Tuesday 7 October 2014

Harga Sekerap Jatuh Merudum...JAWAPAN PELIK DARI MENTERI ALBODEKI..

Selasa, 7 September 2014


PENOREH MAHU SUBSIDI HARGA GETAH, JANGAN HARAPLAH DASAR KERAJAAN MAHU HAPUSKAN SUBSIDI!

Penoreh mahu subsidi harga getah


ALOR SETAR - Persatuan Pengusaha dan Penoreh Getah (Pergetah) Kedah mencadangkan agar Perdana Menteri mengumumkan satu mekanisme terbaik membantu penoreh pada pembentangan bajet, Jumaat ini, dengan mewujudkan subsidi harga getah seperti harga diesel/petrol/gula dalam memulihkan harga getah yang semakin merudum.

Pengerusinya, Mohd Taufik Yaakub berkata, kemelut kejatuhan harga getah sudah lama diadukan, namun tiada usaha yang berjaya memulihkan harga komoditi itu sehingga kini, malah harganya dijangka jatuh lagi kepada RM1.20 sen/kg, berbanding terkini, RM1.50 sen/kg.


“Golongan penoreh harap ada kejutan buat mereka pada bajet kali ini, mereka mahukan jalan penyelesaian jangka panjang untuk stabilkan harga getah di pasaran, bukan saguhati yang hanya boleh meringankan beban dalam tempoh singkat,” katanya.

Menurutnya, pengurangan subsidi petrol/diesel baru-baru ini boleh disalurkan kepada dana untuk menstabilkan harga komoditi getah, agar kembali pada paras selesa, sekurang-kurangnya RM3.50-RM4.50/kg (harga lantai).

“Jika kerajaan dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) tidak sepakat dengan negara-negara pengeluar getah Asia untuk mewujudkan stok penimbal bagi menstabil dan mengawal harga pasaran getah dunia, masalah ini tidak akan selesai,” katanya.

Mohd Taufik berkata, kerajaan juga disaran mengkaji semula cukai ses untuk mengurangkan beban penoreh.

“Setiap sekilogram getah menyumbang cukai ses sebanyak 14 sen kepada kerajaan. 10 sen disalurkan kepada Risda bagi tanaman semula dan 4 sen kepada LGM untuk penyelidikan. Kadarnya wajar dikaji atau mansuhkan,” katanya.

Menurutnya, biarpun harga getah bukan dikawal secara langsung oleh kerajaan atau LGM, sebaliknya oleh pengilang, pelabur serta pasaran luar, kerajaan tidak boleh lepas tangan memantau serta membantu menstabilkan harga di pasaran.

“Pergetah kesal kerana masih tiada jalan penyelesaian berhubung kemelut ini walaupun sesi dialog kerap diadakan bersama LGM. Harap akan ada strategi berkesan dalam masa terdekat,” katanya.

Mengulas mengenai kenaikan harga petrol/diesel sama ada membebankan lagi bebanan penoreh, Mohd Taufik berkata, kenaikan itu tidak memberi kesan besar terhadap golongan itu kerana penggunaan petrol/diesel seharian sekitar RM5 hingga RM10, untuk pengangkutan.

“Yang dibimbangkan ialah berlaku kenaikan harga barangan dan perkhidmatan rentetan daripada kenaikan itu. Sudahlah harga barang naik, harga getah pula merudum, tidak mustahil penoreh terpaksa ikat perut untuk berjimat,” katanya.

Sabtu lalu, lebih 500 penoreh getah di Kampung Lanai, Baling, mendakwa hanya mampu memperoleh pendapatan sekitar RM100 hingga RM200 sebulan berikutan penurunan harga getah sekerap. Difahamkan, harga getah di kawasan itu dijual antara RM1.70 hingga RM1.80 setiap kilogram (kg), berbanding sebelum ini, antara RM2 ke atas.

Mereka merayu agar kerajaan prihatin dan bantu menaikkan kembali harga getah di pasaran, berikutan dihimpit keperitan hidup, dengan bebanan kos sara hidup malah tidak lagi mampu memberi anak duit belanja ke sekolah. ~SH

JANGAN HARAPLAH KERAJAAN NAK BAGI SUBSIDI....
SUBSIDI YANG ADA SEMUANYA NAK DITARIK....
TUNGGULAH JAWAPAN PELIK DARI MENTERI ALBODEKI........

Kedahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena