Friday, 10 October 2014

[Video] Bonus 1/2 bulan gaji...Kerajaan gagal meyakinkan rakyat!

Jumaat, 10 Oktober 2014


RM273.9 bilion diperuntukkan untuk Bajet 2015

najib razak bajet
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di Parlimen jam 3.48 petang untuk membentangkan Bajet 2015. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Oktober, 2014.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan bajet keenamnya di Dewan Rakyat hari ini.
Najib yang juga menteri kewangan, menulis di dalam blognya NajibRazak.com pada Khamis, Bajet 2015 akan bersifat “pro-rakyat” dan akan mengurangkan kebimbangan rakyat mengenai kos sara hidup yang meningkat.
“Bajet 2015 akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan kualiti hidup dan membina lebih banyak rumah mampu milik,” tulis beliau.
Najib juga menulis yang pemberian tunai di bawah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan disambung sebagai sebahagian program rasionalisasi subsidi Putrajaya bertujuan untuk mempunyai satu program subsidi yang disasarkan.
Najib tiba di Bangunan Parlimen pada jam 3.48 petang untuk membentangkan Bajet 2015.
Apa bubuh pondok tol?

Gambar: Sekejap... ni buletin babi dimana mana.

Kenapa babi?

Baca neh kejap. Apa yang Najib baca dalam budgets bina lebuhraya bla bla bla RM 4 BILION bla bla projek lebuhraya bla bla RM5 bilion.. sekejap!!! Dah dapat kesan babi blom?

Babi dimana mana.... ok  guna duit cukai rakyat untuk bina lebuhraya kan? 

Bila siap jadah apa bubuh pondok tol? Hoiii!!! Apa jadah bubuh tol? Kita ni tak sudah sudah kena tipu!!!!

Sudah sudahlah membabikan diri der!!!!

#BabiDimanaMana
#KingTakselamanyaKing
Sekejap... ni buletin dimana mana.
Baca neh kejap. Apa yang Najib baca dalam budgets bina lebuhraya bla bla bla RM 4 BILION bla bla projek lebuhraya bla bla RM5 bilion.. sekejap!!! Dah dapat kesan babi blom?

 ok guna duit cukai rakyat untuk bina lebuhraya kan?
Bila siap jadah apa bubuh pondok tol? Hoiii!!! Apa jadah bubuh tol? Kita ni tak sudah sudah kena tipu!!!!

Sudah sudahlah 'membabikan' diri der!!!!
BUDGET karut marutnya...


Nota untuk Najib Razak sebelum bentang BUDGET karut marutnya...

Bajet 2015: Pengecualian GST Tak Bantu Tingkatkan Ekonomi Rakyat

 Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pengecualian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap bahan api serta tambahan beberapa barangan terpilih tidak membantu meningkatkan ekonomi rakyat secara keseluruhan. 
  
Ketua Pembangkang itu berkata, kerajaan sepatutnya memperkenalkan langkah yang wajar bagi mengekang kenaikan harga barangan selepas rasionalisiasi subsidi harga minyak baru-baru ini.

"Isu GST ini bukan soal pengecualian semata-mata sebaliknya soal pendekatan yang akan pasti meningkatkan harga barang," katanya ketika ditemui selepas pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Menerusi pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa GST yang akan dilaksanakan 1 April tahun depan tidak akan dikenakan kepada petrol RON95, diesel, LPG.

Selain itu, kerajaan juga mengumumkan untuk menaikkan kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST daripada 200 unit kepada 300 unit pertama yang akan memberi manfaat kepada 70 peratus isi rumah.

Mengulas lanjut Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, menerusi pembentangan itu juga, kerajaan gagal meyakinkan rakyat mengenai janji untuk menguruskan kewangan negara dengan baik.

"Soal kebocoran, rasuah, tidak ada tender terbuka dalam beberapa kontrak besar hingga menyebabkan kos meningkat...tetapi hal ini tidak disentuh," katanya.

sumber...Mstar OL 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena