Friday, 10 October 2014

Berita buruk untuk penoreh getah 'sekerap'...10sen ke akaun Risda & 4sen potongan Ses/cess per/kg. Potong tetap potong!

Jumaat, 10 Oktober 2014
Desak harga lantai getah $4.00/kg


Harakahdaily melaporkan:
Kerajaan mungkin tidak akan membuat penetapan harga lantai getah, biarpun perkara itu sangat diharapkan oleh seluruh pekebun-pekebun getah yang kini menderita dengan kejatuhan harga komoditi itu.

Perkara itu dibayangkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat semalam. - Hrkh.
Malangnya nasih rakyat bawahan macam penoreh getah ni, permintaan depa yang cukup 'simple' minta kerajaan tetapkan harga lantai pun kerajaan tak mau dengar.

Bukan setakat tak mau dengar, bagi pulak alasan yang tak munasabah. Awat kerajaan ingat penoreh getah bodoh sangat ka bagi alasan tak konon takmau jadi macam Thailand yang 'bermasalah'.

Harakahdaily juga melaporkan:

Menteri itu berkata, pihak kerajaan sukar menentukan harga lantai yang dibimbangi akan mendatangkan banyak masalah lain seperti yang berlaku di Thailand selepas kerajaan negara jiran itu membuat penetapan harga lantai padi. - Ibid.
Sangat tak logik lagi bangang bagi alasan akibat harga lantai padi di Thailand yang kononnya jadi 'punca masalah lain' di Thailand sedangkan realitinya di Malaysia dah lama kerajaan tetapkan harga lantai padi takdak pun dengar dikaitkan dengan punca masalah lain di Malaysia.

Utusan pada 4 November 2011 melaporkan:

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi jaminan bahawa padi akan dibeli dengan harga minimum RM750 setan walaupun harga pasarannya adalah lebih rendah daripada itu.

Menterinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, selain harga minimum itu, kerajaan juga memberikan subsidi sebanyak RM248 bagi setiap tan padi yang dibeli. - Utusan.
Pesawah bukan setakat dapat harga lantai padi tapi depa jugak dapat subsidi sedangkan penoreh cuma minta harga lantai getah kerajaan bagi alasan bangang. Dah la tak dapat harga lantai, untuk setiap kg dipotong pulak macam-macam.

Aku pun tak berapa nak faham isu potongan ni, kat bawah ni aku salin tampal status sorang member penoreh.





Bidaah dn Penoreh Getah (Part1)

#Realitinya:
1. Setiap kg getah yg dihasilkan, sebanyak 4sen potongan Ses/cess ditolak masuk ke akaun LGM utk tujuan R&D.
2. 10sen setiap kg lagi ditolak ke akaun Risda utk tujuan replanting
3. Maka sejumlah 14sen telahpun ditolak sebelum getah ditoreh lgi. Dan selepas getah ditoreh, kos proses dn commissions dealer juga ditanggung oleh penoreh pada kadar minimum $1.40/kg bergantung kpd kecekapan dn lokasi kilang.
#hakikatnya semua tolakan kos ini tetap, waima harga naik atau jatuh merudum, potong tetap potong...

Bila ada suara2 yg kata penoreh getah hanya tahu meminta2 bila harga merudum dn tiada tabungan dlm cashflow, itu adalah BIDAAH.....

Desak harga lantai getah $4.00/kg

Gen2.0
 

Apa pun, kepada kawan-kawan penoreh getah, jangan sangka hangpa saja yang perlu ikat perut tapi rupa-rupanya selama ni Ahli arlimen pun terpaksa 'ikat perut' cuma bezanya depa boleh naikkan sendiri elaun depa supaya tak perlu ikat perut tapi hangpa terpaksa terima apa saja harga yang peraih tawarkan.

Harakahdaily juga melaporkan:

Sebaliknya kata Ahli Parlimen Betong itu, kerajaan kan cuba mencari kaedah lain bagi meyelesaikan masalah itu.

"Bagi kita, mungkin kita tidak tetapkan harga laintai, tapi kita mencari cara untuk tentukan agar pendapatan petani tidak turun begitu rendah apabila harga getah jatuh," kata beliau. - Ibid.
Aku tak pasti berapa 'harga rengah' yang menteri tu maksudkan. Mungkin harga getah sekarang tak cukup rendah lagi. Lagi satu, taktau la bila kerajaan nak jumpa 'kaedah lain' tu. 

Mungkin kut kerajaan tunggu sampai ada penoreh getah yang 'syahid' kebuluran kut baru kerajaan nak tetapkan 'harga lantai getah' ataupun jumpa 'kaedah lain' tu.

Cenangau D'kari
Gangguan Sekerap!...




0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena