DYAM Raja Yang Dipertuan Jajahan Hilir Perak
Raja Yang Di Pertuan Jajahan Di Hilir Perak |
Duli Yang Amat Mulia Raja Dato' Seri Ja'afar Ibni Raja Muda Musa di puterakan pada 26 September 1941 dan mendapat pendidikan di Anderson School, Ipoh; kemudian melanjutan pengajian di Universiti Malaya dan mendapat ijazah BA pada tahun 1965.
Tuanku menyertai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1966 dan berkhidmat di Pejabat Daerah dan Tanah sehingga tahun 1971. Tuanku kemudian menamatkan pengajian pascasiswazah dalam Sarjana Pentadbiran Awam di Universiti Cornell, Ithaca NY, pada tahun 1975.
Tuanku dilantik menjadi Waris Negeri Kanan Negeri Perak iaitu Raja Kechil Tengah pada 13 Feb 1984, Raja Kechil Sulong (1998) dan dilantik menjadi menjadi Bakal Sultan bergelar Raja Di Hilir Perak pada 10 Mac 1998 selepas kemangkatan DYAM Raja Ahmad Hisham bin Raja Abdul Malik.
Tuanku menyertai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada tahun 1966 dan berkhidmat di Pejabat Daerah dan Tanah sehingga tahun 1971. Tuanku kemudian menamatkan pengajian pascasiswazah dalam Sarjana Pentadbiran Awam di Universiti Cornell, Ithaca NY, pada tahun 1975.
Tuanku dilantik menjadi Waris Negeri Kanan Negeri Perak iaitu Raja Kechil Tengah pada 13 Feb 1984, Raja Kechil Sulong (1998) dan dilantik menjadi menjadi Bakal Sultan bergelar Raja Di Hilir Perak pada 10 Mac 1998 selepas kemangkatan DYAM Raja Ahmad Hisham bin Raja Abdul Malik.
Tuanku bersurikan DYAM Raja Dato' Seri Nor Mahani Binti Raja Haji Shahar Shah.
Tuanku kemudiannya kembali ke Malaysia dan menyertai Perkhidmatan Awam Malaysia, berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri (1976-1979), Kementerian Pendidikan (1979-1984), Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (1985-1989), Kementerian Pertahanan (1989-1995) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (1995-1996).
Foto dari Sembangkuala.com |
Masa lapang Tuanku di isi melalui minat Tuanku seperti bacaan bahan sejarah termasuk negeri Perak, sukan golf, muzik dan permainan pesawat kawalan jauh.
Tuanku ketika merasmikan suatu majlis dibawah pengelolaan Polis DiRaja Malaysia |
Perkongsian ilmu sepintas lalu berhubung Bakal-bakal Sultan yang ada pada masa dahulu adalah : -
- Raja Muda - Raja Bendahara - Raja DiHilir
Walau bagaimanapun, gelaran Raja Bendahara sebagai Bakal Sultan telah pun dihapuskan dan dimansuhkan.
Dengan itu, Bakal-Bakal Sultan pada masa kini adalah : -
- Raja Muda - Raja DiHilir
Walau bagaimanapun, gelaran Raja Bendahara sebagai Bakal Sultan telah pun dihapuskan dan dimansuhkan.
Dengan itu, Bakal-Bakal Sultan pada masa kini adalah : -
- Raja Muda - Raja DiHilir
Gelaran Bakal Sultan meletakkan satu jata yang di kongsikan oleh Tuanku Raja Muda Perak bersama Tuanku Raja Di Hilir Perak namun bendera berlainan.
Jata Bakal-Bakal Sultan |
Bendera DYAM Raja Di Hilir Perak |
Pemilihan dan perlantikan seseorang Sultan atau Raja Pemerintah dan juga lain-lain gelaran dalam hirarki sistem bergelara ataupun dalam ertikata lain kenaikan pangkat dari Raja Kechil Bongsu sehingga ke Raja Muda mengikut peruntukan undang-undang yang termaktub di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Yang Kedua. Perlu di nyatakan di sini tentang wujudnya satu badan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (perenggan 3.6) yang di kenali sebagai “Dewan Negara”.
Badan yang memainkan peranan penting dalam melaksanakan proses pemilihan dan perlantikan Sultan atau Raja Pemerintah dan lain-lain gelaran dalam hirarki yang tersebut di atas itu.
b) Peruntukan Bagi Perlantikan Bakal-Bakal Sultan “Fasal XXX : Maka dari antara mereka yang harus di pilih sebagai Raja Pemerintah mengikut tertib yang di tetapkan dalam fasal-fasal VII dan VIII itu, hendaklah di pilih dan di lantik tiga orang Bakal Sultan oleh Raja Pemerintah itu dengan nasihat Dewan Negara”.
Keunikan Sistem Pewarisan Takhta Singgahsana Negeri Perak sangat unik untuk meletak sama ada Raja Di Hilir Perak mahupun Raja Muda Perak sebagai Paduka Seri Sultan Perak yang akan menaungi rakyat negeri Perak.
Kenaikkan Raja Muda sebagai Paduka Seri Sultan tidak dapat dipastikan kerna Sistem yang unik ini menyatakan Bakal-Bakal Sultan boleh di pilih oleh Dewan Negara bagi dilantik sebagai Paduka Seri Sultan Perak.
Cebisan riwayat Gelaran Raja Yang Di Pertuan Jajahan Di Hilir Perak.
Diriwayatkan Sultan Mahmud Iskandar Shah (1653-1720) bertitah kepada anak adindanya, Raja Muzaffar (Inu), untuk pergi memerintah di muara-muara Sungai Perak, Sungai Bernam dan Sungai Besar, iaitu jajahan hilir Perak yang cuma disebut ‘Bernam’. Paduka Raja Muzaffar itu kemudiannya dipangkatkan sebagai Raja Di-Bernam. Kemudiannya Raja Di-Bernam Muzaffar diangkat sebagai Yang Di-Pertuan Sultan Perak ke-13, iaitu Paduka Seri Sultan Muzaffar Shah III (1728-1754).
Notakaki :-
Almarhum Paduka Seri Sultan Abdul Aziz Mu’tassim Billah Shah Ibni Almarhum Raja Muda Musa I yakni Nenda kepada Tuanku Raja Di Hilir yang menaiki Takhta Singgahsana Negeri Perak 17 October 1938 telah membuat satu tradisi yakni meletakkan anakanda sulung baginda sebagai Raja Kechil Bongsu Perak sehingga menjadi satu kelaziman mana-mana Paduka Seri Sultan Perak yang menaiki takhta singgahsana negeri perak meletakkan putera sulung ke gelaran tersebut.
Sebagai Contoh : Almarhum Sultan Yusuf meletakkan Raja Ekram, Almarhum Paduka Seri Sultan Idris Shah meletakkan Raja Izuddin Iskandar Shah.
Sumber :
- Sembangkuala
- M.A. Fawzi Basri. Cempaka Sari: Sejarah Kesultanan Negeri Perak. 1986.
- Portal Raja Kita Negeri Perak
Rujukan
- YM Raja Kobat Salahuddin Ibni Raja Muda Musa.
1 comments:
Tanah dapat 999 tahun? Ada ladang sawit untuk sekolah? Lu tukar JKKK dan pegawai Mesjid je, kemudian pi tutup Dewan Orang Ramai dari digunakan rakyat yang berpolitik UMNO, seterusnya tingkatkan ceramah-ceramah Umum.... hentam UMNO.. Salute DAP Perak... untuk bangsanya 999 tahun kampung Baru makin cantik... Ipoh pun berubah.
Post a Comment