Malaysia, Australia akan sumbang AU$60 juta untuk kesan pesawat MH370
Presiden Australia Tony Abbott menyatakan komitmen untuk menyumbang AU$60 juta (RM180 juta) dalam usaha mengesan lokasi pesawat MH370 dengan menggunakan teknologi paling canggih yang ada pada sidang media di Putrajaya, hari ini. – Gambar Reuters, 6 September, 2014.
Malaysia dan Australia menyatakan komitmen untuk masing-masing menyumbang AU$60 juta (RM180 juta) dalam usaha untuk mengesan lokasi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dipercayai "berakhir" di selatan Lautan Hindi pada 8 Mac.
Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata sumbangan itu adalah sebahagian daripada fasa baharu pencarian di dasar laut bagi pesawat itu di kawasan terpencil lautan itu.
"Ia akan menggunakan teknologi paling canggih yang ada," katanya dalam sidang media bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di pejabat perdana menteri Malaysia itu di Putrajaya hari ini.
Abbott sedang mengadakan lawatan rasmi sehari di Malaysia pada Sabtu untuk membincangkan isu dua hala termasuk isu kehilangan pesawat MAS Penerbangan MH370 dan Penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai dan kerjasama perdagangan.
Penerbangan MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal. Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui walaupun pencarian besar-besaran telah dilakukan di selatan Lautan Hindi, berhampiran Perth, tempat pesawat itu dipercayai berakhir. Usaha untuk mencari pesawat itu masih berterusan.
Abbott berkata Australia berhasrat untuk membina memorial atau tugu peringatan di kawasan pantai barat Australia sebagai tanda penghormatan terhadap penumpang dan anak kapal MH370.
"Tetapi ia perlu mendapat persetujuan kerajaan Malaysia dan keluarga (penumpang dan anak kapal)," katanya.
Sementara itu, Najib berkata pada mesyuarat itu, beliau dan Abbott mengulangi komitmen dan sokongan tidak berbelah-bahagi untuk meneruskan misi pencarian pesawat itu.
Beliau berkata mereka berdua juga sedar dan mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga penumpang dan anak kapal MH370 untuk mencari jawapannya.
Najib juga merakamkan penghargaan, bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap peranan kerajaan Australia yang menerajui misi itu, termasuk sokongan dan sumber yang dihulurkan dalam misi pencarian pesawat MH370 yang amat rumit dan mencabar.
"Dalam soal ini, kami mengambil perhatian pemeteraian MoU (memorandum persefahaman) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Australia, berkaitan MH370, yang menyediakan rangka kerja dan ruang lingkup lebih luas bagi kerjasama dalam misi pencarian MH370," katanya. - Bernama, 6 September, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-australia-akan-sumbang-au60-juta-untuk-kesan-pesawat-mh370#sthash.FmKN3Jha.dpuf

TRAGEDI PESAWAT - MH370 TIDAK PERLU SIDANG KHAS PARLIMEN, MH17 BOLEH PULA?
TAKZIAH kepada semua waris yang terlibat di dalam tragedi pesawat MH17. Samada pesawat itu ditembak jatuh atau terhempas, yang pastinya harapan untuk kita melihat walaupun seorang dari penghuni pesawat malang itu masih bernyawa terlalu tipis.
Malam tadi Najib muncul di kaca TV. Menyuarakan rasa sedih teramat beliau. Samada memang benar beliau teramat sedih atau merasa serik mahu pun bermuhasabah, biarkan saja. Rakyat sudah naik pelik dengan bermacam-macam perkara yang berlaku di era Najib. Tetapi ada yang menyatakan ini semua ujian buat kepimpinan hebat Najib. Jika begitu, tentu akan ada lagi ujian untuk Najib selepas ini. Cuma, kita mesti terus berdoa agar cukup-cukuplah apa yang telah terjadi. Biarlah pencacai penyanjung Najib terus mengampu dan membodek pemimpin yang dapat sokongan 47% itu.
Najib muncul dikaca TV menyatakan akan memanggil Sidang Khas Parlimen berkaitan tragedi MH17 ini dan akan usulkan kutukan buat pihak yang membuat angkara sehingga terjadinya tragedi malang ini. Siasatan mungkin telah bermula atau baru saja bermula, itu tidak pasti. Ertinya, Parlimen memang harus bersidang untuk tragedi besar ini.
Peliknya, sewaktu Pakatan Rakyat mahu usulkan Sidang Khas Parlimen bagi membahaskan tragedi MH370 yang 'berakhir' di lautan Hindi empat bulan yang lalu, mengapa Najib enggan adakan sidang khas? Alasan kononnya tragedi itu di dalam siasatan. Tetapi bukankah tragedi MH17 ini juga sedang disiasat? Mengapa Najib mahu panggil sidang khas parlimen? Tentu ada sebab musababnya.
Kedahlanie.

0 comments:
Post a Comment