Saturday, 11 October 2014

Satira 20sen: TURUN, Gamis & Pemuda PAS Bantah Harga Minyak Naik...

Sabtu, 11 Oktober 2014

TURUN, Gamis & Pemuda PAS Bantah Harga Minyak Naik



Foto
Sekumpulan 150 orang aktivis anak muda berarak hampir sejam di kawasan pusat membeli belah Jalan Tuanku Abdul Rahman petang ini bagi menyatakan bantahan ke atas kenaikan terbaru harga minyak.

Acara yang disertai aktivis Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Pemuda PAS itu merupakan susulan kepada memorandum bantahan mereka ke parlimen, Rabu lalu.

Ia antara lainnya dikepalai oleh ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, pengerusi TURUN, Mohamad Azan Safar. Sambil berarak, kumpulan peserta berkenaan bertepuk tangan dan menyanyikan lagu yang menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan atas kenaikan harga bahan api itu.

Kumpulan itu membawa sepanduk, antaranya dengan slogan "Jangan kangkungkan kami", "Menteri ikat perut, rakyat jerut leher" dan "Turunkan harga minyak". Kumpulan yang diawasi beberapa orang anggota polis itu turut melaungkan slogan dengan nada sama.

Terdahulu, kumpulan berkenaan berhimpun di hadapan Kompleks Pertama selama kira-kira 10 minit dan mula berarak mengelilingi kompleks berkenaan. 
Mereka turut mengelilingi pusat membeli belah Sogo melalui Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut dan Jalan Semarang sebelum bersurai pada jam 4 petang.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, Suhaizan berkata usaha seperti itu akan diteruskan sehingga kerajaan menurunkan harga petrol RON95 dan diesel.

"Kita akan buat lagi minggu depan dan akan teruskan sampai kita rasa puas hati dan sehingga harga minyak diturunkan.

"Tidak semestinya berarak. Kita akan buat pelbagai cara untuk terus bantah. Kehadiran peserta hari ini pun menunjukkan petanda yang bagus," ujarnya.

Berkuatkuasa 2 Oktober, petrol RON95 dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20. 
Najib dalam pembentangan Bajet 2015 semalam seterusnya mengumumkan cukai GST 6 peratus tidak akan dikenakan ke atas jualan kedua-dua bahan tersebut. (MK)
Ibnu Hasyim

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena