Koleksi Gambar Himpunan Bantah Kenaikan Minyak, GST Di Parlimen
Kira-kira 100 orang berhimpun di depan bangunan Parlimen untuk membantah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula April tahun depan.
Demonstrasi PROTES itu disertai antaranya Pemuda PAS Malaysia bersama dengan PSM, aktivis NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan kumpulan Asal Bukan Umno yang berhimpun di luar pintu masuk bangunan itu.
Terdapat di antara peserta memakai baju berwarna merah sambil melaungkan "bantah GST", "Mansuh GST" dan "Kadar miskin tegar bertambah".
Seramai tujuh orang wakil dibenarkan masuk ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan kenaikkan harga petrol dan diesel sebanyak RM0.20 baru-baru ini. ~malaysiakini
0 comments:
Post a Comment