Monday 19 May 2014

Salahudin ketuai jentera PAS di Tk Intan...Mat Sabu di Tasik Gelugor...'menghapus politik perkauman'

Isnin. 19 Mei 2014

Salahudin Ayub ketuai jentera PAS di Teluk Intan

HARAKAHDAILY | .


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Salahudin Ayub akan mengetuai jentera PAS bagi membantu kempen DAP berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, 31 Mei ini.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily hari ini.

"Beliau juga akan dibantu oleh jentera PAS Perak yang diketuai Pesuruhjaya (PAS Perak), Razman Zakaria.

"PAS akan memastikan calon Pakatan Rakyat daripada DAP menang pada PRK ini," katanya.

Sementara itu, hari ini berlangsungnya penamaan calon bagi PRK tersebut.

DAP mempertaruhkan Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Dyana Sofia Mohd Daud sebagai calon mereka.

Sebelum ini, bagi PRK Bukit Gelugor pula, PAS telah melantik timbalan presidennya Mohamad Sabu bagi mengetuai jentera PAS dengan dibantu jentera PAS Pulau Pinang.




0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena