspirasi ini amat pahit untuk ditelan...
Yong mahu bersangka baik, bahawa tiada pengkhianatan yang berlaku... Sebab itulah Yong tidak mahu menyebut konspirasi.
Walau bagaimanapun, memandangkan berbagai-bagai hujah telah dibentang di media sosial berkaitan kehilangan MH370 termasuk mesej Phillip Wood yang didakwa dikirim dari Diego Garcia, maka teori konspirasi terus menjadi tanda-tanya utama. Lebih-lebih lagi sekarang Utusan Malaysia juga turut melompat naik ke atas kereta muzik (jump on the bandwagon).
Jika kita lihat peta di bawah ini jelas menunjukkan wujudnya skop yang menghadkan kebarangkalian hala penerbangan MH370. Peta ini sengaja mengeluarkan Diego Garcia dari kawasan kemungkinan pendaratan MH370.
Adakah pakar-pakar antarabangsa (US, UK dan Australia) sengaja misled (mengelirukan) kerajaan Malaysia?
Setakat ini tiada apa yang ditemui di Lautan Hindi Selatan, kecuali sampah sarap...
PETA PENCARIAN YANG CACAT |
Berdasarkan maklumat dari nelayan Maldives yang dikatakan melihat pesawat berjalur merah biru, terbang rendah, kita patut berfikir - mungkinkah itu MH370? Ia tidak mendarat di lapangan terbang Male, ibu kota Maldives. Jadi, kemana perginya?
Kemungkinan besar ia mendarat di pengkalan tentera British dan US di Diego Garcia yang hanya 741 km dari Maldives.
Kemungkinan besar ia mendarat di pengkalan tentera British dan US di Diego Garcia yang hanya 741 km dari Maldives.
Kalau mesej Phillip Wood itu benar, apa lagi yang boleh menghalang US dari menukar ID dan signature pesawat itu, mengisi minyak dan membawanya untuk disorok di Afrika?
Kenapa ada "ping" di Lautan Hindi Selatan?
Alahai...syarikat dari negara manakah Inmarsat itu?
Kenapa ada "ping" di Lautan Hindi Selatan?
Alahai...syarikat dari negara manakah Inmarsat itu?
Sebenarnya kami sudah lama berfikir di luar kotak.
Video ini menghuraikan salah satu dari teori konspirasi yang melibatkan US. Kalau belum tengok, dipersilakan. Lepas itu nilaikan sendiri.
Jika teori konspirasi ini benar, celakalah si pengkhianat itu.
Kami sayang negara ini.
http://www.africanspotlight.com/2014/03/18/missing-malaysia-airlines-mh370-satellite-image-showing-white-painted-plane-emerges-photos/
http://my.firedoglake.com/mason/2014/03/14/was-malaysia-airlines-flight-mh-370-hijacked-and-hidden/
http://www.motherjones.com/politics/2013/09/us-military-bases-africa
http://www.washingtonpost.com/world/national-security/us-expands-secret-intelligence-operations-in-africa/2012/06/13/gJQAHyvAbV_story.html
http://www.aljazeera.com/news/asia-pacific/2014/04/ships-race-time-find-mh370-black-boxes-20144491214281588.html
http://www.ibtimes.com/malaysia-airlines-flight-spotted-maldives-examining-latest-theory-mh370-1562221
Kami sayang negara ini.
Berikut adalah link yang menarik mengenai kemungkinan teori konspirasi. Bacalah, cerakin dan buat penilaian secara kritis dan fikir di luar kotak:
http://www.africanspotlight.com/2014/03/18/missing-malaysia-airlines-mh370-satellite-image-showing-white-painted-plane-emerges-photos/
http://my.firedoglake.com/mason/2014/03/14/was-malaysia-airlines-flight-mh-370-hijacked-and-hidden/
http://www.motherjones.com/politics/2013/09/us-military-bases-africa
http://www.washingtonpost.com/world/national-security/us-expands-secret-intelligence-operations-in-africa/2012/06/13/gJQAHyvAbV_story.html
http://www.aljazeera.com/news/asia-pacific/2014/04/ships-race-time-find-mh370-black-boxes-20144491214281588.html
http://www.ibtimes.com/malaysia-airlines-flight-spotted-maldives-examining-latest-theory-mh370-1562221
https://www.metabunk.org/threads/debunked-mh370-passenger-philip-wood-sends-photo-text-from-diego-garcia-fake-exif-gps-data.3397/
http://www.jimstonefreelance.com/phillipwood.html
http://www.jimstonefreelance.com/phillipwood.html
0 comments:
Post a Comment