Saturday, 11 October 2014

Najib! Tumpu kadar upah, bukan BR1M...Majlis Tindakan Ekonomi Melayu

Sabtu, 11 Oktober 2014

MTEM : BELANJAWAN 2015 HANYA NAMPAK MANIS TAPI BANYAK KEKURANGANNYA

MTEM: Sepatutnya tumpu kadar upah, bukan BR1M
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) bimbang tentang peningkatan jumlah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dalam Belanjawan 2015.

Menurutnya Pengarah Penyelidikan MTEM, Azlan Awang, belanjawan ini menggembirakan namun ia tidak membantu menangani masalah sebenar iaitu kadar gaji rakyat yang rendah.

"Ia belanjwan yang manis namun ia tidak cukup (untuk tangani masalah asas). Ia semuanya tentang pemberian bantuan," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Azlan, beliau mengharapkan belanjawan ini dapat menawarkan penyelesaian kepada kadar upah dan pendapatan rakyat agar ia berkembang sejajar dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

"Sepatutnya ada fokus terhadap upah dan pendapatan isi rumah. Patut wujud pelan bersepadu untuk meningkatkan gaji.

"Buat masa sekarang kadar pertumbuhan barangan dan perkhidmatan melampaui kadar pertumbuhan upah.

"Kita perlu sedar kebanyakan pendapatan isi rumah adalah daripada upah dan gaji," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2015 semalam mengumumkan kenaikan pemberian bantuan BR1M dari RM650 kepada RM950 untuk isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.

Ia akan dibayar sebanyak tiga kali setahun, iaitu RM300 pada Januari dan Mei; manakala baki sebanyak RM350 akan dibayar pada bulan September.

Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 pula akan menerima BR1M sebanyak RM750 berbanding RM450 sebelum ini.

Ia juga akan dibayar sebanyak tiga kali, iaitu RM200 akan dibayar pada Januari dan Mei, manakala bakinya RM350 dibayar mulai September 2015.

Bagi kategori individu bujang berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, kerajaan meningkatkan nilai BR1M daripada RM300 kepada RM350.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Mohd Nizam Mashar pula sangsi dengan bantuan RM200 sebulan untuk mengurangkan bebanan ansuran perumahan.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya menangani masalah pasaran rumah yang bersifat spekulatif.

Belanjawan 2015 tadi memperuntukkan pemberian bantuan sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh dua tahun pertama bagi mengurangkan beban ansuran bulanan pinjaman perumahan.

Ia turut mengandungi pengecualian sebanyak 50 peratus duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman.

"RM200 sebulan itu bunyinya seperti kita mensubsidi pemaju dan bukan menangani masalah pasaran rumah yang spekulatif," katanya.

Justeru, beliau menyeru agar kerajaan mengambil langkah tertentu untuk menangani masalah itu.
Kedahkini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena