Tuesday, 9 September 2014

[Video] HASUT lancar kempen ‘PM Mungkir Janji’

Selasa, 9 September 2014



Anak muda lancar ‘Hasut’, tuntut janji PM mansuh Akta Hasutan

(Oleh Azuan Ab Rahman)
KUALA LUMPUR 9 SEPT: Sebelas kumpulan anak muda melancarkan Gerakan Anak Muda Hapuskan Akta Hasutan (Hasut) dengan tema ‘PM Mungkir Janji’.
Mereka kecewa kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak memenuhi janji untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948.
Malah Kerajaan Barisan Nasional semakin galak menggunakan akta itu  bagi menyekat suara rakyat.
Adam“Malangnya, Akta Hasutan kini disasarkan kepada mereka yang lantang mengkritik kerajaan tidak mengenal ahli politik atau sesiapa.
“Ahli akademik, wartawan bahkan aktivis sosial dalam kalangan anak muda turut menjadi buruan, padahal banyak kes-kes yang menimbulkan
huru-hara dan menyentuh soal politik perkauman tidak diendahkan oleh pejabat Peguam Negara.
“Kelihatanya kami langsung tiada hak dan ruang untuk mengkritik kerajaan,” tegas aktivis mahasiswa, Safwan Anang yang juga
Pengarah Eksekutif Lensa Anak Muda Malaysia pada sidang media pelancaran Hasut di ibu negara hari ini.
10 lagi yang menganggotai Hasut adalah Solidariti Anak Muda Malaysia, Kelab Bangsar Utama, Angkatan Pembebasan Bangsa Malaysia, Geng
Kotak, Solidariti Mahasiswa Malaysia, Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Malaysia Youth and Student Democratic Movement,
Mahasiswa Keadilan Malaysia, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia dan Pro Mahasiswa Nasional.
Kumpulan itu menegaskan, masyarakat sekarang sudah lebih memahami soal tanggungjawab dalam sebuah negara demokrasi, justeru
akta berusia 64 tahun itu wajar dimansuhkan.
Mereka juga menuntut tiga desakan yang dipersetujui bersama.
Pertama, mereka mahu Perdana Menteri menunaikan janji pada Julai 2012 untuk menghapuskan Akta Hasutan.
Kedua, menggugurkan semua pertuduhan dan siasatan yang dibuat terhadap mangsa mengikut akta tersebut.
Dan terakhir, tiada akta baru diperkenalkan bagi menggantikan Akta Hasutan yang dihapuskan.
Selain itu, bagi merancakkan kempen ‘Hasut’, mereka turut merancang untuk memberi pendidikan langsung kepada masyarakat mengenai
perlunya akta tersebut dihapuskan dengan menjelajah sekitar Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam dalam program yang dinamakan
#jalanjalanhasut pada 16 September ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62877

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena