Monday, 12 May 2014

Darul Runtuh: Mat Said asyik dengan zoonya di Bukit Takal...Razif angkat sumpah, sah MB ke 9

Selasa, 13 Mei 2014

Ahmad Razif Angkat Sumpah MB Terengganu Ke-9 

IBU SEGALA KERUNTUHAN


Bermula keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan kemudian Pasar ,Masjid,Dewan Komputer,Jambatan,Sekolah dan kini pelengkap segala keruntuhan adalah"runtuhnya"pemerintahan Mat Said.

Mat Said bermula dengan aksi samsengnya di DUN dengan mengajak ADUN Wakaf Mempelam "bergocoh".

Selepas bergaduh dengan Deris Jusoh atas jawatan MB,Mat Said "berlembut" dengan PAS.Sanggup berikan dewan di Kemaman untuk program PAS. Sanggup ke kandang kambing arwah Ustaz Harun Taib.

Biasalah dalam "peperangan " dengan Deris Jusoh,Mat Said hulur tangan persahabatan buat PAS.

Selepas dipilih jadi MB bagi penggal keduanya walaupun tanpa kuasa majoriti 2/3, Mat Said mula kembali semula kepada aksi samsengnya.

Dalam program pasca PRU 13,Mat Said mula tunjukkan lagak samsengnya kepada PAS dengan menarik kemudahan di DUN yang dikuasai oleh PAS dan PKR.

Ucapannya mula mengkritik  dan menghina PAS. Menolak amalan demokrasi.

Kini Mat Said tiada jawatan MB.Barangkali beliau ke Kutub Utara awal tahun ini untuk cari kerja di sana.Beliau tahu tempoh MB beliau sudah di penghujung senja.Mampukan Mat Said duduk di benua sejuk itu untuk jaga Beruang Kutub?

Jika tidak mampu,Mat Said elok berbakti di bumi sendiri,Zoo Bukit Tangkal amat memerlukan khidmat beliau.Beruang di sana lebih jinak berbanding Beruang kutub!

Apapun, kita tabik kepada Mat Said kerana patuh perjanjian yang dibuat selepas PRU 13.

Kini MB Terengganu berpindah dari Daerah Kemaman ke Kuala Nerus.Moga Stadium Runtuh bakal dibaiki segera oleh MB baru.Ini kerana stadium itu terletak di kawasan MB baru.

Mat Said kurang peduli kerana beliau asyik dengan zoonya di Bukit Takal.

Ahmad Razif angkat sumpah, sah MB ke 9 Terengganu

 
 Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu di Istana Syarqiyyah di Kuala Terengganu, malam ini. - Foto Bernama
KUALA TERENGGANU - Pengerusi Jawatankuasa Sains,  Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said.
  
Razif, 49, mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di sini pada 9.18 malam.
  
Razif, lulusan Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari  Universiti Putra Malaysia, pernah menyandang jawatan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia.
  
Beliau juga menjadi Ketua Penerangan Umno Terengganu pada penggal lepas.
  
Ketika ditemui pemberita, Razif berkata beliau bersyukur kerana majlis  peralihan kuasa kerajaan negeri berjalan dengan lancar.

Beliau turut memberi jaminan akan meneruskan perancangan yang dibuat Ahmad.
  
"Segala perancangan program untuk kebaikan rakyat, kita akan  teruskan. Saya berterima kasih kepada Datuk Seri Ahmad Said yang banyak mengajar saya.
    
"Banyak pengalaman bersama beliau yang boleh saya guna untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab saya," katanya.
  
Razif yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus pernah menjadi  Pengerusi Biro Pendidikan Umno Bahagian Kuala Nerus dari 2008 hingga 2013.
  
Beliau menjadi Adun Seberang Takir selepas  memenangi pilihan raya umum ke-12 pada 2008 dan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum 2013.

Razif, yang mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Halina Zakaria, dikurniakan empat cahaya mata.
  
Sementara itum, Ahmad pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada 23 Mac 2008 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 9 Mei tahun lepas.
   
Antara Menteri Besar Terengganu sejak 1959 ialah Mohd Daud Abdul  Samad dari PAS (1959-1960), Tan Sri Ibrahim Fikri Mohamad dari Umno (1960-1970),

Datuk Mahmood Sulaiman dari Umno (1970-1971), Datuk Nik Hassan Wan Abdul Rahman  dari Umno (1971-1974), Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dari Umno (1974-1999), Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari PAS (1999-2004), Datuk Seri Idris Jusoh dari Umno (2004-2008) dan Datuk Seri Ahmad Said dari Umno (2008-2014)

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena